Tuesday, 14 March 2017

SUNGAI SIPUT: Warga emas dipukau rugi RM700

Admin inteleaks     Tuesday, 14 March 2017     01:50     No comments

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com 
Gambar Ihsan Netizen

[Dua warga emas rugi RM700 setelah dipukau]

Laporan polis yang dibuat berhubung kes pukau terbabit -IHSAN Netizen-
.


SUNGAI SIPUT: Dua beranak warga emas kerugian RM700 setelah didakwa dipukau seorang lelaki yang meminta mereka menjelaskan tuggakan bil eletrik sebelum berpura-pura ingin menghulurkan bantuan berhubung kebocoran gas memasak di rumah mereka, di sini. Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 2.00 petang pada 7 ,Mac itu, mangsa, Normah Ree, 62, mendakwa suspek iaitu seorang lelaki Melayu pada mulanya meminta ibunya, Malihah Mat Laram, 81, menjelaskan tunggakan bil eletrik kediaman mereka di Felda Lasah sebelum kemudiannya dibenar masuk bagi melakukan pemeriksaan pada tong gas di bahagian dapur yang dikatakan mengalami kebocoran.

“Pada waktu itu saya dan ibu sedang solat Zohor lalu terdengar suspek yang memakai pakaian kemas lengkap bertali leher melaung dari luar rumah sebelum ibu yang menyambut laungan itu kemudiannya diminta menjelaskan tunggakan bil eletrik yang hakikatnya tidak pernah tertunggak sebelum ini.

“Keadaan pendengaran dan penglihatan ibu yang tidak berapa baik menyebabkan dia menyangka lelaki itu cucunya lalu membenarkan suspek masuk seterusnya meminta melakukan pemeriksaan pada tong gas di dapur kerana didakwa mengalami kebocoran.

“Setelah itu, suspek kemudiannya meminta saya dan ibu menyerahkan RM700 deposit upah menukarkan tong gas dan kami pun menuruti permintaannya tanpa banyak menyoal sebelum hanya menyedari dipukau sewaktu lelaki itu beredar,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.  

Menyedari dipukau, mereka kemudiannya hanya membuat laporan polis di Balai Polis Lintang, di sini pada kelmarin (12 Mac).
 

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.