Sunday, 29 January 2017

Secara logiknya Hang Tuah wujud walaupun banyak mitos disandarkan

Admin inteleaks     Sunday, 29 January 2017     06:46     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar SUMBER GOOGLE

Gambar Hiasan


[Doraemon dan Hang Tuah] (tajuk asal yang ditulis Muhammad Zulsyamini pada Januari 2016 melalui status Facebook)

Kisah ini berlaku awal tahun 2016 ketika saya baru selesai menonton filem Doraemon (the movie): Perjalanan ke Barat (Nobita no Parallel Saiyuuki). [LINK: https://www.youtube.com/watch?v=Mcj_-gBtAoM]

Pada asalnya memang sejak kecil saya tahu mengenai hikayat Perjalanan ke Barat (Journey To The West)  disebabkan NTV7 pada masa tu ada menyiarkan drama berkenaannya setiap petang. saya bersama  adik-beradik lain pun layan cerita itu.

Antara watak yang saya masih ingat adalah raja monyet bernama Wu Kong dan guru mereka iaitu Sami Xuan Zang . Adapun lagi dua watak protagonis iaitu manusia gemuk yang berfizikal dan selalu menjelma sebagai seekor babi serta satu lagi watak sudah saya lupa terus.

Bahkan pada masa ini hikayat itu pun sudah banyak difilemkan.

Bukannya apa. Sengaja ingin diceritakan di sini bahawa hikayat itu sebenarnya adalah cerita dongeng. Hikayat itu pada asalnya adalah sebuah novel fiksyen yang masih tidak diketahui siapakah penulis asalnya.

Walaubagaimana pun, novel atau hikayat itu sebenarnya ditulis juga berdasarkan peristiwa-peristiwa yang benar-benar terjadi. Watak utama dalam hikayat itu iaitu Sami Xuan Zang sendiri sebenarnya adalah seorang cendikianwan dalam agama Buddha yang benar-benar wujud dan ditugaskan untuk pergi ke India (Barat pada masa itu) bagi mencari kitab suci dalam agama Budhha.

Penambahan berlaku buat tiga lagi watak di dalamnya sebagai pengikut Sami Xuan Zang iaitu raja momnyet Wu Kong sendiri, Raja Babi bernama Zhu Bajie dan Raja Kerbau Air bernama Sha Wujing, sedangkan hakikat asalnya adalah Sami Xuan Zang merantau seorang diri ke India tanpa ditemani sesiapa.

Apa yang ingin disampaikan adalah biarpun banyak sumber sejarah Melayu menyandarkan keajaiban-keajaiban mistik pada Laksamana Hang Tuah, namun tidak bererti Hang Tuah tidak pernah wujud sama sekali.

Sebagaimana hikayat atau novel "Journey To The West" yang ditulis berdasarkan watak asal Sami Xuan Zang yang benar-benar diiktiraf kewujudannya di alam nyata, tidak mustahil watak Hang Tuah juga benar-benar wujud.

Akan tetapi mungkin keajaiban mistiknya sahaja yang boleh dipersoalkan iaitu berlakunya tokok-tambah sebagaimana penceritaan mengenai kekebalannya dengan keris Taming Sari.

Kalau diikutkan logik, tamadun-tamadun purba seperti Mesir Purba juga banyak mengaitkan pemerintah mereka (Fir'aun) dengan kepercayaan-kepercayaan mistik seperti tuhan yang dapat menjelma dalam bentuk manusia, manusia separuh dewa (demigod), hikayat pertelingkahan antara Dewa Osiris dan Dewa Seth dan sebagainya.

Namun tiada siapa yang pernah kata fir'aun sebenarnya tidak wujud memandangkan kisahnya sendiri dirakamkan dalam Al-Quran.

Jadi, kalau benar pun akal kita tidak dapat menerima kisah-kisah mistik yang disandarkan pada Hang Tuah, jangan terus kata Hang Tuah tak pernah wujud. Mungkin beliau memang wujud namun riwayatnya ditokok-tambah sang penglipur lara.

PS: Apapun, Doraemon memang seekor robot kucing beriras musang yang comel. =)

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.