Tuesday, 21 June 2016

Pedofilia di Kota Tinggi: Waris mahu saksi batalkan laporan polis

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 21 June 2016     10:22     No comments
Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Alasan mahu menjaga nama baik keluarga digunapakai bagi mendesak laporan polis terhadap kes pedofilia yang melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan empat ke lima tahun yang berlaku di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Desakan itu dibuat oleh bapa mangsa sendiri terhadap saksi kejadian yang melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis

Kes bermula apabila  saksi yang dikenali sebagai Zarra Asyaari, melihat sendiri cubaan suspek untuk mencabul kehormatan malah merogol kanak-kanak malang itu sebelum berjaya mematahkan cubaan tersebut dengan cara menjerit.

Suspek yang kebingungan tatkala mendengar jeritan itu terus bertindak meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki motosikal yang dibawanya ke situ bersama-sama mangsa.

Saksi bagaimanapun bernasib baik apabila berjaya mengingati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan suspek sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis selain meminta kerjasama guru-guru serta pengetua tempat mangsa bersekolah bagi menjejaki waris mangsa.

Bagaimanapun sejurus berada di bilik pengetua sekolah berkenaan, saksi mendakwa bahawa bapa mangsa mendesak supaya pelapor (saksi) menarik balik laporan polis yang dibuat atas alasan mahu menjaga nama baik keluarga.

Menurut saksi lagi, suspek sememangnya mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa apabila mendengar perbualan antara pengetua sekolah tersebut dengan bapa mangsa yang mendesak agar laporan polis itu ditarik balik.

Ini berdasarkan kepada motorsikal dengan jenis dan  nombor pendaftaran yang sama turut dijumpai terletak di gerai tempat ibu mangsa berniaga

Tindakan bapa mangsa itu mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tidak layak menjadi bapa kerana enggan membela nasib anaknya sendiri yang hampir tergdai maruah.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak terbabit hampir menjadi mangsa cabul dan rogol apabila suspek bertindak mengeluarkan kemaluan dari seluarnya sebelum menarik kain sarung yang dipakai oleh mangsa yang menuntut di peringkat pra-sekolah di sekolah berkenaan.



PERINGATAN: Berita ini ditulis dengan berdasarkan kronologi daripada pengakuan saksi yang dirakamkan di laman berikut: http://www.ohmedia.my/2016/06/susulan-lengkap-kes-kanak-kanak-mangsa-pedofilia-di-kota-tinggi-johor.html



0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.