Friday, 18 March 2016

Janganlah berlebihan menyayangi kucing [PENGARANG]

Muhammad Zulsyamini     Friday, 18 March 2016     23:23     No comments
 Oleh: Zulsyamini Sufian

Gambar menunjukkan kucing-kucing di rumah aku yang diambil pada 9 Oktober 2012. Kesemua dari mereka telah mati semasa 'post' ini ditulis melainkan seekor berwarna hitam (kucing) kecil di sebalik pagar (paling kiri) (pada waktu 'post' ini mula ditulis).


Aku sukakan kucing kerana kucing comel. Begitu juga dengan seluruh isi keluarga aku. Semuanya sukakan kucing.

Namun dalam pada aku sukakan kucing, selalu menegur sapa kucing-kucing yang aku nampak di perjalananku, tidak pula aku menzahirkan sikap ghuluw atau berlebih-lebihan dalam menyayangi kucing.

Aku tidak nafikan kita harus berlaku ihsan kepada setiap makhluk termasuk haiwan khususnya kucing. Bahkan seorang pelacur dimasukkan ke syurga kerana memberi minum seekor anjing yang nazak kehausan. Begitu juga seorang abid (ahli ibadah) dimasukkan ke neraka disebabkan mengurung kucingnya hingga mati tanpa diberi makan minum.Namun janganlah sampai dilihat ianya menjadi priroriti utama dalam kehidupan kita.

Di sana masih terdapat manusia yang kebuluran, tidak cukup makan, tiada tempat tinggal dan sebagainya. Begitu juga masih banyak manusia yang memerlukan sumbangan, simpati masyarakat dalam mengatasi masalah dan musibah yang melanda seperti seseorang yang perlukan wang untuk membiayai pembedahan dirinya atau sanak-saudaranya yang menelan belanja besar. begitu juga buat saudara-saudara baru yang sebatang kara, disisihkan keluarga hingga dapat dikategorikan sebagai fakir/ miskin.

Golongan-golongan sebegini hakikatnya lebih layak menerima bantuan daripada binatang-binatang tersebut termasuklah kucing. Berlaku ihsan tidak semestinya bermaksud tidak menyakiti, dan sentiasa menjaga keberlangsungan hidup makhluk tersebut. Islam mengajar berlaku ihsan ketika membunuh atau menyembelih haiwan. Maka apakah atas nama 'ihsan' yang disalah erti, kita enggan membunuh sesetengah binatang berbahaya ataupun menyembelih binatang untuk makan hanya kerana ianya disangka tidak menepati konsep 'ihsan'?

Binatang diciptakan hanya untuk satu tujuan iaitu bagi mengimbangi ekosistem atau rantaian yang saling mengimbangi antara satu dengan lainnya. Sebaliknya sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran pengabdian kepada Allah hanya dibebankan kepada bangsa manusia dan bangsa jin, tidak pula dinyatakan bangsa binatang turut dibebankan (taklif) untuk melaksanakan syariat yang dibawa nabi Muhammad s.a.w..

Sunnah juga tidak pernah mengajarkan agar bangkai haiwan mesti (baca: wajib) ditanam melainkan ianya dapat mendatangkan ketidakselesaan kepada manusia. Bahkan Nabi s.a.w. menyuruh pula agar manusia memanfaatkan bangkai haiwan seperti bulu, kulit, tulang dan sebagainya untuk digunakan oleh manusia iaitu setelah melalui proses 'samak'. Maka adakah orang yang memakai barangan yang diperbuat daripada kulit bangkai, tulang, bulu dan sebagainya dapat dianggap tidak ihsan atau zalim? Mestilah tidak. (Untuk keterangan lanjut mengenai hal ini silakan membaca post di laman web berikut: http://www.alamiry.net/2015/05/hukum-menguburkan-hewan-yang-sudah-mati.html)

Tujuan aku meluahkan kenyataanku di sini setelah adalah bila melihatkan terdapat rakan-rakan di laman ini yang kulihat terlalu memberatkan perihal penjagaan haiwan khususnya kucing hinggakan pernah suatu ketika apabila tersebar dengan meluasnya (viral) satu gambar bangkai kucing yang dikafankan seolah-olah kafan yang dikenakan ke atas jenazah manusia sebelum ditanam. Sungguh ini adalah satu perkara yang melampui kehendak agama.

Aku tahu terdapat dalam kalangan mereka yang munkin akan sensitif apabila aku menyuarakan pendapatku ini khususnya tatkala mengaitkan kucing sebagai salah satu 'sahabat' Nabi. Sedangkan perkara berkenaan riwayat yang menyatakan Rasulullah sa.w. memiliki seekor kucing bernama 'Muezza' tidaklah secara pasti dapat disandarkan secara pasti memandangkan kekuatan riwayat tersebut yang dapat dipertikaikan dan diragui kesahihannya.

Jikalau benar pun riwayat itu sahih, takkanlah unta, kambing dan kuda juga dapatlah dianggap sebagai sahabat Rasulullah s.a.w. memandangkan haiwan-haiwan tersebut juga pernah ditunggangi serta dimanfaatkan oleh Rasulullah s.a.w.? Begitu juga dengan ayam. Sedangkan hukum asal kucing pun adalah najis walaupun ianya dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan menerusi kaedah "Umum Al-Balwa" di mana ianya sukar dielakkan memandangkan kucing adalah antara haiwan yang selalu mengelilingi manusia.

Sebelum menutup tulisan ini, sekali lagi aku tegaskan. Aku memuji sikap cintakan kucing kerana saya dan seluruh keluarga saya sendiri sukakan kucing. Namun janganlah kecintaan kita terhadap mereka melebihi kadar yang selayaknya. Sebagai manusia kita juga disuruh memelihara perasaan sayang namun kadarnya mestilah tidak menandingi kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Cintalah dengan berpada-pada. Berilah makan kepada mereka, namun jangan terlalu menumpukan perihal kucing sehingga mengabaikan kewajipan kita kepada sesama manusia khususnya saudara seagama dan sebangsa.

Akhir kalam:

Mesra, Cepat dan Betul-lah terhadap kucing.

Tunggang dengan selamat, ingatlah kucing tersayang!

Majulah kucing demi ekosistem!
Wallahua'lam.

-Abu Afham @ Zulsyamini Sufian-

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.