Tuesday, 14 February 2017

[Pakej kirim doa depan Kaabah jual agama]

Admin inteleaks     Tuesday, 14 February 2017     09:34     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar Sumber Facebook

[Pakej kirim doa depan Kaabah jual agama]


Pakej ditawarkan sebuah laman Facebook yang dilihat menjual agama


KUALA KANGSAR: Sebuah laman (page) 'Facebook' dikecam hebat oleh pengguna maya selepas menawarkan servis berupa kiriman doa di hadapan Kaabah di Masjidil Haram dengan mengenakan bayaran tinggi selain mempunyai beberapa pakej khusus mengikut kadar bayarannya.

Laman yang menggunakan nama "Valet Doa" itu dikatakan memperdagang serta mengekspolitasi agama untuk kepentingan peribadi. dengan menyediakan beberapa pakej termaasuk berdoa di beberapa tempat mustajab termasuk dalam kawasan Kaabah dengan mengkhususkan permohonan pengirim doa, kiriman pahala solat hajat, serta mewakafkan mushaf Al-Quran di dalam Masjidil Haram.

Pengguna maya, Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, 25, berkata menerusi iklan yang dibuat pihak syarikat yang mengendalikan laman Facebook terbabit, kelihatan jelas bahawa jaminan doa makbul juga diberikan kepada individu yang melanggan mana-mana pakej terbabit termasuk diberi kesembuhan dari penyakit kronik, melariskan perniagaan dan sebagainya .

"Ia jelas menjual beli agama dengan harga yang sedikit bagi keuntungan peribadi di mana pakej yang ditawarkan bermula pada harga RM500 hingga mencecah RM5,000 bagi satu pakej selain menyertakan beberapa dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith untuk meyakinkan pengguna maya.

"Tidak cukup dengan itu, jaminan 100% doa yang dikirim akan makbul  juga diberikan kepada pelanggan mereka yang menampakkan seolah-olah orang yang diwakilkan untuk berdoa itu mengambil hak Allah (tuhan) bagi mengabulkan apa sahaja permintaan dalam tempoh sikngkat serta tanpa pengecualian," katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, umat Islam sebenarnya lebih dituntut berdoa bagi pihak diri sendiri berbanding dengan mewujudkan 'wasilah' (perantara) ketika berdoa.

"Agama banyak mengajar tatacara merebut waktu mustajab ketika berdoa termasuk sebelum berbuka puasa, semasa sujud, selepas waktu Asar pada hari Jumaat dan sebagainya di mana ianya tidak terbatas sekadar berada di tempat tertentu apatah lagi hanya bergantung harap sepenuhnya kepada orang lain khususnya wakil yang berdoa itu tanpa dirinya sendiri juga tegar selalu meminta, berdoa  kepada tuhan.

"Maka dengan itu tidak perlu menghabiskan duit melanggan pakej mengarut sebegitu yang menampakkan seolah-olah Islam sama dengan agama lain yang mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu bagi mendapatkan hasil dari doa yang dipohon," katanya.

Susulan itu, pengguna maya melahirkan kekecewaan pada ruangan komentar di laman berkenaan selain berharap pihak berautoriti termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa lagi badan bukan berkepentingan untuk menyiasat dan mengambil tindakan kepada pengendali laman dan pakej berkenaan.

-Tamat-







0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.