Wednesday, 22 June 2016

Difteria: Agamawan Selebriti Dikecam Sindir Golongan Pro-Vaksin

Muhammad Zulsyamini     Wednesday, 22 June 2016     09:25     No comments
Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



BOTA: Seorang pendakwah selebriti dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap kes kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun akibat wabak Difteria di Hospital Melaka, baru-baru ini.

Ammar Wan Harun, 32 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Ammar memuatnaik status yang berbaur sindiran terhadap pengguna-pengguna maya yang terus-menerus melakukan serangan terhadap golongan anti-vaksin.

Dalam kenyataan itu, personaliti dalam program realiti Imam Muda musim ke-2 itu mempertikaikan tohmahan yang dilemparkan terhadap golongan anti-vaksin yang didakwa kononnya menjadi penyebab kematian kanak-kanak itu di samping menularnya wabak itu di Melaka.

"1 kes budak yang tak vaksin maut terlalu diribut-ributkan. Oh. Ingatkan 90%. Rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pula Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pula budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglah. Ada atau tidak vaksin (yang dapat) selamat daripada kemalangan jalanraya? Jangan marah. Tanya sahaja. Kalau ada PM ya,"

Status itu bagaimanapun dipadam setelah mendapat kecaman berbagai pihak di media sosial yang menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berilmu, konservatif, tidak akademik serta tidak meraikan pandangan majoriti yang menerima penggunaan vaksin sebagai salah satu ikhtiar melawan penyakit.

Bagaimanapun beberapa jam setelah itu, Ammar memuatnaik satu lagi kenyataan di Facebook sebagai tanda permohonan maaf terhadap kenyataannya sebelum ini yang dikatakan mengguris hati ramai pihak selain dianggap tidak mempunyai naluri kebersamaan (common sense).

Dalam kenayataan terbaharu itu, beliau meminta supaya pihak yang menolak vaksin (anti-vaksin) dihormati dengan pandangan mereka memandangkan golongan itu kini dikecam hebat memandangkan bersikap terlalu paranoid dengan teori konspirasi Yahudi.

"Saya bukanlah tegar anti vaksin kerana anak saya juga diberikan suntikan vaksin sewaktu kelahiran. Cuma saya ingin supaya pihak yang menolak vaksin dihormati dengan pandangan mereka," jelas beliau.

Bagaimanapun beliau turut dikecam menerusi kenyataan terbaharu itu yang disifatkan bermain-main dengan dosa-pahala apabila mendakwa dirinya memperoleh banyak pahala menerusi kecaman orang-ramai terhadap statusnya yang terdahulu.

Kematian kanak-kanak malang itu dikaitkan dengan keengganan ibubapanya memberikan vaksin kepadanya walaupun setelah disahkan menghidap Difteria.

Setakat berita ini ditulis, sudah dua kes kematian akibat penyakit ini dicatatkan di mana kedua-duanya disebabkan mangsa yang tidak mendapat vaksinisasi yang lengkap.



0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.