Thursday, 14 July 2016

Ternyata Habbatus Sauda' BUKANLAH Penyembuh SEGALA Penyakit.

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 14 July 2016     05:46     No comments
[Habbatus Sauda' mengkhianati anti-vaksin] 

Ihsan Gambar Dari: Google Image (maduhambaperkasa.com)


Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Beberapa hari lepas saya tertarik membaca satu 'post' di blog milik seorang rakan menganai pengubatan nabawi atau secara amnya disebut makanan sunnah dan hubungkaitnya dengan gerakan antivaksin.

Menurut penulisnya, gerakan anti vaksin amnya lebih mempercayai pengubatan cara Nabi berbanding perubatan moden yang dikaitkan dengan konspirasi Yahudi dalam mengurangkan populasi penduduk dunia.

Dalam membidas golongan anti-vaksin, penulis memberi contoh salah faham yang berlaku terhadap hadith Habbatus Sauda' sebagai penyembuh SEGALA penyakit melainkan maut.

Antara 'point' yang dikemukakan adalah menerusi pengubatan cara moden, Habbatus Sauda' dilihat tidak sesuai bahkan memudharatkan si pesakit yang menghidap penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit buah pinggang.

Dari sini dapat dilihat seolah-olah sains dalam pengubatan moden bercanggah dengan wahyu yang menyatakan Habbatus Sauda' sebagai penyembuh bagi SEGALA (baca: semua) penyakit dan disebabkan inilah, golongan anti vaksin menolak pengubatan moden termasuk pengubatan pencegahan penyakit melalui vaksin.

Tidak sekadar itu, bahkan mereka anti-vaksin menghina pengubatan cara moden atau para doktor dengan menyifatkan mereka sebagai 'agen Illuminati', pemikiran cara Barat, menolak keajaiban wahyu dan sebagainya.

Namun penulis blog berkenaan berhujjah bahawa di sisi para ulama' silam, mereka telah mensyarahkan hadith berkenaan Habbatus Sauda' sebagaimana di atas dengan menyifatkan perkataan 'semua' atau "kullu" dalam bahasa Arab sebagai mubalaghah dalam bahasa Arab.

Penulis mengemukakan contoh menerusi firman Allah dalam kisah Ratu Saba' di zaman Nabi Sulaiman yang berbunyi:

“Sesungguhnya aku mendapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan telah diberikan kepadanya SEMUA (kullu) benda dan dia juga mempunya singgahsana/istana yang agung.” [An-Naml:23]
Makna "KULLU" (semua) bagi ayat Al-Quran di atas dapatlah diterjemahkan sebagai BUKAN SEMUA (setiap satu) benda di atas muka bumi ini kepunyaan Ratu Saba'. Sebaliknya ia adalah mubalaghah dalam Bahasa Arab yang bermakna lafaz umum tetapi membawa makna khusus

Ia bermaksud Ratu Saba' mempunyai semua perkara yang diperlukannya sebagai pemerintah kerajaan, bukannya semua benda yang terdapat di Bumi ini adalah di bawah kekuasaannya.

Sama juga dengan hadith Habbatus Sauda' di atas. Lafaz "semua" (kullu) yang terdapat dalam matan hadith berkenaan tidaklah membawa erti SEMUA penyakit dapat disembuhkan dengan melihat kepada sifat Habbatus Sauda' itu sendiri yang dikatakan bersifat panas.

Dalam hadith lain dinyatakan bahawa ubat bagi demam iaitu kepanasan adalah lawan sifatnya iaitu air yang bersifat menyejukkan. Sama jugalah dengan Habbatus Sauda' di mana sifat kepanasannya mampu merawat penyakit-penyakit yang bersifat sejuk atau penyakit yang berpunca daripada unsur penyejukan seperti selesema, kahak, paru-paru berair dan sebagainya.

Sebaliknya, sifatnya yang panas tidak mampu menyembuhkan penyakit yang muncul atau bersifat kepanasan seperti demam panas, batuk, ulser serta penyakit buah pinggang.

Ringkasnya, hadith berkenaan Habbatus Sauda' di atas dapatlah diterjemahkan sebagai "Habbatus Sauda' adalah penyembuh bagi segala (jenis) penyakit (yang bersifat sejuk) melainkan maut".

Justeru, saya nasihatkan kepada golongan konservatif anti-vaksin agar melihat semula makna yang selama ini difahami mengenai pengubatan cara orang dahulu-kala sambil menafikan keupayaan perubatan moden.

Nota penulis: Kemungkinan besar kaedah balaghah yang sama jugalah digunakan para ulama' yang mendukung adanya bid'ah hasanah dengan menganggap hadith "Semua (KULLU) bid'ah adalah kesesatan" merujuk kepada bid'ah dalam sebahagian perkara tertentu sahaja, bukannya meliputi keseluruhan bid'ah yang ada.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.