Wednesday, 2 November 2016

Subjek Perbandingan Agama akan mengajar Salafi-Wahhabi lebih rasa hormat

Admin inteleaks     Wednesday, 2 November 2016     08:30     No comments
[Pluralisme vs Wahhabism dan Maturidism]
 
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Belajar Usul Agama (Usuluddin) serta perbandingan agama (comparative religion) seharusnya menjadikan diri lebih menghormati perbezaan khususnya dalam beragama dan bermazhab

Seorang senior berpangkat abang memberitahu saya beberapa hari lepas mengenai toleransi dalam berideologi dan beragama.

Katanya, orang yang belajar subjek perbandingan agama (comparative religion) seharusnya mempunyai sikap saling menghormati sama ada dengan orang yang berbeza agama mahupun mazhab.

Intinya, kita tidak boleh sewenangnya menghukum seorang bukan Muslim seperti dengan cara berkata kepadanya: "Kau bukan Islam, kau ahli neraka, kekal dalam neraka".

Ini kerana jika pendekatan itu yang dibawa, orang bukan Islam langsung tidak mahu memeluk Islam.

Ada beza antara menghukum kebenaran dan menyata serta memperlihatkan kebenaran.

Dakwah adalah untuk mengajak orang bukan Islam agar memeluk Islam, bukan secara biadab sebegitu, langsung tiada hikmah dalam berdakwah.

Melainkan sekiranya non Muslim tersebut menyatakan permusuhan yang amat sangat kepada Islam, atau dengan kata lain kafir harbi.

Bahkan dalam Islam sendiri menuntut agar orang Islam melayan kafir zimmi, mu'ahad, serta musta'man sebagaimana hak saudara seMuslim lainnya.

Berbalik kepada sikap hormat. Ia agak penting dalam berdakwah sehinggakan Al-Quran sendiri melarang orang Islam daripada memaki atau mengeji sesembahan orang kafir yang mana jika ia dilakukan juga, sesembahan orang Islam iaitu Allah pula akan dikeji dan dihina.

Hormat bermakna kita meraikan perbezaan agama antara kita dengan jiran, atau kawan, atau kenalan kita yang bukan Islam tanpa kita meredhai perbuatan itu.

Sebaliknya dalam masa kita hormatkan pendirian dia, kita juga cuba menerangkan dan menunjukkan kepada dia jalan yang benar dan betul.

Bukan hanya tahu mencemuh, menghukum, mengeji, memaki dan sebagainya.

Hormat tidak bermakna merestui dan meredhai serta merelakan. Umpamanya kita hormatkan guru kita yang bukan Islam, namun tidaklah bermakna kita merestui pegangannya itu.

Kita disuruh menghormati sesembahan orang kafir sebagaimana dinyatakan di atas, namun bukan bererti kita meredhai serta merelakan Allah didua, atau disekutukan.

Itu adalah dari persepektif apabila berinteraksi dengan insan yang berlainan agama dengan kita, atau bukan Islam.

Dari sudut pecahan (iftiraq) mazhab dalam kalangan umat Islam (Iftira Al-Ummah) pula, kita juga seharusnya bersikap demikian.

Kita tahu salah seorang dari rakan kita berakidah Syiah Imamiyah Ar-Rafidhah yang kita sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah hukumkan sebagai terkeluar dari Islam.

Namun adakah dengan itu bermakna kita harus memutuskan persahabatan dengannya tanpa kita mendampingi serta cuba menunjukkan dia kepada jalan yang benar bagi kita?

Apakah kerana dia itu Syiah, maka batang tubuh dia tidak layak kita hormati, dan sentiasa layak menjadi bahan cacian, hinaan dan sebagainya, tanpa kita cuba tunjukkan jalan kepadanya?

Sama juga dengan pecahan aliran dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sendiri iaitu aklran Salafi (Wahhabi) dan Khalafi (Asya'irah wal Maturidyah).

Jika orang Wahhabi merasakan pegangan mereka sahajalah yang benar, yang mengikuti sunnah 100%, bermakna rasa hormat itu perlu juga ada.

Hormat dalam ertikata menghormati pandangan orang yang mengikuti takwilan ulama' Khalaf umpamanya.

Sekiranya masing-masing tidak ada rasa hormat, maka sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai.

Salafi-Wahhabi perlu hormat dengan pendirian Khalafi- Asya'irah, manakala Asya'irah pula perlu menghormati pegangan Salafi-Wahhabi, biarpun kedua-duanya berbeza pemahaman mengenai sifat-sifat Allah.

Jika Salafi-Wahhabi rasa mereka benar, tunjukkan kebenaran dengan cara berhikmah, serta menghormati pegangan Khalafi-Asya;irah. Begitu juga Khalafi yang merasakan takwilan mereka benar, dampingilah orang Salafi bagi menunjukkan jalan yang benar baginya.

Semua itu akan wujud apabila adanya rasa hormat-menghormati.

Jika hanya hinaan, kritikan, ejekan serta kejian yang menjadi budaya dalam mendakwa pihaknya sahajalah yang berada dalam kebenaran tanpa ada rasa hormat, sampai bila orang akan terttarik dengan seruan yang dibawa?


0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.