Sunday, 14 February 2016

Ulama’ berjubah-serban yang menyeru ke neraka Jahannam [Rencana]

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 14 February 2016     06:57     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri 



Nabi S.A.W. telahpun mengkhabarkan dalam hadis mahsyur  bahawa akan datang suatu zaman di mana munculnya para pendakwah (da'ie) yang mengajak manusia ke pintu neraka Jahannam iaitu sebuah hadith yang diriwayatkan dari Hudzaifah ibn Yaman r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“... (Akan ada) iaitu suatu kaum yang memimpin tanpa mengikuti petunjukku, kamu mengenalinya namun lantas kamu ingkari". Aku  (Hudzaifah) bertanya kembali:  "Apakah setelah kebaikan (yang ada kekotoran (dakhanun) itu) akan timbul lagi keburukan?". Baginda menjawab: "Ya, iaitu para pendakwah (da’ie) yang mengajak ke pintu neraka Jahannam.”  [H.R. Bukhari dan Muslim]

Dalam mencirikan para da’ie tersebut, Rasulullah s.a.w. seterusnya menyatakan antara sifat  mereka adalah mempunyai kulit sepertimana orang Arab serta berbicara dengan perbicaraan orang Arab lalu ditafsirkan oleh sebahagian ulama’ sebagai mempunyai ciri keperibadian fizikal sebagai seorang Muslim yang salih. Namun mereka digelar sebagai penyeru ke neraka disebabkan gemar menyatakan sesuatu perkara yang bukan sunnah sebagai sunnah  selain  memberi petunjuk bukan dengan petunjuk baginda.

Begitulah gambaran yang dinyatakan lebih 1400 tahun lalu dan kini, kita boleh melihat sendiri kebenaran di sebalik apa yang baginda ucapkan. Maka tidak hairanlah dalam umat Islam disuruh memuliakan para ulama’, di sana juga wujud istilah ulama’ suuk (jahat).

Disamping dimuliakan, banyak juga ayat Al-Quran  yang merakamkan celaan Allah buat para ulama (pendeta) dari kalangan Bani Israel yang mengubah ajaran asal nabi-nabi mereka. Ia antaranya dapat dilihat sebagaimana terangkum dalam surah Al-A’raf ayat ke-175 dan 176 di mana Allah menyamakan mereka dengan taraf anjing.

Sememangnya benar bahawa ulama’ adalah pewaris para Nabi. Namun harus diingat bahawa mereka hanya dianggap sebagai pewaris Nabi sekiranya mereka menyampaikan ilmu-ilmu tinggalan para Nabi secara benar.  Kata Nabi s.a.w.:

“ (Dan sesungguhnya) Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, melainkan mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang banyak."[H.R. Ashabus Sunan]

Justeru, seseorang ulama’ dianggap sebagai pewaris Nabi hanya apabila dia menyampaikan ilmu-ilmu yang para Nabi tinggalkan samada melalui kitab samawi seperti Al-Quran mahupun Al-Hadith (Sunnah). Adapun yang menyeleweng daripada petunjuk asal, maka tidaklah boleh dikatakan dia sebagai ‘ulama’.

Dalam mendefiniskan perkataan ulama’ pula, maka jangan keliru kerana tidaklah seseorang yang hanya pandai berceramah dan boleh bercerita sedikit perihal agama sehingga boleh membuatkan hadirin menangis semata-mata  boleh ditabalkan sebagai ulama. Kata Ibn Mas’ud  r.a: “Sesungguhnya kalian sekarang berada pada zaman yang masih banyak ulama'nya, sedikit tukang ceramahnya. Dan sesungguhnya setelah kalian akan datang suatu zaman di mana banyak tukang ceramahnya namun sedikit ulama'nya." [Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad]

Lihatlah bagaimana rosaknya agama Yahudi dan Nasrani (Kristian) dikeranakan orang alim (ulama'/rahib/rabai) mereka merubah isi kandungan kitab samawi yang diturunkan buat mereka lalu dikatakan perubahan (penyelewengan kitab) itu datangnya dari Allah sedangkan mereka berdusta dalam hal itu lalu diikuti pula oleh orang awam dari kalangan mereka.

Maka dengan sebab itulah, umat Islam diperitah untuk meneliti terlebih dahulu sesebuah pendapat ulama’ samaada adakah pendapatnya selari dengan wahyu atau tidak. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat ke-31: “"Mereka menjadikan orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam...”.

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibn Kathir membawakan sebuah hadith di mana seorang sahabat bernama ‘Adi bin Hatim yang baru keluar dari agama Nasrani (Kristian) lalu memeluk Islam ditemplak oleh Rasulullah s.a.w. kerana ayat di atas sebagai kurang benar yang  baginda s.a.w. berujar:”  Mereka (Ahli Kitab) sememangnya menyembah ulama’ (rahib dan rabai) mereka. Apabila rabai serta rahib mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah kepada mereka (Ahli Kitab)  disamping ulama’ mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, lalu mereka (penganut Yahudi dan Nasrani-Ahli Kitab) taat kepada rahib-rahib mereka itu. Maka demikianlah bagaimana mereka menyembah ” ulama” mereka.” Wallahua’lam.

[600 patah perkataan (tidak termasuk headline (tajuk), byline (biodata penulis) serta pernyataan ini]

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.