Tuesday, 28 February 2017

Mengapa kita mesti berkata baik apabila syaitan bertopengkan manusia mengganggu kita?

Admin inteleaks     Tuesday, 28 February 2017     01:46     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar sumber google.com (MyNewsHub.cc)

Gambar Hiasan


Pernah atau tidak kita dicela atau dicaruti oleh seseorang? Apabila orang itu mencela dan kita membalas balik celaan itu dengan celaan, maka si pencela pertama itu akan lebih meningkatkan celaannya terhadap kita.

Sebagai contoh, apabila celaan individu tersebut tidak berjaya membuatkan kita marah, maka individu itu akan mula mencela tidak hanya pada kita, malah terhadap ibubapa kita. Perkara ini mungkin sering berlaku ketika kita masih di bangku sekolah rendah.

Atas dasar itu jugalah mengapa adanya hikmah Allah melarang kita sebagai orang Islam menghina sesembahan atau 'tuhan' orang kafir kerana dikhuatiri mereka akan membalas hinaan atau celaan itu kepada tuhan orang Islam iaitu Allah.

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
"Dan janganlah kamu memaki (menghina) sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah (kembali) dengan melampaui batas tanpa pengetahuan..." [Al-An'am ayat 108] 

Dari satu sudut, nabi kita, Muhammad s.a.w. pernah melarang seorang sahabat yang mencela Syaitan atas alasan celaan keatas Syaitan itu bakal membuatkan Syaitan berasa lebih angkuh serta 'besar'. Setelah itu baginda memerintahkan sahabatnya itu untuk mengucapkan "Bismillah" yang bakal membuatkan Syaitan itu mengecil (seingat saya sekecil nyamuk atau lalat).

Ia berdasarkan kepada kisah sebagaimana diriwayatkan di bawah:


عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ عَنْ رَجُلٍ قَالَ كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَثَرَتْ دَابَّةٌ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَقَالَ لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولُ بِقُوَّتِي وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ
Dari Abu Malih, dari seorang lelaki, dia berkata, "Aku membonceng Nabi s.a.w.. Tiba-tiba binatang tunggangannya tergelincir. Aku lalu berkata "celakalah syaitan". (Lalu) nabi pun berkata, "Janganlah engkau mengucapkan "Celakalah Syaitan"  kerana jika engkau berkata demikian, syaitan itu akan membesar hingga seperti rumah dan berkata, "demi kekuatanku". Melainkan (sebaliknya) ucapkanlah "Bismillah" (dengan nama Allah) kerana jika engkau ucapkan (kalimah) itu, maka syaitan akan mengecil hingga seperti lalat". " [H.R. Abu Dawud, disahihkan oleh Al-Albani no.4982]

Berdasarkan hadith diatas, pada pandngan saya, ianya juga releven untuk digunapakai apabila kita digoda, mahupun diganggu oleh Syaitan daripada kalangan manusia. Di dalam Alquran Allah menyatakan bahawa syaitan juga wujud dari kalangan manusia disamping dari kalangan jin.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الإنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, (di mana) sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." [Surah Al-An'am ayat 112]

Justeru, kesimpulan awal saya ialah apabila terdapat seseorang yang mencela kita, maka balaslah celaan itu dengan perkataan kebaikan seperti mengucapkan Bismillah, mudah-mudahan Syaitan yang sedang menguasi individu yang mencela itu mengecil bagai nyamuk atau lalat seraya akan menghentikan celaannya keatas kita ataupun lebih teruk lagi celaannya terhadap ibubapa kita.

Dewasa ini kita sering melihat banyak pihak cuba menggugat ketenteraman masyarakat Malaysia yang mejoritinya beragama Islam dengan cara cuba menaikkan amarah melalui celaaan dan hinaan atau dengan bahasa mudah, berperwatakan sama ada seperti pengikut syaitan mahupun syaitan yang bertopengkan manusia.

Contohnya seperti kes seorang blogger bernama Alvin Tan yang sanggup menghina agama orang Islam walaupun menyedari tindakannya itu mengakibatkan dia menjadi buruan pihak berkuasa hingga terpaksa meminta suaka politik di negara  kafir.

Maka saya katakan bertenanglah dalam menhadapi sifat Syaitan sepertimana individu terbabit (Alvin Tan) kerana makin kita layan dia dengan perkataan buruk dan makian melalui komentar di laman sosial, maka dia akan semakin megah dan berasa angkuh lagi besar malah memperhebatkan lagi sikap syaitannya itu.

Sebaliknya, ucapkanlah: "Bismillah", atau setidaknya dengan perkataan baik agar dirinya berasa sekecil ulat taik yang baru nak membesar menjadi lalat. Jika tidak mampu juga, jangan dilayan mainan kasar berkenaan. Lama-lama apabila perbautannya tidak dilayan, berhentilah dia sesudah kebosanan.

Berhenti membalas kata buruk kepada dia atau dia akan lebih membesarkan diri dengan terus-menerus melakukan provokasi terhadap umat Islam. Ucapkanlah BISMILLAH.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.