Saturday, 11 March 2017

Diam di media sosial setelah trauma dipecat

Admin inteleaks     Saturday, 11 March 2017     22:17     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

KUALA KANGSAR, 12 MARCH 2017. Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, 25, kelihatan keriangan setelah dimaklumkan mengenai proses rayuannya berhubung pemecatan beliau yang diluluskan sewaktu sedang melakukan tugas menulis rencana di Masjid Diraja Ubudiyah, di sini, baharu-baharu ini. STR/MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI

 
[Diam setelah diarah pecat]

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki tidak menemukan sebarang idea berbentuk ilmiah bagi dimuat naik ke laman media sosial peribadinya sebagaimana rutin kebiasaannya sebelum ini setelah diperintah mengenai pemecatannya dari terus berkhidmat..

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, 25, berkata perkara itu berlaku sejurus dirinya berasa tergugat dengan ancaman bakal dipecat serta-merta selepas tersilap ketika melakukan tuntutan bayaran setelah menjalankan tugas, baharu-baharu ini.

"Memang pada mulanya saya telahpun dipecat, namun Alhamdulillah majikan saya masih mempertahankan saya walaupun didesak majikan utamanya atas alasan saya yang baharu berkecimpung dalam dunia ini.

"Setelah diterangkan sebab-musabab dan mengakui kesilapan di samping menurut perintah untuk mengemukakan surat rayuan, saya akhirnya diterima semula untuk bekerja di situ," katanya di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan fakta kes, Muhammad Zulsyamini didapati bersalah mengemukakan dua tuntutan bayaran terhadap satu artikel yang sama bertajuk "Kreativiti 2 beranak hasil basikal buluh" dalam hari yang sama iaitu 12 Februari 2017 dan diselangi beberapa minit.

Mengikut dakwaannya, dia dengan sengaja telah menghantar satu tuntutan artikel terbabit yang berjumlah 453 patah perkataan sebelum menyedari terdapat satu lagi artikel dengan tajuk sama bagi edisi zon lain yang menggunapakai 523 patah perkataan.

"Sudah menjadi saranan kepada kami selaku wartawan sambilan untuk menuntut hanya satu sahaja artikel walaupun diterbitkan di beberapa suratkhabar termasuk akhbar atas talian (online) lain yang bernaung di bawah satu bumbung dan biasanya kami disuruh menuntut bayaran yang paling banyak dan menguntungkan.

"Jadi sesudah sedar tersilap membuat tuntutan, maka saya pun menuntut bayaran terhadap artikel kedua yang diterbitkan bagi edisi lain yang menggunapakai perkataan sebanyak 523 itu dan jarak masa antara keduanya hanya berselang kurang dari lima minit" katanya.

Katanya lagi, disebabkan jarak masa kedua-dua tuntutan yang dibuat itu hanya berselang kurang dari lima minit, dia menyangka majikannya di biro negeri akan menyedari hal itu dan akan menolak (reject) salah satu tuntutan setelah berasa curiga.

"Bagaimanapun mungkin silap saya juga yang tidak memaklumkan kepada majikan saya itu untuk menolak atau menghapuskan tuntutan artikel berjumlah 453 perkataan itu, maka beliau terlepas pandang lalu meluluskan kedua-duanya," katanya.

Katanya, selepas seminggu, perkara itu dibangiktkan dalam mesyuarat di antara ketua-ketua biro negeri dan hasilnya majikannya di biro negeri tempatnnya berkhidmat iaitu Perak diperintahkan untuk memecat beliau oleh majikan utamanya.

"Bagaimanapun syukurlah majikan biro negeri saya masih mempunyai belas kasihan kepada saya dan walaupun sepanjang menunggu prosses rayuan saya tidak dibenarkan menulis berita, namun saya juga disuruh mengumpul bahan bagi penulisan rencana yang kebiasannya tarikh 'basi'nya agak lambat berbanding berita," katanya.

-BERMANA-




0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.