Friday, 23 December 2016

Jangan pesatkan pembangunan bandar namun pekan dan kampung anak bangsa terus dipinggirkan

Admin inteleaks     Friday, 23 December 2016     08:14     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar menunjukkan pembangunan yang berlaku di salah sebuah bandar pesat di negara Indonesia. Gambar BERMANA

Boss aku di Bangi dulu ada pesan kat aku, kalau nak berjaya, jangan terlalu ingin tinggal berdekatan dengan rumah, dengan kampung atau istilah modennya disebut 'homesick'.

Sebaliknya kita kena berani merantau khususnya ke bandar-bandar seperti di Kuala Lumpur ataupun bandar-bandar di Selangor.

Walaupun bandar-bandar di sana dibebani kos sarat hidup tinggi, namun insyaAllah jika pandai mencari, kita boleh hidup dengan bebanan kos sara hidup rendah dengan penuh rasa kesabaran terhadap dugaan yang bakal dilalui.

Dengan gaji yang diperoleh lalu berjimat dengan gaya hidup berserdahana, kemudian sesudah berjaya mengumpul seberapa bahagian harta barulah kita boleh membuka perniagaan sendiri yang berada di sekitar kampung asal kita menggunakan duit modal yang telah dikumpul sekian lama.

Apabila kita khsuusnya kaum Melayu banyak membuka premis perniagaan sendiri di kawasan luar bandar yang baru hendak membangun atau bandar baru, maka lama kelamaan insyaAllah kita mampu membangunkan semula ekonomi bangsa kita.

Ini memandangkan ekonomi di kawasan-kawasan maju atau bandar telah sedia dikongkong bangsa Cina. Daripada dahulu sejak sebelum merdeka lagi kaum Cina ditempatkan di lombong-lombong yang kemudiannya dibangunkan sebagai bandar yang dilengkapi berbagai infrastuktur.

Pendek kata kaum Cina dianak emaskan oleh penjajah walhal kaum Melayu sebagai pribumi dianaktirikan lalu dihalau ke kampung-kampung yang tiada kemajuan melainkan bertindaks ebagai buruh kelas ketiga sebagai petani, penternak dan nelayan.

Akibat dari itu dapat dilihat hingga ke hari ini. Orang Melayu sangat ramai mendiami kampung sedangkan bangsa pendatang seperti Cina bermaharajalela di kawasan-kawasan bandar membangun.

Jadi sekiranya kita ingin bangsa kita naik semula, kita jangan hanya fikir ingin tinggal berdekatan dengan kampung kerana alasan-alasan seperti 'homesick', ingin selalu menjenguk ibubapa dan sebagainya. Kita mesti berani menempuh cabarabn hidup di bandar terlebih dahulu sebelum ingin membangunkan ekonomi kaum kita di kawasan luar bandar.

PEMIMPIN JANGAN HANYA BANGUNKAN BANDAR

Pemimpin-pemimpin Malaysia khususnya yang melaungkan slogan perjuangan Melayu seharusnya melupakan hasrat membangunkan Malaysia sekiranya kawasan yang dibangunkan hanya tertumpu buat penduduk bandar semata-mata.

Kawasan bandar yang dahulunya dibangunkan oleh penjajah terus-menerus mengecapi kemajuan sementara kawasan luar bandar dan kampung-kampung terus-menerus dengan kemundurannya.

Sedangkan jika dilihat bangsa pendatang Cina lebih ramai mendiami kawasan bandar berbanding bangsa Melayu yang masih ramai di ceruk-ceruk kampung. Hal ini berlaku disebabkan sejak era kolonial lagi, bangsa pendatang itu telah dianak-emaskan oleh penjajah yang lalu penempatan mereka dibangunkan menjadi bandar yang dilengkapi segala kemudahan.

Apalah pemimpin pejuang Melayu ingin banggakan sekiranya Malaysia hanya maju di kawasan seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya sedangkan sekiranya pelancong-pelancong asing datang melawat ke kawasan-kawasan seperti di kebanyakan tempat di negeri Kelantan, Kedah, Perak dan sebagainya, mereka hanya lihat Malaysia sebagai hanya indah khabar dari rupa.

Aku sedih bila mana dapat tahu cerita sebenar daripada kawan-kawan aku yang tinggal di Kedah. Tahukah anda walaupun Alor Star begitu 'gah' dengan menara beriraskan Menara Kuala Lumpur, namun peluang pekerjaan sangat terhad di sana.

Bahkan bandar Sungai Petani yang dapat aku sifatkan sebagai 'pekan' lebih besar berbanding bandar Alor Star hinggakan kawan-kawan aku yang berasal dari negeri utara itu terpaksa 'turun' jauh ke selatan untuk mencari rezeki.

Gaji minimum pula bunyinya menyedihkan. Kata mereka walaupun kerajaan Malaysia sudah mengisytiharkan gaji miniumum sebanyak RM900 sebulan, namun 'gaji' minimum yang diterima oleh rakyat Kedah lebih sedikit berbanding jumlah itu atas alasan kos sara hidup negeri Kedah yang tidak begitu tinggi.

Hinggakan aku yang dahulunya sangat bercita-cita untuk tinggal dan berkahwin dengan orang Kedah khususnya Alor Star terpaksa membatalkan niat aku itu apabila mengetahui hakikat ini.

Justeru, kepada pemimpin-pemimpin UMNO, usah mimpilah Malaysia bakal jadi negara maju sekiranya kemajuan hanya ditumpukan di kawasan bandar namun meminggirkan pembangunan di kawasan luar bandar.

Ingatlah bila mana kalian memajukan kawasan bandar, kalian sebenarnya hanya menguntungkan keturunan bangsa pendatang itu walhal anak bangsa kalian sendiri terus terpinggir di ceruk-ceruk kampung.

Hinggakan bangsa pendatang itu membuat onar di tanah kita pun, kita masih membiarkannya dan terus bergaduh sesama sendiri. Macamlah bangsa pendatang itu benar-benar didiskriminasi.

Malaysia perlukan pemimpin yang rasional. Bukan pemimpin korup, banyak skandal, cakap berberlit, amalkan nepotisme (kroni), ego, dan sebagainya.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.