Thursday, 12 April 2018

Kenapa lelaki patut bangga berkulit gelap; Ada apa dengan kulit cerah?

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Thursday, 12 April 2018     10:23     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
-Gambar hiasan; Sumber: Google-

Aku sebenarnya tak faham dengan lelaki dewasa yang dari kulit hitam nak berhijrah menjadi kulit putih ni.

Fitrah lelaki diciptakan berbeza dengan fitrah perempuan. Kalau perempuan memang ya keputihan kulit antara faktor yang mempengaruhi kecantikan serta keayuannya selain menjadi daya penarik minat lelaki.

Tapi aku sbenarnya gagal dan masih tak nampak hubungkait antara kecerahan kulit lelaki mempengaruhi macho, ketampanan dan maskulinitinya.

Aku bukan apa sebab sekarang ni aku lihat dah banyak sangat syarikat pengeluar produk kecantikan mengiklankan produk mereka yang dikatakan seoolah-olah dapat menjadikan seseorang berbangsa Negro menjadi bangsa Melayu, atau daripada seorang Melayu menjadi Mat Soleh berkulit ala terkena Albino Al-Albani.

Korang ni tak risau ke makan produk 'hisap-hisap terus cantik; sedemikian rupa terbabit? Padahal sudah banyak kes di mana sesebuah produk diisytiharkan mempunyai kandungan kimia melampaui batas selain bercaun hingga mengakibatkan pengeluarannya ditarik balik bahkan diharamkan.

Fikir logik sikit sudah. Orang kata lagi cepat hasil yang dapat dilihat menerusi penggunaan sesuatu produk kecantkan, maka pasti banyak bahan kimia terkandung dalam produk itu.

Itu kes beracun, kau orang nak bunuh diri sendiri secara senyap pun aku tak boleh halang.
Tapi aku nak juga membela lelaki kulit sedikit gelap macam aku ni, sebab bila kamu orang sudah 'putih;, berkulit cerah, kamu khususnya pengeluar produk seolah-olah memperlekeh lelaki kulit gelap macam kami yang tidak memakai produk keluaran kamu itu.

Dulu orang ada kata lelaki kulit gelap lebih seksi (betul ke? dan maskulin (bab maskiulin ni aku setuju). Aku setuju sebab fitrah kejadian lelaki adalah berlegar mencari nafkah di luar rumah, manakala firtah perempuan itu tempat asalnya adalah di rumah.

Kalau engkau orang tak percaya, pergi buka Al-Quran buka surah Al-Ahzab (surah ke-33) ayat 33. Hadam sendiri dan tengok tafsir kepada ayat itu yang belum termasuk hadith-hadith lain khususnya berkenaan solat seorang wanita yang lebih utama di rumahnya berbanding di masjid).

Bila lelaki lagi banyak ada di luar rumah, maka tak hairanlah ia akan menyebabkan perubahan pada tona warna kulit berikutan terpaksa mencari nafkah buat keluarga walaupun terpaksa berpanas dan berhujan. Disebabkan itu adalah normal dan biasa bagi lelaki berkulit gelap yang sekali gus dianggap maskulin.

Berbeza pula dengan perempuan yang tempat asalnya di rumah, kecantikan mereka memang khas bagi tatapan suami. Apabila dah selalu berada di rumah, wajah dan kulit mereka pun terlindung dari bahang, sinaran dan haba matahari sekaligus mengekalkan kecerahan kulit mereka.

Kalau mereka nak lagi putih pun tidak menjadi masalah (itu pun kalau bukan melalui pemakaian produk berbahaya yang aku maksudkan di atas) disebabkan memang fitrahnya seorang wanita inginkan dilihat cantik apatah lagi oleh suami walaupun mereka tidak kisah rupa paras suami mereka bagaimana selagimana tetap menjaga dan menyayangi mereka.

Bukan aku nak kata lelaki berkulit cerah itu semuanya bersifat keperempuanan atau bahasa kasarnya pondan. Yang semula jadi berkulit cerah itu tolak tepi sebab itu dah memang sifat semulajadinya.

Yang aku tak puas hati sangat tu lelaki yang memang gelap sama ada disebabkan keadaan sekeliling mahupun faktor genetik tapi masih nak jadi putih. Seronok dan bangga sangat ke jadi putih?

Tambah pula terdapat kajian dilakukan yang menerangkan bahawa faktor yang menarik minat seseorang wanita terhadap lelaki bukanlah atas faktor kesempurnaan fizikal termasuk ketampanan, kemachoan, apatah lagi kecerahan warna kulit, sebaliknya atas faktor seperti matang, memiliki daya kepimpinan, mempunyai pendirian tetap, pandai merangka dan mengatur rancangan, selain dirasakan setia dan mampu menjaga wanita terbabit sehingga akhir hayat.

Berbeza pula dengan lelaki, faktor utama yang sering diambil kira untuk memikat seorang wanita kecantikan, kecomelan, keayuan dan kemudiannya baru lihat yang lain-lain.

Ia menunjukkan rupa paras fizikal yang mantap tidak begitu diambilkira oleh wanita bagi menjadikan seseorang lelaki sebagai teman hidup, sebaliknya rupa paras fizikal diambil kira oleh kebanyakan lelaki sebelum memikat seorang wanita, dan tidak hairanlah mengapa lelaki dibenarkan berkahwin sehingga mempunyai empat isteri namun perempuan hanya boleh 'menikmati' pada satu-satunya suaminya.

Jadi, perlukah lelaki berkulit putih/ cerah hingga terpaksa korbankan kesihatan pada masa hadapannya dengan mengambil 'supplement' atau produk yang entah apa-apa terbabit?

PS: Kejap. Aku bercakap ni macam ada pengalaman ja.

Hidup lelaki kulit gelap. Takkburr!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PS: Penulisan ini dipetik dari status Facebook penulis (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri) pada setahun yang lepas (11 April 2017) menerusi 'link' (URL) berikut:
 https://www.facebook.com/sherlockhercule/posts/401471243572072

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.