Saturday, 30 April 2016

Peminat AMRAN FANS hanya alat 'marketing strategy' DuBook Press [Pendapat]

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 30 April 2016     00:43     No comments
 Oleh: Zulsyamini Sufian

Gambar mangsa yang selalu menjadi bahan ejekan 'Facebook Page' Amran Fans'


Saya rasa Rakat Malaysia khususnya anak-anak muda ramai yang dibodohkan dengan kewujudan entiti di laman 'Facebook' yang diberi nama 'Amran Fans'.

Saya masih ingat suatu ketika dahulu, identiti di sebalik Amran Fans hampir sahaja didedahkan bahawasanya orang yang menadbir urus 'Facebook page' berkenaan adalah orang yang berada di dalam penerbit Dubook Press itu sendiri atau dengan kata lain orang yang menjawat jawatan sebagai chief editor Dubook Press itu sendiri.

Adapun kewujudan profil itu sebenarnya adalah salah satu 'marketing strategy' buat Dubook Press supaya orang ramai khususnya anak-anak muda mengetahui kewujudan mereka lalu membeli buku-buku terbitan mereka.

Mereka sudah lama sedar bahawa generasi muda kini lebih sukakan penulisan yang disulami dengan emosi, kecaman, carutan, trol (lawak mengejek) dan sebagainya khususnya terhadap dasar-dasar kerajaan dan  jua isu-isu semasa.

Maka dengan itu, elemen-elemen sepertimana di atas dijadikan modal untuk membina satu 'Facebook Page' yang khusus untuk melakukan hal-hal itu. Modalnya tidak banyak diperlukan. Hanya memerlukan sedikit kemahiran 'design' menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menyunting beberapa gambar agar ianya dilihat sebagai jenaka yang berunsur penghinaan, trol dan sebagainya lalu disebar-luaskan (viral).

Tidak cukup dengan itu , nada-nada kritikan yang dibuat berasaskan kepada unsur ejekan, kecaman, carutan dan sebagainya di mana hal itu telah menjadi kelaziman atau budaya dalam komunikasi seharian generasi muda atau generasi Z pada masa ini.

Justeru, saya rasa sebenarnya orang yang menjadikan 'page' Amran Fans sebagai antara rujukan pertamanya untuk mengambil khabar berita adalah seorang yang telah dipergunakan untuk menjayakan strategi pemasaran (marketing strategy) DuBook Press.

Ya sebenarnya 'likers' atau 'followers' (pengikut) 'page' Amran Fans hanya diperalatkan untuk menjadikan DuBook Press yang terkenal dengan prinsip mereka yang agak aggressif dalam penyampaian ideologi yang mereka pegang.

Saya pun hairan bagaimana mungkinsesetengah daripada kalangan intelektual atau graduan masih menjadikan 'page' Amran Fans sebagai 'sumber inspirasi' bilamana terkenangkan begitu banyak postingan yang disajikan di 'apge' berkenaan berunsur penghinaan, kecaman, trol dan sedikit lawak yang tidak berapa menjadi pun sebenarnya. 
 
Sebagai orang yang berkecimpung dalam dunia komunikasi massa khususnya penerbitan, saya juga sangsi apa yang sebenarnya cuba diraih penadbir 'page' Amran Fans berkenaan hingga sanggup menulis manuskrip buku panjang berjela tanpa mengharapkan identiti sebenar penulis itu diketahui orang.

Saya juga terfikir adakah beliau seorang penakut , kecut 'telor' orang kata apabila hanya berani lantang bersuara khususnya takala mengkritik bahkan menghina pemimpin-pemimpin tertinggi negara tanpa mendedahkan identiti dirinya yang sebenar atau sebenarnya dia tahu bahawa emosi yang dizahirkan melalui penulisannya di 'Facebook' tidak akan menyebabkan dirinya diambil tindakan memandangkan dia sebenarnya tahu selok-belok undang-undang mengenai penerbitan dan media?
 
Akhir kalam, saya menyeru sekiranya 'penadbir' atau 'admin' Facebook 'page' Amran Fans masih bermaharajalela dalam menghina, mengejek, mencarut dan sebagainya terhadap mana-mana pihak, maka pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan kepada pihak berkenaan. Biar semua orang tahu siapa di belakang 'Amran Fans' ini sebenarnya yang mungkin di belakangnya adalah orang-orang yang berada di dalam DuBook Press itu sendiri sebagai 'marketing strategi' untuk menaikkan publisiti syarikat penerbitan mereka secara murahan.
 
Yang Benar,
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi Massa (Kewartawanan) 


0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.