Friday, 11 August 2017

Repoter jangan tunjuk belang pada orang 'bawahan'

Admin inteleaks     Friday, 11 August 2017     05:41     No comments
 Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kredit gambar: Google (Suara TV)

 
KUALA KANGSAR, JUMAAT, 11 Ogos 2017- Walaupun tak sempat berjumpa dengan 'client' sebenar hari ini, namun pengalaman hari ini mengajar aku bahawa sebagai repoter (wartawan) kita tak boleh hanya ingin berurusan dengan orang atasan lalu meminggirkan mereka yang berada di bawah memandangkan kononnya golongan repoter ini selalunya berurusan dengan VIP, Datuk-datuk sri, Tan Sri, YB, dan sebagainya.

Asalnya pada hari ini aku ingin berjumpa bagi menemubual seorang pemilik bisnes. Sebagaimana kebiasaan aku merupakan seorang yang jenis 'main redah' tanpa suka buat temujanji awal dan kebetulan hanya ada seorang pekerja bawahan di premis tempat aku berkunjung manakala pemiliknya ada hal di luar.

Pendekkan cerita sempat jugalah pekerja bawahan berkenaan yang juga seorang ibu tunggal bercerita mengenai keperitan dialaminya selepas terbabit kemalangan hingga pernah memaksanya menjadi gelandangan di kampung sendiri setelah nasibnya tidak terbela oleh badan agensi keselamatan yang dianggotainya.

Dalam pada itu sempat jugalah kami berbual sambil dia sendiri yang menawarkan kepada aku bagi membolehkan dia mengenalkan kepadaku seorang berpangkat guru yang melazimi kerja-kerja kebajikan membantu golongan kesusahan tanpa mendambakan publisiti dan pujaan.

Dengan itu aku fikir ia dapat membolehkan kerja aku lebih senang pada masa akan datang dalam memperoleh info bagi dijadikan bahan berita, sekaligus dapat membantu mereka yang dalam kesusahan terutamanya dalam mendapatkan publisiti media.

Walaupun agak banyak berita yang aku tulis sebelum ini khususnya mengenai nasib malang yang menimpa individu tertentu tidak diterbitkan, namun dari hari ke hari aku sentiasa dapat belajar di mana silap dan kekurangannya bagi diperbaiki hari ke hari.

Alhamdulillah biarpun begitu terdapat dalam kalangan mereka yang sedia memahami bahawa tidak semua berita yang ditulis walaupun oleh kakitangan tetap bagi sesetengah agensi berita mesti diterbitkan dan mereka akur serta tidak berputus asa daripada terus memanggil kami untuk melaporkan berita yang akan datang.

Jadi berbalik kepada perkara pertama tadi, sebenarnya sebagai repoter tdak ada apa yang perlu dilagakkan kerana mana-mana agensi berita juga memerlukan bahan berita daripada orang ramai daripada orang teratas hinggalah sebawah-bawahnya bagi menjual akhbar atau paparan berita.

Pun begitu daripada aduan sesetngah orang yang aku jumpa yang mendakwa terdapat juga repoter yang mengambil kesempatan dengan meminta wang sebagai upah bagi membolehkan orang yang ditemubual berkenenaan mendapat publisiti.

Perkara itu bukan sahaja melanggar etika kemanusiaan, malah secara tidak langsung menjatuhkan maruah pelakunya memandangkan terdapat dalam kalangan orang yang ditemubual sangat memahami selok-belok dunia media. Kadangkala kita tidak tahu sebelum orang itu membuka perniagaan, mungkin beliau pernah berkhidmat di mana-mana agensi media termasuk sebagai wartawan majalah.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.