Monday, 15 January 2018

Maulid Nabi tiada beza dengan sambutan Krismas?

Admin inteleaks     Monday, 15 January 2018     03:30     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar Ihsan Wikipedia


Setelah melakukan sedikit semakan, nyatalah bahawa sambutan Krismas tidak banyak bezanya dengan sambutan Maulid Nabi Muhammad S.A.W..

Ia kerana kedua-duanya merupakan sambutan hari kelahiran dua Nabi yang dimuliakan bagi umat Islam walaupun penganut Kristian tidak memuliakan Nabi Muhammad s.a.w..

Di sana terdapat juga persamaan dari segi perbezaan untuk menentukan tarikh sebenar kelahiran bagi kedua-dua Nabi terbabit.

Dikatakan bahawa sebetulnya Nabi Isa atau Jesus Christ dilahirkan pada tanggal malam 24 Disember, berikutan agama Kristian tidak menggunakan kalendar lunar (kalendar berasaskan pererdaran bulan), sebaliknya menggunakan kalendar matahari yang memisahkan sesuatu hari pada detik 12 tengah malam.

Disebabkan itu juga penganut Kristian lebih memeriahkan sambutan makan malam bersempena Krismas yamg dipanggil 'Christmas Eve".

Malah dikatakan di sesetengah negara, Krismas disambut pada tarikh yang berbeza menjangkau pada bulan Januari, bahkan sesetngah darinya menjadikan sambutan berkenaan menjangkau 12 hari selepas tanggal 25 Disember yang membawa simbolik kepada 12 sahabat setia Nabi Isa (12 Jesus disciples) atau dalam Islam digelar 'Hawariyun'.

Ulama' Islam juga berbeza pendapat dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat mahsur menyatakan 12 Rabi'ul Awal, maka sesetengah pendapat lain ada yang menyatakan iainya pada 9 Rabi'ul Awal memandangkan hari Isnin yang disepakati sebagai hari kelahiran Nabi s.a.w. jatuh pada tarikh 9 haribulan bagi minggu yang dimaksudkan. Sesetengahnya pula berpendapat hari Isnin jatuh pada 10 haribulan.

Selain itu terdapat persamaan dari sudut perayaan berkenaan yang tidak disambut oleh sahabat kepada empunya badan mahupun empunya badan sendiri iaitu Nabi Muhammad s.a.w. serta Nabi Isa a.s.

Sebagaimana yang kita maklum, perayaan maulid (kelahiran) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah disambut secara tahunan pada zaman hayat Nabi s.a.w. bahkan menjangkau 400 tahun setelah itu.

Ia hanya mula diraikan secara besar-besaran sewaktu kerajaan Syiah Fathimiah yang bertapak di Mesir memulakannya dan kian diikuti oleh majoriti umat Islam sehingga kini.

Perkara serupa juga terjadi pada sambutan Krismas tatkala tidak ada ajaran bahkan perkataan 'Christmas' yang terdapat di dalam kitab Bible.

Sebaliknya perayaan berkenaan (Christmas) hanya dimulakan sewaktu pemerintahan Saint Constantine iaitu 300 tahun selepas Masihi, atau lebih tepat kira-kira 270 tahun selepas Jesus 'disalib' atau diangkat ke langit, mengikut kepercayaan penganut Islam.

Sejarah sambutannya (Krismas) dikatakan berpunca dari amalan bangsa atau empayar Rom yang pada awalnya beragama pagan yang menyembah manusia (baca: berhala) sebelum 'sinar' Kristian menakluki empayar mereka.

Disebabkan proses asimilasi agama itu, maka kepercayaan lama dalam agama pagan terbabit masih lagi terpahat di hati pemerintah empayar Rom yang berpusat di Konstantinople ketika itu dan di antaranya termasuklah meraikan kelahiran seorang dewa bernama Mithras yang dikatakan lahir bertepatan 25 Disember selain dianggap seagai dewa matahari.

Sehingga sekarang pengagungan agama Kristian kepada matahari dapat dilihat jelas dengan penggunaan kalendar solar yang mengikut peredaran matahari, selain simbol matahari jelas kelihatan pada setiap gambar Jesus yang terdapat di setiap gereja penganut Kristian.

Sedangkan agama Kristian lahir dari saki-baki peninggalan ajaran yang diwarisi nabi-nabi berbangsa (Bani) Israil yang seharusnya menyamai ajaran agama samawi sebelum itu iaitu Yahudi yang menggunakan kalendar lunar (qamariyah) sebagaimana agama Islam.

PS: Mungkin ada kesilapan fakta yang dikemukakan di atas, namun tidak salah untuk sama-sama kita meneliti sejarah agar kita tidak mudah ditipu.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.