Saturday, 12 August 2017

Mengapa mesti berbulan madu dalam negara berbanding negara luar?

Admin inteleaks     Saturday, 12 August 2017     09:35     No comments
 Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar Hiasan. Kredit Gambar: Go Visit Redang


Kadangkala saya merasakan pasangan yang berbulan madu di luar negara telah melakukan satu pembaziran lagi sia-sia.

Ia kerana kebiasaanya kita tidak mahu mengunjungi negara sama yang telah kita lawati, apatah lagi memandangkan ianya memerlukan kos ribuan ringgit untuk berkunjung ke sana.

Kita akan fikir daripada berkunjung ke tempat sama, lebih baik menghabiskan duit untuk ke negara yang belum pernah dilawati pula.

Sedangkan bulan madu mempunyai fungsi tersendiri selain daripada sekadar menghadirkan privasi kepada pasangan baharu berkahwin.iaitu bagi menghadirkan memori indah bagi dikenang sepanjang hayat.

Contohnya apabila usia perkahwinan melangkaui beberapa malah puluhan tahun, kita dan pasangan boleh pergi semula ke lokasi tempat berbulan madu terbabit untuk mengembalikan atau mengimbau memori lama yang dianggap begitu manis.

Kebiasaanya perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya lokasi berbulan madu adalah dalam negara sendiri, ataupun tempat yang mudah lagi murah untuk dikunjungi semula, apatah lagi setelah menimang ramai cahaya mata yang kelak membebankan lagi kos untuk ke lokasi berkenaan secara beramai-ramai.

Pada aku, perkara paling penting dalam berbulan madu bukanlah diukur kepada semewah dan sejauh mana lokasi berkenaan, namun cukup sekadar ianya berupaya meninggalkan memori bersama yang tersayang selain menghadirkan privasi.

Pemilihan tempat pula mestilah di lokasi yang mendamaikan atau membawa ketenangan selain dapat menghayati keindahan panorama dan ia tidak semestinya memerlukan kita membazir sampai ingin ke luar negara.

Apatah lagi terdapat pendapat dari sebahagian ulama' yang melarang kita berkunjung ke negara orang kafir (daulah kuffar) tanpa alasan yang syar'ie termasuk berbulan madu, malah ada dalam kalangan mereka menyamakan perbuatan bulan madu sebagai perbuatan yang menyerupai orang kafir yang sememangnya dilarang.

Antara sebabnya sebagaimana dimaklumi di sana belum tentu kita dapat melaksanakan syariat Islam secara sempurna, selain terdedah dengan godaan termasuk penampakan aurat berlawanan jantina yang begitu mencolok mata yang seterusnya membawa kepada keinginan melakukan maksiat yang lebih besar, keinginan merasai sesuatu yang haram atas alasan belum pernah dicuba, dan sebagainya.

Bagaimanapun aku menolak pandangan yang menyamakan (tasyabbuh) perbuatan itu dengan kebiasaan orang kafir memandangkan perbuatan yang dilakukan itu adalah bersebab dan bakal mendatangkan manfaat besar kepada pasangan di kemudian hari.

Jadi sekiranya anda telah atau baharu berkahwin, masihkan anda berbelanja habis semata-mata untuk mahu berbulan madu di negara luar?

Kalau saya, cukup sekadar dalam negara bahkan sekiranya lokasinya kurang dua marhalah daripada rumah, asalkan saya dapat mencipta satu memori baharu yang mampu dan dapat sering diimbau kembali bersama pasangan.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.