Friday, 23 December 2016

[Apakah hukum berselfie selepas melakukan amal salih?]

Admin inteleaks     Friday, 23 December 2016     07:48     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar Hiasan


Gambar: Sumber Google BERMANA

[Apakah hukum berselfie selepas melakukan amal salih?]

Jawapan:

Ianya bergantung pada keadaan. Selagi mana perkara yang ditunjukkan itu bukanlah atas dasar ingin berbangga diri atau riyak, sebaliknya bagi menggalakkan orang ramai melakukan perkara serupa, maka ianya dibolehkan.

Hal ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran:

"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali, dan jika kamu menyembunyikannya serta kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Al-Baqarah;271]

Ayat di atas tidak sesekali menegah seseorang daripada melakukan amal iaitu bersedekah dalam keadaan ianya dihebohkan walaupun dikhuatiri ia dapat terjatuh ke dalam kancah riyak atau 'ujub (berbangga diri) dengan kebajikan yang dilakukannya.

Sekiranya sesuatu amal itu ditunjuk serta dihebohkan kepada khalayak dengan niat untuk berbangga dengannya atau riyak, maka terbatal-lah pahala amalan tersebut. Sebaliknya sekiranya ia diniatkan untuk memberi galakan kepada orang agar mengikuti perilaku itu, maka insyaAllah dia akan memperoleh pahala.

Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Jabir bin Abdullah r.a.:

"Barang siapa dapat memberikan suri tauladan yang baik dalam Islam, lalu suri tauladan tersebut dapat diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat untuknya pahala sebanyak mana yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun pahala yang dia peroleh. Sebaliknya, barang siapa yang memberikan suri tauladan yang buruk dalam Islam, lalu suri tauladan tersebut diikuti oleh orang-orang sesudahnya, maka akan dicatat baginya dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa yang mereka peroleh sedikitpun."

Jadi, jangan bersikap agak skeptikal terhadap mereka yang gemar berselfie sejurus melakukan amal kebaikan kerana mungkin mereka ingin beramal dengan hadith Jabir bin Abdullah sebagaimana dinyatakan di atas.

Salah dalam berbaik sangka jauh lebih baik berbanding salah dalam berburuk sangka.
Wallahua'lam.

 

Pemberi Fatwa:
Zulsyamini Sufian
-Trainer Executive of Dark Cat Training & Consultancy Sdn. Bhd.-

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.