Monday, 20 February 2017

Fenomena tidak sihat yang dilihat baik sewaktu ceramah di masjid

Muhammad Zulsyamini     Monday, 20 February 2017     04:53     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

inteleaks@gmail.com

GAMBAR Hiasan



Ada satu perkara tidak sihat yang berlaku di banyak masjid sewaktu mana-mana penceramah sama ada penceramah beraliran Wahhabi (Salafi) mahupun Asyairah (Khalafi) namun kita sahaja yang tidak sedar termasuk aku yang baru sedar sekarang.

Sewaktu kuliyah, khususnya kuliyah maghrib sedang berlangsung, penceramah terpaksa menggunakan pembesar suara (mikrofon) untuk menyanpaikan ilmu hingga seringkali mengganggu jemaah lain yang sedang melakukan ibadah lain selain mendengar kuliyah terbabit.

Di sana ada jemaah yang datang lambat, umpamanya disebabkan musafir lalu terpaksa membuat saf baru bagi mendirikan solat jemaah. Begitu juga jemaah yang ingin membaca mahupun menghafaz Al-Quran di mana mereka seringkali terganggu dengan kelantangan suara penceramah.

Sedangkan di sana terdapat hukum mengenai seseorang yang dengan sengaja membaca Al-Quran dengan suara lantang hingga mengganggu kekhusukkan orang yang sedang solat berhampirannya. Ulama' berpandangan perkara itu sebagai haram sekiranya dilakukan secara sengaja.

Alangkah membaca Al-Quran hingga mengganggu kekhusyukkan orang solat pun diharamkan, apatah lagi nada penceramah yang sering menengking dan meluahkan rasa amarah ketika berceramah. Sekiranya tidak marah pun, suaranya tetap mengganggu jemaah yang sedang melakukan ibadah lain termasuk solat jamak-qasar, solat sunat, baca dan hafaz Quran dan sebagainya.

Kadangkala mereka beralasan ianya dharurat kerana jika tidak menggunakan pembesar suara, orang ramai susah bahkan tidak akan dengar apa yang disampaikan penceramah.

Namun cuba perhatikan gelagat mejoriti pendengar kuliyah. Rata-rata mereka duduk saling berjauhan, selain berkelompok-kelompok hingga menjadikan kedudukan mereka dengan penceramah begitu jauh. Masjid yang asalnya hanya terdiri daripada kurang 10 barisan saf kelihatan penuh. Bagainanapun hakikatnya jauh sekalilah masjid penuh.

Lalu aku teringat mengenai apa yang pernah diajar selain ditekankan oleh guru agamaku, Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman semasa menghadiri kuliyahnya beberapa tahun lepas semasa belajar di Shah Alam.

Guruku terbabit selalu menekankan bahawa kalau ingin belajar, mengambil ilmu, atau talaqqi umpamanya, kedudukan antara murid dengan guru mestilah tidak begitu jauh selain kedudukan sesama penuntut ilmu hendaklah saling rapat-merapati sekiranya sama jantinanya.

Dari segi logik pun, katakanlah dalam sesebuah kelas, guru atau pensyarah selagi mungkin akan menyuruh pelajarnya ke hadapan. Sebaliknya pelajar yang tidak megendahkan arahan guru yang menyuruhnya ke barisan hadapan itu dikira biadap dan kurang hajar.

Konsepnya samalah seperti solat berjamaah. Dalam solat jemaah kita disuruh merapatkan saf sebagai tanda kekuatan ukhuwah dan tautan hati sesama saudara seagama selain ianya lambang kesempurnaan solat jemaah itu.

Bahkan guruku itu seringkali mengungkapkan satu kisah yang saya tidak ingat sama ada ianya hadith ataupun athar sahabat di mana nabi ataupun sahabat itu sering menegur sahabat-sahabat lain yang duduk dalam masjid dalam keadaan berkelompok-kelompok. Lalu insan mulia itu seraya menegur perbuatan itu sambil menyifatkan ianya tanda perpecahan.

Begitu juga hadith mengenai anjuran melurus dan rapatkan saf di mana nabi s.a.w. menyifatkan keingkaran memenuhi tuntutan terbabit akan menyebabkan Allah s.a.w. saling memalingkan hati-hati hambanya yang sedang solat itu atau dengan kata lain, ianya bakal mengundang perselisihan yang seterusnya membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan seumpamanya.

Berbalik kepada fenomena tidak sihat yang berlaku di kebanyakan masjid ini, saya, Zulsyamini Sufian sebagai ketua pegawai operasi NGO Pertubuhan Inteleaks Malaysia (Inteleaks) menyeru agar para pengurus masjid mengkaji semula akan hal ini yang tidak mengendahkan hak-hak jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah selain daeipada mendengar majlis ilmu.

Mungkin sebelum memulakan kuliyah, para penceramah disuruh untuk menyeru hadirin duduk dalam keadaan rapat dan kehadapan selagi mampu bagi membolehkan penyampaian mereka sampai ke telinga hadirin sama ada tanpa menggunakan pembesar suara ataupun kelantangan pembesar suara yang tidak begitu kuat sehingga mengganggu kekhusukkan orang lain yang sedang beribadah selain dari mendengarkan kuliyah atau ceramah terbabit.

#JanganKecamSaya
#SayaHanyaMenyuarakanPandangan

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.