Wednesday, 19 October 2016

TETEK anak dara atau NASI LEMAK ANAK DARA?

Muhammad Zulsyamini     Wednesday, 19 October 2016     20:36     No comments
TETEK anak dara atau NASI LEMAK ANAK DARA?

Dalam bahasa moden dalam kalangan anak-anak muda, perkataan 'nasi lemak' memberi konotasi yang tidak baik.

Ia kerana frasa 'nasi lemak' jika disebut oleh orang-orang muda boleh juga diterjemahkan sebagai 'buah dada', 'TETEK', atau payu dara.

Berdasarkan kes seorang peniaga nasi lemak yang dilihat simpati setelah gerainya disita oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor, aku berfikir memang patut tindakan itu dilakukan.

Apatah lagi iklan yang terpampang di gerai miliknya dengan jelas tertulis:
"NASI LEMAK ANAK DARA"

Sehingga menjadikannya viral di laman sosial seperti di grup-grup komuniti Facebook.

Tambahan pula selain terpampang nama premis "NASI LEMAK ANAK DARA" tersebut, peniaganya pula merupakan seorang gadis (mungkin masih dara) yang disifatkan agak cantik, menawan (termasuk buat penulis status ini).

Persoalan yang timbul adalah, tidakkah peniaga yang berniaga di tempat larangan yang diwartawakan PBT itu sengaja meletakkan nama gerainya sedemikian rupa agar ianya diviralkan oleh lelaki-lelaki hidung belang yang selalu membuat lawak bersifat kelucahan khususnya di media-media sosial.

Manakah tidak apabila perkataan "NASI LEMAK ANAK DARA" yang terpampang di gerai milik gadis terbabit mungkin juga boleh dibaca oleh lelaki khususnya anak muda berhidung petak sebagai:

"TETEK ANAK DARA", Atau
"PAYUDARA ANAK DARA", atau
"BUAH DADA ANAK DARA".

Apatah lagi kesan daripada viral berkenaan hingga melayakkan gadis terbabit mendapat simpati daripada Menteri Besar di negeri terbabit.

Persoalan kedua yang timbul di fikiran aku, di manakah letaknya maruah gadis terbabit?
Sebarang jawapan sila nyatakan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Yang berdusta,
Rei Fururya
PSB Officer

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.