Wednesday, 13 July 2016

Perlukah aku berbangga terhadap atau dengan golongan Hafiz Al-Quran?

Muhammad Zulsyamini     Wednesday, 13 July 2016     02:38     No comments

[Perlukah aku berbangga terhadap atau dengan golongan Hafiz Al-Quran?]

Oleh: Zulsyamini Sufian

Baru lepas terbaca satu 'post' di akaun FB seorang rakan zaman sekolah (perempuan) yang melampirkan sebuah tulisan di blog berkenaan Al-Quran.

Menurut penulis blog itu, dia tidak bangga lagi dengan orang yang menghafal Al-Quran tanpa memiliki akhlak Al-Quran.

Sekarang saya hendak menyamakan tulisan itu dengan situasi mengenai lambakan golongan yang digelar sebagai Hafiz dan Hafizah Al-Quran di Malaysia.

Tidak dinafikan masyarakat Melayu kita begitu menghormati golongan ini (Hafiz dan Hafizah) hinggakan mereka diberi kedudukan tinggi.

Sumbangan yang mereka terima dari orang ramai atas kredibiliti juga tidak kurang. Menjadi imam solat Tarawih sahaja mampu memberikan pulangan stinggi RM4000 ke RM7000 kepada golongan ini

Itu pun sekiranya diletakkan di masjid berhampiran kawasan perumahan orang kaya-kaya.

Namun sebaliknya berlaku di negara-negara Arab. Hatta kita akan dapati di sana tukang sapu sampah (cleaner) juga seorang Huffaz Al-Quran.

Pendek kata lebih 50% populasi mereka adalah golongan yang menghafal Al-Quran daripada kecil.
Namun bukanlah itu yang ingin aku perbincangkan.

Sebaliknya aku ingin perbincangkan mengenai topik asal tadi iaitu akhlak Al-Quran.

Tahukah anda golongan IS (ISIS) yang hangat diperkatakan masyarakat dunia masa kini adalah bayangan daripada kelompok Khawarij yang terlibat dalam pembunuhan dua orang Khalifah Ar-Rashidin iaitu Uthman Al-Affan dan Ali Abi Talib.

Bahkan pembunuh kepada Ali yang bernama Abdul Rahman Ibn Muljam merupakan seorang Muqriq.
Tahukah anda apa itu Muqriq?

Muqriq tarafnya lebinggi daripada Qari. Jika Qari sekadar membaca Al-Quran, namun taraf Muqriq ini di samping membaca Al-Quran, mereka juga bertindak selaku guru yang mengajar ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran seperti Bahasa Arab, Nahu, Balaghah, Saraf, Tafsir,dan sebagainya.

Namun itulah yang ingin diperkatakan. Hatta seorang guru Al-Quran dapat membunuh antara sebaik-baik insan di atas muka Bumi ini selepas Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar dan Uthman RadiAllahu'anhum.

Jangan dilupakan bahawa dalam menyifatkan golongan Khawarij, Rasulullah s.a.w. pernah mensifatkan mereka sebagai kelompok manusia yang paling sempurna dan baik ibadahnya termasuk paling banyak solatnya, puasa, serta bacaan Al-Quran.

Sehingga kata baginda sekiranya para sahabat membandingkan ibdah mereka dengan kelompok Khawarij termasuk dalam aspek bacaan Al-Quran, maka para sahabat itu akan meremehkan ibadah mereka sendiri berbanding ibadah yang dilakukan golongan Khawarij.

Ironinya dalam hadith yang sama , Rasulullah s.a.w. memerintahkan kita agar memerangi bahkan membunuh kelompok Khawarij itu. Ini berikutan katanya, bacaan Al-Quran mereka (kaum Khawij) tidak melepasi halqum mereka yang membawa erti ibadah mereka termasuk bacaan Al-Quran tidak sampai masuk ke dalam hati.

Selain itu dalam riwayat lain, baginda s.a.w. juga menggelar kelompok berkenaan sebagai "anjing kepada anjing neraka".

Berbalik kepada isu yang saya sentuh mula-mula tadi. Ada apa dengan gelaran Al-Hafiz (Hafizul Quran) sekiranya tingkah-laku kita tidak menggambarkan keperibadian Al-Quran sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.?

Sebab itu jangan terkejut walaupun di institusi-institusi maahad tahfiz termasuk Darul-Quran, kes-kes jenayah seperti kecurian, penderaan, buli dan sebagainya tetap berlaku. Ini belum termasuk institusi kekeluargaan yang kian roboh akibat misalnya seorang ayah yang Hafizul Quran namun tidak dapat menahan amarah atau panas barannya lalu bertindak menyakiti (memukul) anak-anak serta isterinya.

Kesimpulannya, hormatilah golongan Hufaaz ini sekiranya perangai dan akhlak mereka mencerminkan ilmu Al-Quran yang dimiliki, bukan atas dasar mereka itu lepasan maahad tahfiz atau "'so-called' Al-Hafiz" semata-mata.

:v
~MZsSS~

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.