Wednesday, 21 December 2016

[Adakah Hindu asalnya agama tauhid lalu kafir disebabkan bid'ah?]

Admin inteleaks     Wednesday, 21 December 2016     19:01     No comments
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar: Sumber Google BERMANA

Patung salah satu tuhan yang disembah dalam agama Hindu


inteleaks@gmail.com

Bagi kebanayakan daipada kita apabila disebut agama Tauhid, fikiran kita hanya akan tertumpu kepada tiga agama utama iaitu Islam, Yahudi dan Kristisan (Nasrani) atau seringkali disebut 'agama Samawi' (agama yang diturunkan dari langit). Konsep penyembahan terhadap satu tuhan ini juga diklasifikasikan sebagai monotheism.

Baru-baru ini saya tertarik dengan dakwaan bahawasanya agama Hindu juga PADA ASALNYA merupakan agama tauhid yang menyembah Allah ta'aala. Sehingga sekarang saya masih mengkaji dan terus membaca berkenaanya.

Antara 'key-point' beberapa penulis yang mendakwa agama Hindu PADA ASALNYA adalah agama Tauhid adalah sebagaimana Islam, Yahudi, dan Nasrani (Kristian) umat Islam juga terpecah menjadi puluh malah ratusan golongan-golongan sesat di mana sesetengah dari golongan itu pun sudah dianggap terkeluar daripada Islam seperti Syiah, Ahmadiyah, Jabariyah dan sebagainya.

Begitu juga dengan Hindu. Agama mereka pada asalnya menyembah Allah ta'ala namun disebabkan lahirnya firqah (golongan) yang mendoktrinkan pemahaman sesat, maka jadilah ianya agama Hindu yang dilihat sebagaimana sekarang, iaitu agama yang menyembah puluhan malah ratusan patung .

Saya secara peribadi pernah tercbaca artikel yang menerangkan mengapa orang Hindu menyembah TERLALU banyak patung walaupun pada asalnya kitab suci mereka mendakwa tuhan hanya satu.
Antara sebab yang dikemukakan adalah patung yang mereka cipta itu sebenarnya bagi memberi gambaran mengenai SIFAT tuhan mereka. Analoginya jika di dalam Islam, kita beriman dengan apa yang dinamakan sebagai Tauhid Asma' wa Sifat (Nama-nama serta sifat-sifat Allah).

Demikianlah bagi agama hindu. Mereka juga 'beriman' dengan sifat-sifat kesempurnaan tuhan mereka yang satu. Namun apa yang membezakan adalah mereka membuat lakaran gambar dan patung deminya dengan alasan supaya akan lebih hadir perasaan 'zouk' ketika beribadah. Ya, kebayakan mereka juga meyakini bahawa patung yang berada di kuil-kuil mereka hanya sekadar patung yang tidak bernyawa, hanya semata-mata patung.

Islam pula melarangnya. Maka bagi menghindari perkara serupa berlaku kepada Islam, Islam mengambil pendekatan pencegahan awal dengan mengharamkan umatnya memiliki sebarang jenis patung mahupun gambar yang dilukis namun tidak dihinakan yang memberi rupa makhluk bernyawa kerana ditakuti kerana bermaharajalelanya kejahilan, lama-kelamaan generasi seterusnya akan menjadikan patung-patung dan lukisan itu sebagai wasilah untuk beribadah kepada Allah sebagaimana firman Allah:

أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
"Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka (berhala) melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". [Az-Zumar ayat 3]

Tidak sekadar gambar dan patung, umat Islam kini diancam dengan satu lagi sarana yang boleh menyebabkan situasi yang berlaku kepada agama Hindu juga berlaku kepada Islam iaitu perbuatan sebahagian kelompok yang menjadikan kubur orang yang telah mati sebagai tempat berdoa atau membayar hajat.

Jadi, tidak hairanlah mengapa terdapat beberapa ilmuan seperti Zakir Naek yang mendakwa bahawa perutusan Nabi Muhammad s.a.w. sudahpun diramalkan di dalam kitab-kitab suci agama Hindu mahupun Buddha walaupun selama ini kita menyangka bahawa agama Hindu dan Buddha adalah agama ciptaan manusia yang bukan berasal dari langit (samawi).

Sekiranya ia diciptakan manusia, bagaimana ia boleh meramal dan memberi peringatan akan kedatangan utusan akhir zaman iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w.?
Menarik untuk dikaji. Terima kasih kerana saya sudah kembali meminati sejarah.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.