Thursday, 16 June 2016

Pakar Perubatan Dikecam Hina Sultan Brunei

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 16 June 2016     09:40     No comments
Laporan Eksklusif Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



BOTA- Seorang pakar perubatan hospital kerajaan dikecam kerana memuatnaik status di laman sosial yang berbaur penghinaan terhadap kerajaan Brunei Darul Salam selain bersifat mengampu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia.


Beliau, Abdul Rahman Abdul Kadir  yang merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka melalui status yang dimuat naik di laman Facebook beliau membandingkan kemurahan hati antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan pemerintah negara Brunei,  Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah dalam isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena sambutan Aidil Fitri tahun ini.

Dalam status  itu, Abdul Rahman menulis: "Satu-satunya kerajaan dalam dunia yang beri RM1 billion duit raya untuk penjawat awamnya. Sultan Brunei yang kaya nak mampus dengan rakyat (berjumlah) sedikit seperti itu pun tidak buat."

Sehingga kini 'Screenshot' terhadap status yang dimuat naik pengguna Facebook, Erwan Malai Hasim
pada tiga hari sebelum itu mendapat 1333 perkongsian.



Kenyataannya itu dilihat  agak bercanggah dengan seruannnya sebelum ini yang bermatian mempertahankan kerajaan UMNO-BN sambil menggelar para pengkritik dan pencerca kerajaan Islam Perdana Menteri sebagai 'Khawarij' atau 'anjing neraka'.

Khawarij merujuk kepada golongan pemberontak yang muncul di zaman pemerintahan khalifah Utsman ibn Affan sehingga menyebabkan beliau terbunuh di tangan golongan tersebut manakala 'gelaran anjing neraka' diberikan oleh Rasulullah s.a.w. bagi menjuluki golongan Khawarij..

Di samping itu, beliau juga acapkali dilihat tidak henti-henti melakukan trol (lawak mengejek) kepada beberapa tokoh yang mereka tidak suka seperti Mufti Perlis, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA).

Tidak cukup dengan itu, tulisan-tulisan di laman Facebooknya  juga sarat dengan penghinaan, cemuhan serta sindirian terhadap mufti tersebut.



Hal ini selain dilihat bercanggah dengan seruannya sebelum ini, ia turut bercanggah dengan akhlak sebagai Muslim sejati bermanhaj Salafi sebagaimana seruan yang sering dilaungkannya iaitu agar manusia mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w. secara keseluruhan.

Islam menetapkan perbuatan trol atau lawak mengejek termasuk daripada salah satu dosa teramat besar di antara sekalian banyak dosa-dosa besar (akbaru minal kabaair) apatah trol yang dibuat ditujukan kepada ulama' termasuk mufti yang tergolong dalam golongan 'Ulil Amri' selain umara' (penguasa).

Terdahulu, Abdul Rahman dikatakan telah menarik diri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) atau nama lainnya, Ulama Muda UMNO kerana bertindak mengeluarkan kenyataan yang mengungkit kesalahan Al-Marhum Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS.

Penarikan dirinya daripada NGO itu telah diluahkan dalam satu status yang dimuat naik laman (page) Ilmuan Malaysia bertarikh 15 Februari 2015 yang berbunyi:

"Kami di Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) berlepas diri daripada segala status dan komen yang dibuat oleh Dr Abd Rahman Abd Kadir di media sosial; yang MENYALAHI HAKIKAT DAN ADAB. 

Itu adalah pandangan peribadi beliau yang bukan merupakan pandangan rasmi iLMU.
Beliau telah lama menarik diri daripada iLMU, malah sebahagian status beliau yang dimuat naik bercanggah dengan status-status sahabat iLMU yang lain. 

Kami doakan agar Dato' Nik Abd Aziz diampuni dan dirahmati Allah Ta'ala, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kami juga doakan agar Dr Abd Rahman Abd Kadir diampuni dan dirahmati serta diberkati Allah Ta'ala. Amin."





0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.