Saturday, 19 March 2016

'Group' WhatsApp 'family' bukannya medan sebaran kebencian khususnya hal politik!

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 19 March 2016     04:30     No comments

Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Kredit gambar: Google

Tolonglah! Tolonglah! Tolonglah JANGAN jadikan 'group' Whats'App 'family' (keluarga), kelas, kelab dan sebagainya yang tiada kena-mengena dengan gerakan politik sebagai wadah menyebarkan ideologi yang dipegangi. Kita harus ingat bukan semua ahli dalam group WhatsApp itu pegang dan sokong apa yang kita pegang dan sokong. 'Respect' (hormati) orang lain sikit yang mungkit tidak sama pendirian dengan kita.

Saya tidak nyatakan adalah kesalahan besar sekiranya sesuatu 'group' WhatsApp menjadi medan perbincangan hal-hal politik. Namun ianya mestilah perbincangan yang sihat, jauh daripada unsur fitnah, umpatan, lawak mengejek atau 'troll', carutan dan sebagainya. Jika hendak berbincang, hadirkan suasana ilmiah yang sentiasa disandari fakta, tidak sekadar omongan kosong yang didasari emosi dan dendam yang tidak berkesudahan. Ingat, 'group' khususnya untuk keluarga (family) pada asalnya untuk bersilaturrahim, berkasih-sayang, beramah mesra dan berkenal-kenalan. Tidak seharusnya menjadi wadah menebarkan kebencian dan permusuhan!

Adapun WhatsApp, walaupun ianya dikategorikan sebagai media sosial, namun ia masih dalam kerangka ruang perbincangan tertutup di mana tidak ramai orang yang dapat membaca apa sahaja yang kita 'post' ke sesebuah konservasi dalam sesebuah 'group'. Ia bererti apa sahaja yang kita kemukakan di dalamnya hanya 'mati' dan berakhir sekadar itu. Sekiranya mendapat tentangan pun, hanya beberapa orang yang ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Lebih malang (sebut: Dajjal) apabila terdapat ahli  grup yang pandai menyebarkan sesuatu berita yang diperoleh daripada laman WhatsApp namun sesudah dia mengetahui berita itu palsu atau tidak benar, pandai pula 'update' perkara sebaliknya iaitu yang benar. Memanglah, kita wajib menyampaikan kebenaran serta mengakui kesilapan namun sekiranya kesilapan itu dilakukan berulang kali, apakah alasan 'jahil' dan tidak tahu cerita sebenar masih dapat diterima? Sebab itulah agama mengajar konsep 'Tabayyun' atau 'Tasabbut' iatu menyemak dan selidiki sedalam-dalamnya sebelum menyebarkan sesebuah berita berdasarkan firman Allah daripada surah Al-Hujuraat ayat ke-6 yang seringkali dibacakan dalam khutbah Jumaat.

Satu perkara yang kita harus ingat, bukannya pencetus atau pembuat fitnah sahaja yang diancam dengan dosa dan neraka, malah agen atau tukang penyebar fitnah ataupun tukang sebar sesuatu berita yang masih belum dipastikan kesahihannya tururt diancam dosa yang sama. Cuba rujuk Al-Quran dalam surah An-Nur (24) dari ayat ke-11 hingga 20 di mana Allah menceritakan kisah isteri Nabi s.a.w., Aisyah binti Abu Bakar difitnah dalam peristiwa yang dikenali sebagai Al-Ifk.

Dalam ayat ke-15 di mana Allah berfirman: 

إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
"(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal ia di sisi Allah adalah amat besar." [QS: 24;15]

Sebelum itu, Allah mengingatkan dalam ayat ke- 12:

لَوْلا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنْفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُبِينٌ
"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak sahaja mereka) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." [QS: 24;12]

Maka jelaslah sebagai orang Islam, kita seharusnya bersangka baik terlebih dahulu dalam menerima sesuatu berita, khususnya berita yang melibatkan keaiban seseorang. Lebih baik kita salah dalam bersangka baik daripada salah dalam bersangka buruk, kerana setiap perkara yang kita buat di mana perkara itu menyakiti dan mengganggu hak Muslim lain, maka ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Mahukah kita menjadi muflis di akhirat hanya kerana segala pahala yang kita raih dengan senang 'dirampas' oleh orang yang pernah kita zalimi di dunia seperti dengan cara menyakiti, mengaib, menfitnah dan sebagainya. Apabila pahala kita sudah habis dikikis, dosa mereka pula yang terpaksa kita tanggung. Mahukah kita?

Mahu jugakah kita dianggap sebagai pendusta atau pembohong hanya kerana kita sering menyebarkan sesuatu yang kita terima tanpa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu? Kata Nabi s.a.w.:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
"Cukuplah seseorang itu (untuk dikatakan) pendusta -pembohong- (apabila) dia mengutarakan semua perkara yang didengarnya." [H.R. Muslim daripada Abu Hurairah]


Begitu mudah kita  percayakan spekulasi awal yang ditimbulkan di mana hal itu masih belum disahihkan dan terbukti benar. Contohnya isu pada 31 Julai 2015 di mana pada awalnya dikhabarkan harga minyak akan naik sebanyak RM0.30 seliter. Namun sebaliknya yang berlaku apabila harga minyak turun RM0.10 per liter. Sekarang, apa yang nak dikata apabila pada mulanya kita bertempik dalam menyebarkan kebohongan?!

WhatsApp bolehlah diklasifikasikan sebagai  ruang perbincangan tertutup. Segala kesalahan yang dilakukan tidak dapat dilihat oleh khalayak ramai melainkan ahli-ahli 'group' tersebut yang terhad jumlahnya sahaja. Sebaliknya jikalau kita berkongsi mengenainya (berita palsu) di laman sosial ruangan terbuka seperti Facebook dan Twitter, dapatlah ratusan malah ribuan manusia menghentam, membangkang atau setidaknya mengkritik pendirian dan hujah yang dibawakan. Natijahnya, adakah kita ingin dilihat sebagai  seorang pengecut yang hanya berani bersuara di hadapan hadirin yang sedikit berbanding lantang menghentam apabila disaksikan hadirin atau 'audience' yang ramai? Jangan hanya berani bersama tikus, takut bila berhadapan dengan kucing.




Sebaran 'troll' atau lawak mengejek juga hakikatnya adalah dosa. Tidak syak lagi bahawa perbuatan 'troll' sebegini sangat dicela oleh agama, di mana si pembikin 'troll' berkenaan mengungkapkan sesuatu pernyataan atau cerita yang direka-direka bagi menghadirkan kejenakaan kepada si pendengar untuk diketawakan, padahal mereka berdusta (berbohong) mengenai penceritaan itu.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya (dengan maksud) membuat orang lain tertawa dengan kebohongannya. Celakalah dia! celakalah dia!" [H.R. Abu Daud dan At-Tirmizi]

Semoga kecelakaan besar bagi pembikin-pembikin 'troll' (lawak mengejek) sebegini. Adakah mereka benar-benar mengungkapkan sesuatu yang benar-benar terjadi berdasarkan bukti yang jelas? Sejak bila pula mereka mendengar perbicaraan rahsia di antara suami-isteri orang nombor 1 negara? Adakah pembikin 'troll' sebegini benar-benar mendengar perkataan sebagaimana yang disandarkan kepada individu di dalam gambar?


Barangkali sebelum ini kita ingat hanya pencetus fitnah yang diancam dosa besar. Itu silap! Agen penyebar fitnah turut mendapat saham fitnah! Buktinya adalah sebagaimana dua ayat Al-Quran yang dibawakan di atas iaitu surah An-Nur yang membicarakan kisah Al-Ifk isteri Nabi Aisyah r.ha.

Wallahua'lam.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.