Thursday, 6 October 2016

"'Ikhlas' sungguh hati 'uncle'..... [Diari]

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 6 October 2016     21:36     No comments
 Kisah Oleh: Zulsyamini Sufian

Ia merupakan kisah benar yang ditulis penulis pada 27 September 2016 yang pada masa itu bergelar wartawan sambilan bagi Berita Harian (The New Straits Times Press) (NSTP).

-------------------------------------------------------------------------------------
 
Seorang pemandu teksi berbangsa India datang ke pejabat NSTP Ipoh sambil membawa laporan polis serta salinan akhbar berbahasa Tamil yang menceritakan 'keikhlasannya' membantu seorang penumpang berbangaa Cina (rasanya) yang keciciran barang (atau wang) dalam jumlah besar, mungkin mencecah ribuan Ringgit di dalam teksi yang dipandunya.

Sebelum mendapatkan penjelasan darinya, bos menyuruh aku menemubual 'uncle' berkenaan bagi mendapatkan butiran lanjut.

Pada mulanya kami menyangka bahawa uncle tersebut ingin membuat kenyataan media adalah bagi menjejaki lalu menyerahkan barang tersebut kepada pemilik asalnya.

Namun rupanya beliau hanya ingin kami melaporkan 'keikhlasan'-nya dalam mengembalikan semula barang yang hilang itu. Ia kerana pada mulanyanya dia tidak menjelaskan maksud sebenar kedatangannya selain kami yang sememangnya tidak tahu membaca tulisan Tamil.

Mana tidaknya apabila dia sendiri yang membawa akhbar berbahasa Tamil itu yang katanya jelas memaparkan akhbar Tamil sudahpun melaporkan mengenai 'keikhlasannya'.

Kemudian sebelum bos aku menolak permintaan 'uncle' tersebut, 'uncle' berkenaan berkata yang mafhumnya berbunyi: "Akhbar Tamil hanya India sahaja yang baca dan faham. Saya mahu dan lebih suka jika akhbar berbahasa Melayu yang melaporkannya kerana semua bangaa boleh baca dan faham."

Setelah uncle itu beredar, para bos pun gelak. Aku hanya gelak dalam hati sahaja memandangkan akulah yang sepatutnya menemubual 'uncle' itu bagi menulis berita berkenaannya.

Ingatkan pergi ke pejabat media untuk cari pemilik barang hilang, rupanya ingin memaparkan 'keikhlasan' di hati.

Haisy. Macam-macam karenah orang sekarang yang dambakan popularita dan kemasyhuran.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.