Tuesday, 22 March 2016

Allah lebih menyuruh lelaki berpoligami berbanding kahwin seorang (monogami)

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 22 March 2016     07:30     No comments
[AWASI IMAN ANDA TERHADAP POLIGAMI]



Oleh: Muhammad Zulsyamini

Saya tahu saya belum pun berkahwin. Namun itu tidaklah menandakan saya tidak layak berbicara soal poligami.

Sebenarnya dalam Islam, poligami bukan sahaja sesuatu yang dibolehkan, malah ia lebih dituntut berbanding monogami (lelaki yang berkahwin seorang).

Mari kita imbas firman Allah mengenai poligami:
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian JIKA kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." [An-Nisa' (4)  ayat ke-3]

Dalam ayat di atas, Allah pertama-tama kali menyebutkan supaya seorang lelaki berkahwin dua, kemudian tiga dan seterusnya empat sekiranya mampu berlaku adil.

Allah TIDAK pun memerintahkan lelaki supaya berkahwin seorang terlebih dahulu (monogami), sebaliknya memulakan perintahnya dengan berkahwin dua, kemudian tiga dan seterusnya empat.

Namun sekiranya berkahwin dua pun tidak mampu, maka barulah Dia memerintahkan lelaki agar berkahwin seorang sahaja.

Allah TIDAK PUN SESEKALI mengatakan: "Dan kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi satu orang. Kemudian jika kamu MAMPU berlaku adil, maka bolehlah kamu kahwini dua, tiga atau empat orang perempuan".

Seorang ulama' dari Arab Saudi telah menjelaskan hal ini di mana apabila ditanyakan kepadanya apakah hukum asal perkahwinan sama ada ianya poligami (berkahwin lebih daripada seorang buat lelaki) ataupun monogami (hanya beristeri seorang).

Maka jawab ulama' itu yang merupakan mantan mufti Kerajaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz: "Hukum asal perkahwinan adalah poligami" dengan berdalilkan ayat yang dibawakan di atas.

Pendek kata poligami lebih Allah tuntut berbanding (monogami). 'Sifirnya' adalah jikalau mampu, kahwinilah dua orang atau lebih. Namun sekiranya takut tidak mampu, barulah berkahwin seorang. Bukan sebaliknya iaitu kahwinilah seorang sahaja dan jika ada kemampuan, barulah boleh berkahwin lebih dari seorang.

Kesimpulannya, saya tidak mengatakan pun saya berniat untuk berpoligami padahal saya pun masih bujang dan tercari-cari siapakah gerangannya yang bakal menjadi isteri saya. Namun membantah poligami dengan ayat-ayat sebagaimana dalam gambar yang dilampirkan di atas (atau bawah) adalah melampau dan merupakan suatu penghinaan terhadap syariat Allah.

Sekiranya dia sedar akan hakikat ini dan masih mempertikaikannya dan meneruskan cemuhannya terhadap poligami, maka periksa dan berjaga-jagalah akan iman anda.
Kalau tak suka, jangan hina dan perlekeh. Diam sahaja sudah.

Wallahua'lam.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.