Wednesday, 21 December 2016

[Mengapa lelaki harus berbangga berkulit gelap berbanding cerah?]

Admin inteleaks     Wednesday, 21 December 2016     21:25     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
inteleaks@gmail.com
Gambar: Sumber internet BERMANA

Gambar Hiasan


Sekarang ini begitu banyak produk kecantikan yang dibuat khusus untuk lelaki. Terdapat satu produk yang saya ketahui boleh membuatkan kulit seorang lelaki menjadi cerah (baca: putih) dengan hanya menelan pil atau capsul selama beberapa minggu.
Dahulu saya juga mengimpikan kulit yang cerah. Namun impian saya itu kini saya tinggalkan memandangkan adanya sangkaan yang mendakwa bahawa lelaki hitam atau gelap itu lebih 'seksi' berbanding lelaki berkulit cerah. 
Saya fikir ini mungkin kerana lelaki yang berkulit gelap dilihat lebih maskulin daripada berkulit cerah. Lelaki berkulit gelap dianggap sudah biasa dengan kerja-kerja berat, sudah 'lali' berjemur panas atau dengan kata lain selalu melazimkan diri membuat aktiviti-aktiviti luar dan lasak serta kerja-kerja berat.
Berlainan pula dengan lelaki berkulit cerah yang sering dianggap tidak boleh berjemur panas, jarang keluar rumah, terlalu menjaga kulit persis seorang perempuan walaupun menyedari dirinya lelaki dan sebagainya.
Jadi, saya di sini mewakili lelaki berkulit gelap ingin menyatakan dengan bangganya bahawa kami berbangga memiliki kulit gelap kerana kami dilihat lebih maskulin dan seksa. Biarlah apa yang kailan ingin labelkan pada kami seperti "bendang terbakaq" dan seumpamanya.
Bercakap pasal kulit gelap, tahukah anda gadis-gadis di Jepun lebih suka dengan lelaki berkulit gelap berbanding cerah? Saya menilai akan hal ini menerusi pemerhatian saya terhadap anime Jepun, Detective Conan. Namun kalau anime atau manga itu menipu, maka dustalah dakwaan saya ini.
Oh ya, Rei Furiya yang nama samarannya Tooru Amuro dengan nama kod (codename): Bourbon juga seorang lelaki berkulit gelap dalam anime Detective Conan.
PS: Memandangkan saya sering berjemur panas ketika merantau menunggang motorsikal di bawah terik matahari, jadi hanya anggota saya yang terdedah kepada cahaya matahari sahaja yang gelap. Adapun anggota yang masih tidak terdedah masih berwarna ular sawa matang.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.