Tuesday, 28 February 2017

Isu blogger, admin page viral dan pelanggaran hakcipta

Admin inteleaks     Tuesday, 28 February 2017     05:52     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar Ihsan Google.com

Gambar hiasan


Secara amnya biarpun saya dapat dikira sebagai seorang "blogger", namun saya amat tidak menyukai menyedok 'story' atau berita daripada sumber yang datangnya daripada blog lain. Sebagai blogger, saya mengetahui perasaan ketika mana 'pageview' blog kita dilawati oleh ramai orang.

Memang rasa puas dan berbaloi penat lelah dihabiskan untuk menulis lalu kita tahu ramai yang membaca penulisan kita. Ada sesetengahnya memuji. Tidak kurang juga ramai dalam kalangan blogger yang mengambil kesempatan ke atas 'pageview' yang  ramai itu untuk menjana pendapatan sampingan melalui ruangan iklan yang disewa syarikat produk tertentu. Itu hal masing-masing dan saya tidak bermaksud mencampurinya.

Saya tidak kisah andai 'story' yang diciplak (diplagiat) di dalam sebuah blog itu datangnya daripada laman sosial khususnya laman ini (Facebook) kerana saya juga ada kalanya berbuat demikian. Dengan kata lain mereka yang melakukan sedemikian, iaitu menjadikan laman sosial sebagai 'platform' dalam menghasilkan berita (story) hanya berperanan sebagai pemudah cara bagi menyusun semula perkataan yang digunakan oleh individu yang dilaporkan.

 Namun saya amat pantang bila mana melihat sesebuah 'story' yang dipaparkan di sebuah blog dicedok sepenuhnya daripada blog kepunyaan orang lain walaupun dengan hanya mengubah suai 'satu dua' ayat yang digunakan oleh penulis asal. Mereka sebegini tidak sensitif langsung 'harta' daripada intelektual orang lain. Sudahlah tidak menyatakan sumber, kemudian menyusahkan pula para pengguna internet (netizens) dalam menapis dari manakah asal idea kepunyaan penulisan yang dicari.

Ada juga 'trend' di mana pemilik blog hanya menambah beberapa ayat di bahagian 'intro' pendahuluan sebelum melampirkan penulisan asal yang langsung tidak diubah struktur ayatnya apatah lagi melalui proses parafrasa sama ada melalui penulisan yang dicedok sepenuhnya (copy & paste) mahupun sekadar melampirkan gambar yang telah di-'screenshot'-kan.

Wah! Mudah benar sebenarnya ingin menaikkan 'rating' blog dengan hanya 'copy & paste'. Memanglah tiada salah kerana kadang-kadang penulis asal yang meluahkan isi hati melalui laman sosial seperti Facebook itu yang mengizinkannya, bahkan lagi suka namanya dipetik. Namun sebagai pengendali blog apatah lagi sekiranya pengendali blog berkenaan berpangkat seorang wartawan (journalist), tanyakan pada diri anda adakah ianya perbuatan beretika?

Tidakkah anda rasa tergugat dengan perlakuan itu yang menunjukkan seolah-olah anda hanya tahu mencedok 'story' orang lain lalu meletakkan nama anda (byline) sebagai penulis? Jika etika kewartawanan sudah dianggap lapuk sekalipun, bagaimana pula dengan kredibiliti seseorang yang bergelar wartawan biarpun wartawan sambilan? Tentu kita rasa 'down' kan apabila kredibiliti kita dipertikaikan.

Pada saya perbuatan seumpama di atas boleh dimaafkan andai pemilik blog yang menyedok 'story' daripada blog lain itu menyatakan sumber dari mana dia mendapat 'story' sedemikian rupa. Ini tidak! dibuatnya seolah-olah 'story' itu memang berasal daripada idea dan usahanya. Lalu para netizens pun terpinga-pinga dalam mencari sumber asal penulisan itu.

Jika di dalam Islam mempunyai prinsip dalam memeriksa rantaian perawi yang meriwayatkan hadith iaitu "Sanad", maka mengapa tidak kita menggunapakai prinsip yang sama dalam menghebahkan sesuatu berita?

Blogger Perempuan VS Blogger Lelaki

Saya juga dapati blogger perempuan lebih mempunyai ramai pengikut (followers) berbanding blogger lelaki.

Timbul persoalan di benak saya, adakah hal ini disebabkan apabila melihat sahaja gambar blogger perempuan yang terpampang di blog-blog mereka menjadikan lelaki 'cair' biarpun kadangkala blogger-blogger tersebut bukannya menggunakan gambar sebenar mereka, sebaliknya menggunakan avatar-avatar atau 'vector illustration' yang menggambarkan identiti kecomelan serta kejiwangan yang lantas dapat menarik perhatian lelaki berhidung berbintik (rival kepada lelaki hidung belang)? (haha).

Berbeza dengan blogger lelaki, biarpun kadangkala gambar sebenar blogger tersebut yang terpampang, namun hal itu tidak banyak menarik ramai 'follower' yang berlainan jantina (perempuan) untuk mengikuti (follow) setiap entri pada blog lelaki berkenaan.

Sekiranya benar, maka saya sudah lama terfikirkan sesuatu untuk menaikkan bilangan 'page views' blog saya ini, iaitu; MENYAMAR SEBAGAI WANITA CANTIK YANG DIAMBIL GAMBARNYA DARIPADA MANA-MANA SUMBER SEPERTI GOOGLE IMAGE MAHUPUN LAMAN FACEBOOK SENDIRI lalu memerkan gambar terbabit pada blog saya.

Namun hasilnya, sudah tentu ramai 'followers' blog saya nanti terdiri daripada kalangan lelaki hidung bintik. Haha.

PS: Kalau nak ramai 'followers' perempuan, kena menyamar jadi lelaki 'tangankan sikit' (handsome) dan 'taff-taff' lah nampaknya ala-ala Aaron Ajis. Haha.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.