Sunday, 29 January 2017

Adakah pemakai FAKE ACCOUNT mengalami masalah mental?

Admin inteleaks     Sunday, 29 January 2017     05:51     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar SUMBER GOOGLE (http://www.datingforstudents.com)

Gambar Hiasan


Ramai orang yang buat 'FAKE profile'  atau profil palsu khususnya di laman Facebook menggunakan nama samaran sebenarnya bertujuan bagi melindungi 'wajah' sebenar mereka selain ingin menjaga hati orang yang mengenali mereka.

Apabila mereka marah, misalnya marahkan kerajaan, pembangkang, sesuatu golongan atau sesiapa sahaja, mereka akan zahirkan kemarahan itu melalui 'fake profile' yang dicipta dengan menggunakan identiti entah siapa-siapa.

Disebabkan itulah kebanyakan pengguna 'fake profile' ini selalunya bahasa tidak dijaga, mencarut, memaki-hamun, trol (lawak mengejek), dan sebagainya, kerana mereka beranggapan tidak akan ada orang yang tahu siapa diri sebenar mereka.

Selalunya orang sebegini terpaksa melakukan sedemikian kerana memikirkan perasaan orang-orang yang ada di sekeliling dan mengenalinya.

Apabila segala kemarahan dan kebencian diekspressikan menggunakan identiti sebenar melalui akaun profil nama sendiri, maka akan buruklah persepsi dirinya di mata kawan-kawannya yang lain.

Hal ini dikatakan dapat menjaga hati kawan-kawan dan sanak-saudara yang berkawan dengannya menerusi alam maya atau media sosial seperti Facebook.

Kerana itulah kebiasaannya segala apa yang dikongsi atau di-'post'-kan di 'wall'-nya adalah yang bersikap 'happy-go-lucky', 'peace no war', atau 'yang murni-murni' sahaja. Amat jarang kemarahan dizahirkan apabila timbul perasaan marah dan benci kepada pihak tertentu khususnya melibatkan sentimen politik, agama, dan bangsa.

Berdasarkan teori komunikasi (communication theory) yang dipinjam daripada bidang psikologi, keadaan atau teori ini dipanggil sebagai "self-gratification theory" (teori pemuasan kendiri).

Orang sebegini berasa puas dengan apa yang dilakukannya (dalam konteks ini ianya mengekspressikan kebencian dan kemarahan walau tanpa identitinya diketahui, asalkan di berasa puas meluahkannya).

Persoalannya, wajarkah golongan yang suka memakai 'fake account' ini layak dikatakan sebagai mengalami masalah atau gangguan mental kerana mencari kepuasan kendiri melalui perbuatan yang kadangkala tidak bertanggungjawab?

Tidak bertanggungjawab dalam ertikata sama ada gemar berkongsi berita yang tidak diketahui kesahihannya untuk menaikkan kemarahan pembacanya  mahupun gemar bermain emosi sampai sanggup mengeji, mencarut, bahkan menfitnah terhadap perkara yang akhirnya diketaui sebagai palsu.

Pendek kata mereka mempunyai lebih daripada satu personaliti iaitu diri umpama malaikat atau orang awam yang ingin dizahirkan dan dalam masa sama mempunyai satu lagi personaliti jahat dan tidak bertanggungjawab yang tidak mahu diketahui sesiapa dengan memakai akaun palsu.

Wallahua'lam.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.