Thursday, 18 January 2018

Agama seperti Hindu, Buddha sungguh berasal dari Islam [Bah. 1]

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri     Thursday, 18 January 2018     08:09     No comments
 Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

AGAMA 'CIPTAAN MANUSIA ' SEPERTI HINDU, BUDDHA JUGA ASALNYA DARI ALLAH [BAHAGIAN 1]

Gambar Ihsan (KLIK SINI)


Tidak mustahil agama-agama utama selain agama Ibrahimiyah (agama samawi; Islam, Yahudi dan Kristian) yang dianuti sebilangan besar masyarakat di dunia pada hari ini khususnya Hindu dan Buddha pada asalnya merupakan agama yang menyembah Allah s.w.t.

Diceritakan bahawa dalam kitab suci agama Hindu serta Buddha umpamanya ada meramalkan mengenai pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.. Perkara ini sudah menimbulkan persoalan kepada saya yang mendengar dakwaan ini sejak berada di bangku sekolah di mana ketika itu saya terbaca buku yang diterbitkan satu pertubuhan Islam yang khusus menjalankan dakwah jalanan secara perbandingan agama. Kalau tak dalah saya, ilmuan bernama Dr. Danial Zainal Abidin mengakui perkara itu.

Ianya dikuatkan lagi dengan dakwaan tokoh perbandingan agama masa kini. Dr. Zakir Naek yang sering berpidato mengenai persamaan antara agama Islam dengan Hindu dengan maksud ingin berdakwah kepada penganut Hindu agar menganut Islam. Dalam syarahannya turut mengakui pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. sudah diramalkan dalam kitab Veda yang menjadi kitab suci tertinggi dalam agama Hindu.

Dari situ timbul persoalan, bagaimana sebuah agama yang bukan berasal dari langit (agama samawi) seperti tiga agama Ibrahimiyah berkenaan (Islam, Yahudi, Kristian (Nasrani)) atau secara mudah dikatakans ebagai AGAMA CIPTAAN MANUSIA dapat meramalkan sesuatu perkara yang benar-benar akan terjadi iaitu pengutusan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa rahmat kepada sekalian alam melainkan agama berkenaan juga diturunkan dari langit oleh Allah Jalla Wa'ala.

Tambahan pula terdapat beberapa teori yang mendakwa sosok seperti Siddhartha Gautama iaitu pengasas agama Buddha sebenarnya merupakan Nabi Zulkifli dalam keyakinan penganut Islam biarpun terdapat pihak yang membantah. Tidak cukup dengan itu sejarah juga mencatatkan bahawa dewa yang disembah oleh bangsa Kanaan yang mendiami Palestin sebelum pendudukan Bani Israel bernama Elyon di mana terdapat persamaan sebutan pada kalimah "El" yang merupakan kata nama bagi tuhan dalam agama Yahudi, yang merujuk kepada Allah. Elyon kebiasaanya diterjemah sebagai "Tuhan yang Maha Tinggi" biarpun ia merupakan nama sebuah patung berhala.

Apa nak dihairankan apabila situasi sama turut terjadi kepada masyarakat pagan Arab yang menyembah berhala di sisi Kaabah. Antara berhala terkenal yang disembah masyarakat Arab jahiliyah adalah Latta, Uzza, dan Manat yang dikatakan sebagai anak perempuan Allah (maha suci Allah dari beranak dan diperanakkan) di mana Allah juga digambarkan dalam bentuk berhala dengan nama 'Hubal' (walaupun sebahagian berpendapat Hubal hanya berperanan sebagai penghubung antara peminta hajat/ doa dengan Allah (Ilah, El, Elohim, dan seumpamanya.)

Penyembahan berhala di Kaabah sebelum kedatangan Islam masih mengekalkan beberapa sosok salih termasuk Nabi Ibrahim dan Ismail. Sebuah hadith menceceritakan:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رَأَى الصُّوَرَ فِي الْبَيْتِ لَمْ يَدْخُلْ حَتَّى أَمَرَ بِهَا فَمُحِيَتْ وَرَأَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ عَلَيْهِمَا السَّلَام بِأَيْدِيهِمَا الْأَزْلَامُ فَقَالَ قَاتَلَهُمْ اللَّهُ وَاللَّهِ إِنْ اسْتَقْسَمَا بِالْأَزْلَامِ قَطُّ
Dari Ibnu 'Abbas R.A., bahawa ketika Nabi S.A.W. melihat adanya patung di dalam al-Bait (Ka'bah), baginda tidak memasukinya hingga baginda perintahkan agar ia dibersihkan. Lalu baginda melihat ada patung Nabi Ibrahim dan Isma'il yang pada tangan keduanya terdapat azlam (anak panah), maka baginda bersabda: "Semoga Allah membinasakan mereka. Demi Allah keduanya sama sekali tidak pernah (mengajarkan) mengundi nasib (dengan melempar anak panah) ". [H.R. Al-Bukhari].

Jangan kita terkejut bahawa tafsiran ulama' mengenai beberapa ayat Al-Quran juga membuktikan bahawa berhala yang disembah biasanya bermula dengan sikap melampau dalam mengagukan seseorang yang dianggap sebagai salih dan ianya telah berlaku kepada umat Kristian apabila menyembah Nabi Isa a.s..

Sebuah hadith menerangkan berkenaan firman Allah mengenai sesembahan masyarakat Arab Jahiliyah terhadap beberapa berhala sebagaimana dinyatakan dalam surah Nuh (surah ke-71) ayat ke-23:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاصَارَتْ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنْ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمْ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ
Dari Ibnu Abbas R.A., bahawa (katanya; "Berhala-berhala yang dahulu diagungkan oleh kaum Nabi Nuh, di kemudian hari tersebar dalam kalangan bangsa 'Arab. Wadd menjadi berhala untuk kaum Kalb di Daumah Al Jandal. Suwa' untuk Bani Hudzail. Yaquts untuk Murad dan Bani Ghuthaif di Jauf tepatnya di Saba`. Adapun Ya'uq adalah untuk Bani Hamdan. Sedangkan Nashr untuk Himyar keluarga Dzul Kala'. Itulah nama-nama orang Shalih dari kaum Nabi Nuh. Ketika mereka wafat, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk mendirikan berhala pada majlis mereka dan menamakannya dengan nama-nama mereka. Maka mereka pun melakukan hal itu, dan saat itu berhala-berhala itu belum disembah sehinggalah mereka wafat. Sesudah itu (setelah berlalu generasi), setelah ilmu tiada, maka berhala-berhala itu pun disembah." [H.R. Al-Bukhari].

Antara dewa terkenal yang disembah masyarakat Arab Jahiliyah iaitu (dari kiri) 'Uzza, Latta, dan Manat. Gambah Ihsan (KLIK SINI)


Dari situ, hipotesis saya adalah sebagaimana kaum pagan (penyembah berhala) dalam kalangan masyarakat Arab, tidak mustahil agama-agama utama di dunia sekarang yang masih menyembah berhala (patung) seperti Hindu dan Buddha juga pada asalnya merupakan agama tauhid yang menyembah dan mengesakan Allah namun disebabkan kejahatan tangan-tangan pembesar dalam dalam agama mereka justeru membuatkan agama berkenaan terseleweng dari landasan sebenar.

Demikianlah yang pada keyakinan kita sebagai seorang Muslim (beragama Islam) melihat penyelewengan seumpama itu telah berlaku kepada dua agama Samawi yakni Kristian dan Yahudi yang terkenal dengan kegiatan menyeleweng isi kitab Taurat dan Injil hingga akhirnya tiada lagi konsep mengesakan Allah, atu dalam sebutan mereka El, Elohim, Yahweh.

Sekiranya teori atau hypothesis ini menemui kebenaran, maka akan lebih mudah umat Islam menyampaikan seruan Islam kepada penganut agama yang berkenaan supaya mereka dapat nampak bahawa Islam bukanlah satu agama baharu yang ingin mengatasi agama-agama lain melainkan Islam hanya datang bagi memurnikan ajaran asal yang bebas dari segala bentuk penylewengan oleh 'golongan agama kelas atasan'.

Penyelewengan sebegini tidak hanya terhad kepada agama selain Islam semata-mata, malah turut terjadi kepada agama Islam itu sendiri tatkala kita melihat begitu banyak ajaran sesat yang muncul dengan mengatasnamakan ajaran Islam, hasil perbuatan tokok-tambah dalam beragama yang disebut sebagai 'bid'ah'

Wallahua'lam.

PS: Hipothesis dibuat hanya berdasarkan pembacaan penulis semata-mata yang mungkin tidak lari dengan cacat-cela. Oleh itu sesiapa sahaja berkebolehan menyanggah teori atau hipothesis ini dengan hujah yang lebih konkrit dan lebih terbukti kesahihannya.

Bersambung dalam penulisan akan datang InsyaAllah.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.