Sunday, 5 March 2017

Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri ahli neraka

Admin inteleaks     Sunday, 5 March 2017     07:24     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar Ihsan google.com (Google Image)
*Nota: Tulisan ini merupakan tulisan lama oleh Muhammad Zulsyamini menerusi status di laman  Facebook yang diolah semula*
Gambar Hiasan

Tajuk yang diberikan mungkin mencetuskan kontroversi khususnya dalam kalangan mereka yang hanya tahu membaca tajuk tanpa menghadam keseluruhan isi yang dimuatkan dalam artikel ini. Tidak kurang juga yang sedia mengetahui bahawa saya merupakan seorang yang gemar memberi makna berganda (double meaning) dalam setiap pernyataan yang saya ungkap.

Sudah ramai yang sedia tahu saya merupakan seorang yang tidak sukakan kepimpinan perdana menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak walaupun dahulunya saya merupakan antara yang lantang  membela kepimpinan serrta parti yang diterajui beliau, UMNO. Bagaimanapun tulisan ini akan membawakan apa yang pernah saya pelajari daripada beberapa orang guru saya yang masih lagi mempertahankan beliau.

Secara amnya, walaupun kita membenci seseorang dan dalam bab ini mengkhususkan perdana menteri Najib Razak yang masih kekal mahu menjadi perdana menteri, namun kita juga tidak disuruh menafikan terus segala sumbangan-sumbangan atau jasa-jasanya walaupun sedikit. Saya masih percaya walaupun sejahat mana pun sesorang itu bahkan sehingga layak dilabel sebagai "syaitan bertopengkan manusia", di sana pasti akan ada kebaikan padanya walau sekecil lalat .

Jangan pula kita menjadi rakyat yang dikategorikan sebagai rakyat yang mengkufuri nikmat. Kufur nikmat yang dimaksudkan adalah dengan menafikan terus kebaikan seseorang itu walaupun kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh orang atau pemerintah yang dimasksudkan jauh lebih banyak berbanding kebaikan atau sumbangannya.. 

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith dari Nabi s.a.w. yang menyatakan sebab neraka yang mejoritinya bakal dihuni oleh kaum wanita iaitu kerana gemar mengkufuri nikmat dan kebaikan pernah yang diberikan oleh suami mereka atas beberapa kelemahan si suami.

Kata nabi, mereka, iaitu para wanita berkenaan bukanlah dimasukkan ke neraka kerana mengkufuri nikmat Allah, sebaliknya mengkufuri nikmat yang disumbangkan oleh pengorbanan suami mereka. Sekiranya suami mereka itu melakukan kebaikan kepada isteri-isterinya itu selama setahun penuh namun hanya disebabkan sedikit keburukan yang dilakukan si suami atas kelemahannya, lalu para wanita itu pun berkata:"Aku TIDAK PERNAH melihat walau sedikit pun kebaikan darimu."

Berikut merupakan antara dalilnya:

Dari Abdullah bin Abbas, bahawa dia berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda:
وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ قَالُوا لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ بِكُفْرِهِنَّ قِيلَ يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
"Dan aku melihat kebanyakan penghuninya (neraka) adalah wanita." Mereka bertanya lagi, "Kenapa wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Kerana kekufuran mereka." Para sahabat bertanya lagi: "Apakah lantaran kekafiran mereka kepada Allah?" Baginda menjawab: "Mereka mengkufuri perlakuan dan kebaikan suaminya. Sekiranya kamu (para suami) berbuat baik kepada salah seorang dari mereka selama setahun penuh, lalu dia (perempuaan) pun melihat sesuatu yang tidak baik darimu, maka dia pun akan berkata: "Aku tidak melihat sedikit pun kebaikan darimu.'"
[H.R Bukhari, Kitab Nikah, Bab: Mengkufuri Nikmat, No Hadith: 4798 , dan juga Muslim no. 1512, Kitab Solat Kusuf (Gerhana), Bab: Yang ditampaknya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam solat Kusuf (gerhana)]

Ibnu Umar berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الِاسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ قَالَ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ
"Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, kerana aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka." Seorang wanita yang pintar dalam kalangan mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa kaum wanita yang paling banyak menjadi penghuni neraka?" Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. bersabda: "Kalian banyak mengutuk dan mengingkari (pemberian nikmat dari) suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu."
[H.R Muslim, no. 114, Kitab Iman, Bab: Penjelasan bahwa berkurangnya keimanan dengan berkurangnya ketaatan dan penjelasan tentang pemutlakkan lafaz kafir. Diriwayatkan juga oleh Bukhari dalam Shahihnya no. 293 melalui jalur Sahabat Abu Sa'id Al-Khudri r.a dalam kitab Haid, Bab: Wanita yang sedang haid meninggalkan puasa]

Justeru, apabila dihayati mafhum hadith sahih di atas jelaslah terdapat persamaan antara dua perkara terbabit iaitu menafikan terus kebaikan yang dilakukan seseorang terhadap kita atas sebab kita melihat sedikit kekurangan atau keaiban dari orang tersebut.

Ia bermakna adalah tidak adil sekiranya kita hanya menzahirkan dari sisi pandang negatif ataupun keburukan terhadap seseorang seperti dalam konteks kes perdana menteri ini tanpa kita menyebutkan juga sumbangan serta kebaikan yang telah dilakukan olehnya.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya perdana menteri hanya menginginkan keburukan kepada rakyatnya semata-mata tanpa ada sedikit belas kasihan serta usaha mensejahterakan rakyatnya. Bahkan dalam satu hadith lain, Nabi s.a.w. sendiri mengakui kebenaran yang ada pada Syaitan walaupun dia (syaitan) adalah seorang pendusta tegar.

Kisah itu dicatatkan dalam hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari ketika meriwayatkan kisah Abu Hurairah dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang pencuri sebelum mengaarkan khasiat ayat Kursi Kursi kepada Abu Hurairah.

Selain itu, kaedah ini juga bertepatan dengan metodologi ulama' hadith khususnya dalam ilmu Jarh wa Ta'dil iaitu di samping menyebutkan latar belakang buruk atau kecacatan seseorang perawi yang menjadi sebab turunnya darjat hadith berkenaan, mereka jugatidak lupa menyebutkan sumbangan dan kebaikan yang telah dilakukan  perawi terbabit.

Namanya sahaja pun sudah Jarh wa' Ta'dil yang dari istilah bahasanya bermaksud Jarh iaitu mengaibkan seseorang hingga menjadikannya kurang berkredibiliti di samping Ta'dil yang berakar dari perkataan "adil" lalu membawa maksud pembawaan (hadith) seseorang yang diterima atas dasar keadilannya setelah kita mengetahui keburukan atau kekurangan darinya selepas melalui  "Jahr".

Justeru, demikianlah sifat wanita atau bakal penghuni neraka yang terus mengingkari kebaikan seseorang khususnya suami mereka disebabkan beberapa kelemahan dan kekurangan dari pihak suami. Ia merupakan suatu ancaman berat bagi para wanita dengan tujuan agar mereka bersikap adil kepada suami sesuai dengan kehendak agama.

Jadi, jauhilah sifat buruk seperti  isteri ahli neraka terhadap suami mereka itu dan insyaAllah kita tidak tergolong dalam golongan sedemikian apabila menafikan terus segala sumbangan pemerintah atas beberapa kezaliman (kekurangannya).

Ini tidak. Apa sahaja dasar yang dikemukakan pemerintah, semuanya buruk pada pandangan kita kerana telah terperangkap dan termakan dengan mainan persepsi pihak tertentu walaupun dasar yang dikemukakkan itu memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

Apa-apaun, siasat dan dengar hujah lengkap dari kedua-dua pihak yang bertelagah dahulu. Kemudian sesudah mengetahui kebenarannya barulah menentang dan menolak sekiranya benar ia bakal memudharatkan. Bukan dari awal menganggap yang buruk sahaja tanpa menyelidiknya sedalam mungkin.Kalau tidak di manakah keadilan yang dilaung-laungkan?

Wallahua'lam.

PS: Tulisan ini tidak sedikit pun berniat mengampu pemerintah. Ia cuma apa yang terpahat di benak kepala dan hati sahaja. Kata orang melawan biar menggunakan kepala otak, bukan menggunakan kepala di bahagian lain. Guna otak dalam ertikata menilai dan menyelidik sebelum berkata-kata, bukannya daripada awal nampak yang buruk sahaja.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.