Sunday, 24 April 2016

Apa sebab Raja Bomoh masih bermaharajalela, tidak sebagaimana Ayah Pin?

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 24 April 2016     20:47     No comments
 Oleh: Zulsyamini Sufian

Sebab apa kerajaan sangat bertegas terhadap ajaran sesat seperti Ayah Pin tapi tidak langsung mengendahkan ritual-ritual sesat yang dilakukan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin?

Salah satu sebabnya adalah Raja Bomoh itu sendiri seorang pendukung tegar kerajaan yang memerintah (UMNO). Ia bermakna wujudnya 'immunity' atau kekebalan dari pihak pemerintah di situ.

Salah satu lagi sebab adalah pihak istana iaitu Raja-Raja atau Sultan-Sultan Negeri-Negeri Melayu sendiri mempunyai pawang atau bomohnya yang tersendiri.

Umpamanya dalam istiadat pertabalan Sultan Perak pada tahun lepas (2015), khidmat bomoh diraja jugalah yang digunakan iaitu ritual mengambil air daripada tujuh kuala Sungai Perak di samping upacara yang dinamakan sebagai "Tabal Jin" di Beting Beras Basah di Hilir Perak.

Bahkan tahukah anda dalam peristiwa berdarah Pasir Salak yang menyaksikan pembunuhan residen British pertama di Perak iaitu JWW Birch, khidmat bomoh diraja digunakan sultan pada waktu itu dalam upacara yang disebut sebagai "BERMAIN HANTU".

Upacara tersebut dilakukan dengan cara menyeru roh-roh jahat yang kemudiannya akan menyerap masuk ke tubuh salah seorang hadirin lalu memberitahukan bahawa JWW Birch akan mati dalam tempoh kurang daripada tiga (atau satu -penulis ragu-) bulan.

Walaubagaimana pun, Alhamdulillah Dato' Maharaja lela selaku MUFTI pada tika itu tidak langsung terlibat lagi menghadirkan diri dalam upacara syirik yang berlangsung selama tiga malam itu, bersama-sama rakan seperjuangannya Dato' Sagor.

Upacara itu sebenarnya diusulkan oleh Sultan Abdullah sendiri iaitu pengkhianat sebenar yang membawa kekacauan di Perak dengan meminta bantuan British melalui Perjanjian Pangkor bagi mengekalkan kedudukannya.

Jadi saya rasa kita jangan hairan mengapa masyarakat Melayu kita masih mempercayai bomoh, bermaharajalelanya sihir atau santau dan sebagainya.Bahkan mutakhir ini tersebarnya beberapa berita yang menceritakan penularan 'wabak' sihir santau di beberapa kawasan dalam negeri Perak.



 Ia kerana institusi pemerintahan kita sendiri yang cetek dengan penerapan akidah Islam yang sebenar. Kalau akidah pemerintahnya pun sudah goyah, maka apalah yang dapat diharapkan lagi kepada rakyat di bawahnya melainkan mereka yang dipelihara imannya?

Saya tahu apabila saya menulis status ini, barangkali saya dapat didakwa di bawah Akta Hasutan. Namun apa perlu ditakutkan? Berani kerana benar! Jangan jadi penakut takda telor! Kita anak jantan!

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.