Friday, 6 May 2016

Kenapa banyak syarikat/ organisasi guna 'cable' rekrut pekerja?

Muhammad Zulsyamini     Friday, 6 May 2016     00:46     No comments
Oleh: Zulsyamini Sufian



Rupanya betul apa bapa saya kata mengenai IKLAN JAWATAN KOSONG memandangkan baru hari ini saya melaluinya sendiri.

Bagi graduan baru (freshie) macam saya, kami sememamngnya mengimpikan jawatan yang bergaji besar memandangkan kos sara mati yang kian melambung naik. Maklumlah lagi tinggi taraf pendidikan kami, lebih banyak pula hutang pinjaman pelajaran seperti PTPTPU yang kami terpaksa lunaskan semula.

Apapun kami  juga sedar persaingan amat sengit di luar sana tambahan pula Suruhanjaya Pilihanraya Awam (SPA) telah menetapkan dasar bahawa lepasan jenazah hanya boleh memohon jawatan yang diperuntukkan oleh lepasan ijazah sahaja.

Ini bermakna tidak sepertimana sebelum ini di mana lepasan ijazah turut boleh memohon jawatan yang diperuntukkan bagi lepasan diploma hingga SPM. Kebanyakan jawatan yang diperuntukkan bagi lepasan ijazah pula adalah bertaraf PEGAWAI yang mana ianya memerlukan pengalaman sekurang-kuranya satu atau dua tahun.

Jadi sama ada mahu atau tidak, seorang lepasan ijazah harus mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun dua untuk melayakkannya menjawat jawatan sebagai pegawai. Sebagaimana maklum jawatan pegawai kebiasannya hanya sesuai dipegang oleh mereka yang berpengalaman luas kerana segala keputusan yang dibuat adalah atas bidang kuasa mereka.

Jika dahulu lepasan ijazah boleh berlega hati memohon jawatan yang diperuntukkan kepada lepasan diploma dan kebawah dengan persepsi bahawa panel penemuduga pastinya akan mengambil (merekrut) mereka yang berpendidikan lebih tinggi daripada syarat minima, maka hal itu tidak dapat menjadi kenyataan buat graduan ijazah di masa kini.

Berbalik kepada apa yang diperkatakan oleh bapa saya sebelum ini, kebanyakan syarikat mega pula hanya merekrut pekerja tidak secara terbuka, sebaliknya secara tertutup. Ia boleh juga dinamakan sebagai dasar "tutup pintu" (close door).

Contohnya bagi jawatan wartawan, iklan jawatan kosong (vacancy) hanya dibuka dan disebarkan sesama kenalan-kenalan yang berkawan atau bersaudara dengan staff atau wartawan tempat syarikat wartawan atau staf itu bekerja. Dengan kata lain, mereka juga sebenarnya mengamalkan dasar 'cable management'.

Hal ini dilakukan kerana mereka beranggapan jika kekosongan jawatan itu disebarluaskan, maka mereka juga yang akan rugi tatkala perlu meluangkan banyak masa dan kos untuk mengiklankan jawatan tersebut selain mengadakan sesi temuduga. Tidak sekadar itu, mereka juga berfikir bahawa apabila mereka membuka jawatan kosong itu kepada khalayak ramai, maka proses penapisan akan lebih sukar dilakukan. 
Jadi, mengambil jalan menggunakan 'cable' atau 'network' untuk merekrut pekerja sudah menjadi nadi kepada syarikat-syarikat sebegini beroperasi.

Persoalannya, sejauh manakah pekerja yang diambil berkenaan berpotensi untuk melonjakkan syarikat atau dari sudut kualiti pekerja yang menggunakan 'talian hayat' menggunakan dasar 'cabel' sebegitu? Adakah dari perspektif agama, ianya menepati konsep keadilan (justice) jika bukan kesamarataan (equality)?

Sebenarnya saya baru terfikir ingin menulis hal ini apabila pada hari ini (6 Mei 2016), saya terperasan sesuatu bahawa iklan jawatan kosong bagi syarikat Utusan Melayu sudah melepasi tarikh tamat (deadline)-nya pada pertengahan Mac 2016 lalu sedangkan sejak memasuki tahun ini, boleh dikatakan setiap selang dua minggu pasti saya akan 'google' atau melakukan carian berkenaan jawatan kosong sebagai wartawan termasuk di Utusan Malaysia.

Namun malangnya, iklan berkenaan tidak pernah keluar di hasil carian pada pelayar (browser) internet saya namun baru keluar pada hari ini setelah mendekati dua bulan daripada tarikh tamat (deadline) iklan berkenaan. Siapa yang tidak kecewa, kan?

PS: SPA merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pilihanraya Citarasa pun boleh kot.







0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.