Wednesday, 22 June 2016

Sindiket Pancit Tayar Di Nilai, Negeri Sembilan Sasar Golongan Wanita [BERITA]

Muhammad Zulsyamini     Wednesday, 22 June 2016     00:20     No comments
Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Gambar kereta milik suspek


SERI ISKANDAR: Orang ramai khususnya yang tinggal berhampiran bandar Nilai, Negeri Sembilan diingatkan supaya berhati-hati terhadap sindiket mengeluarkan angin tayar bagi mengaut keuntungan daripada mangsa

Modus operandi sindiket itu adalah dengan mengeluarkan angin dari tayar kenderaan mangsa selain merosakkan nat yang berada pada tiub tayar berkenaan sebelum menawarkan khidmat mengganti tayar dengan bayaran tertentu.

Mangsa pula dikatakan terdiri daripada wanita yang memandu bersendirian atau bersama anak kecil yang tidak mempunyai kudrat untuk menukar tayar simpanan (spare) bersendirian.

Perkara itu diluahkan salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Miliza Miliza ke laman Facebook peribadi beliau apabila hampir menjadi mangsa sindiket berkenaan ketika beliau selesai membeli-belah berhampiran pasaraya Tesco dan Giant di Nilai, Negeri Sembilan .

Walaupun enggan menerima pelawaan suspek untuk mengganti tayar, mangsa juga mendakwa dirinya ditawarkan khdimat oleh suspek untuk  menghantar kereta milik mangsa ke kedai tayar berhampiran.

Mangsa yang berasa curiga turut menolak pelawaan itu sebelum kemudiannya memuatnaik gambar berserta nombor pendaftaran kenderaan milik suspek iaitu kereta jenis Perodua Kancil berwarna oren bernombor  WHC 9603.

Menurut mangsa, gambar kereta suspek yang dimuatnaik diperoleh daripada jirannya yang turut pernah menjadi mangsa sindiket berkenaan dengan modus operandi yang sama.





0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.