Tuesday, 16 February 2016

Tips 'recover' (pulih kembali) setelah cinta ditolak [TIPS]

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 16 February 2016     08:13     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri.

Sekarang, barulah aku tersedar setelah kehairanan melihat ramainya manusia termasuk diriku yang dahulu (sebelum ini). Mengapa kita perlu melayan perasaan sedih ditinggalkan kekasih dengan menyanyi mahupun mendengarkan lagu-lagu jiwang-kesedihan setelah gagal dalam hubungan cinta?
Adakah dengan menambah hafalan kita terhadap lagu-lagu serta irama-rentak muzik berunsur jiwang-kesedihan berkenaan dapat mengubat jiwa yang sedang luka berduka? Apakah dengannya boleh membuatkan kekasih kita itu kembali bercinta dengan kita semula?
Aku masih kehairanan. Tidakkah makin dilayan lagu-lagu sebegitu, jiwa kita yang akan bertambah sedih dengan kehilangannya? Hal ini belum termasuk jika si dia yang meninggalkan kita disebabkan perkara-perkara seperti curang apabila berjumpa lawan jantina yang lebih sempurna berbanding diri kita, tidak dapat menerima kekurangan diri kita dan sebagainya. Tidakkah hal itu dapat dianggap sebagai suatu pengkhianatan yang seharusnya dibenci? Ini tidak, setelah menyedari diri dikhianat, makin dilayan perasaan itu seolah-olah perpisahan tersebut disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan seperti tidak direstui orang tua (ibu bapa).
Maka benarlah kata-kata sebahagian ulama, muzik memabukkan hati sebagaimana khamar (arak) memabukkan akal berdasarkan pemahaman merka terhadap perkataan "Lahwul Hadith" sebagaimana tercatit dalam surah Luqman ayat ke-6.
Bagiku, walaupun ada kalanya aku masih mendengar muzik, namun kebanyakannya adalah muzik-muzik lama yang menjadi kenangan zaman kanak-kanak dan remajaku, iaitu sebelum aku mempelajari bahawa hukum alatan muzik khususnya yang bertali seperti gitar, bertiup seperti seruling dan berloceng adalah haram mengikut pandangan ke-empat-empat imam mazhab. Adapun setelah itu, aku sedaya upaya untuk tidak menghafal lirik-lirik lagu yang baharu dicipta sebelum aku mengenali hukum asal muzik sebagai haram. Disebabkan itulah, kebanyakan lagu yang masih aku dengari (atas kelemahanku) HAMPIR kesemuanya lagu-lagu lama seperti Sesungguhnya (Raihan), Meniti Mimpi (Hijjaz), Peristiwa Subuh (Raihan) dan Puteriku Sayang (Hijjaz (bila dengar lagu ni terasa macam aku dah ada sorang puteri pulak. Haha)).

BUKAN SEMUA PEREMPUAN INGINKAN LELAKI 'PERFECT'
Usah hairan andai kita terjumpa sesetengah perempuan yang mahu menjadikan lelaki yang serba kekurangan daripada dirinya sebagai suami kerana saya pernah terjumpa perempuan sebegitu. Sememangnya benar kebanyakan wanita mendambakan suami yang serba lengkap untuk memimpin keluarga namun terdapat segelintir daripada mereka yang berfikiran lain dari orang kebanyakan.
Motifnya mudah. Andai perempuan itu diceraikan suaminya kelak, pada masa itu sang isteri dapat mengungkit kembali segala sumbangan dan jasanya terhadap suaminya itu. Tidak kurang juga ianya dijadikan 'back-up plan' bagi sang isteri dalam meraih sumber pendapatan bagi menyara diri serta anak (sekiranya hak penjagaan anak menyebelahi dirinya) setelah tidak menerima nafkah atau mut'ah daripada bekas suaminya itu apabila diceraikan.
Contohnya dalam anime tiga dimensi Doraemon: The Last Stand yang memaparkan kisah bagaimana Shizouka yang serba pandai lagi tahu menjaga diri dapat menerima Nobita sebagai suaminya biarpun menyedari Nobita adalah seorang yang sangat lembap, pemalas, penakut dan lain-lain kelemahan. Alasan Shizouka menerima lamaran Nobita dan menolak lamaran Dekisugi sang budak 'perfect' adalah kerana sifat kasihan dan risaukan nasib Nobita sebagai sahabat baiknya sejak zaman kanak-kanak andai tiada perempuan yang menerima Nobita sebagai suami.

Kejap. Apa pula kena-mengena dengan anime Doraemon? Haha.


PEREMPUAN YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Pada zaman sekarang, apabila seorang lelaki menyatakan hasrat ingin melamar seorang wanita walaupun baru beberapa hari saling berkenalan dan bertemu akan dianggap sebagai lelaki yang 'saiko' (separa gila), atau dengan kata lain, 'desprate' ( terdesak) serta gelojoh.
Aku tidak dapat membayangkan sewaktu kurun awal Islam dahulu, betapa banyaknya lelaki serta wanita termasuk para sahabat Nabi s.a.w. yang dapat dianggap sebagai 'desprate' atau 'saiko' jika sifir itu yang dipakai hanya kerana mereka melamar pasangan mereka walaupun belum saling mengenali atau timbulnya cinta di hati antara satu sama lain. Dengan kata lain, mereka mengamalkan konsep cinta sesudah nikah.
Bahkan pernah terjadi satu kisah di mana seorang sahabat wanita di zaman Nabi s.a.w. yang menawarkan diri beliau kepada Rasulullah untuk diperisteri oleh baginda. Namun 'lamaran' wanita itu Nabi s.a.w. tolak lalu memberi laluan kepada salah seorang sahabat lelaki baginda supaya berkahwin dengan sahabat wanita berkenaan. Akhirnya sahabat lelaki itu pun berjaya menjadi isteri kepada sahabat wanita berkenaan.
Akan tetapi pada zaman ini, orang ramai hanya tahu melaungkan slogan sama iaitu "cinta selepas nikah" namun mereka sendiri berasa pelik lalu menganggap seorang lelaki sebagai 'desprate' (terdesak) hanya kerana terus melamar seorang wanita yang baru dikenalinya. Bahkan terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat menerima perbuatan lelaki itu lalu bertindak menjauhkan diri daripadanya kerana berasa takut. Aku bercakap atas pengalaman peribadi aku. Haha.


WAHAI LELAKI, JANGAN NAMPAKKAN DIRIMU TERDESAK (DESPRATE)!

Satu perkara yang aku belajar berkenaan cinta adalah sebagai lelaki, jangan pernah sesekali menampakkan diri kita seakan-akan terlalu 'desprate' (terdesak) dalam menagih cinta wanita. Biarkan sahaja perasaan cinta itu tumbuh di dalam diri tanpa mendedahkan bahawa diri kita sedang dilamun cinta. Jikalau dirasakan sudah tiba masanya, barulah isi hati itu diluahkan kepada empunya badan, namun tidaklah sengaja menghebahkan perasaan itu kepada khalayak umum. Apa akan jadi sekiranya cinta kita itu ditolak?
Antara tanda yang menunjukkan ciri-ciri lelaki yang sedang 'desprate menagih cinta', salah satunya adalah terlalu kerap menonjolkan dirinya sebagai seorang "mat bunga" atau jiwang di khalayak biarpun hakikatnya dia masih belum mempunyai mana-mana teman wanita, tunang atau kawan rapat berlainan jantina.
Sekiranya ingin bersangka baik, mungkin sekali lelaki jiwang yang sudah mempunyai teman akrab berlainan jantina (perempuan) mempunyai kecenderungan menzahirkan perasaan jiwangnya adalah bagi menarik seterusnya memikat hati si dia.
Namun berlainan pula apabila kejiwangannya itu diserlahkan tanpa ditujukan terhadap seseorang wanita, sebaliknya ditujukan secara umum. Misalnya, pernyataan seperti berikut:
"Aku akan sentiasa menunggmu wahai rusuk kiri-ku. Akan kupanjatkan doa dalam setiap sujud Istikharah-ku tanpa mengetahui siapakah sebenarnya engkau. Akan kutunggu dikau dalam setiap kali solat fardhu bagi menjadi imam-mu wahai bakal bidadari-ku."
Maka janganlah tunjukkan sangat kita sedang 'desprate' wahai lelaki. Buat biasa sahaja sudah. Jangan 'desprate' punya fasal, baru tiga hari saling berkenal, terus dilamarnya perempuan itu. Kalau nasib baik Alhamdulillah akan diterima lamaran itu. Namun di zaman ini, kebayakan perempuan akan menganggap perbuatan lelaki melamar diri mereka dalam keadaan baru berkenalan kurang daripada seminggu sebagai "lelaki desprate" atau lelaki terdesak, gelojoh, saiko, depression dan sebagainya.


'WASIAT' NABI S.A.W. SEBELUM BER-'COUPLE':
Akhir Kalam, Kepada lelaki yang memasang niat untuk Ber-'Couple' Semata-Mata Ingin Mengambil Kesempatan Terhadap Wanita Dari Segi Kesempatan Melempiaskan Syahwat Dengan Cara Yang Haram (Sebelum Melalui Proses Perkahwinan), Maka Saya Ingin Nasihatkan Kepada Kalian Agar Kita Sama-Sama Merenung/ Muhasabah Kembali Niat Kita Tersebut, Kerana Yang Akan 'Kita' Jadikan Mangsa Itu Adalah Anak Atau Adik Atau Kakak Kepada Orang Lain. Allah Itu Maha Pembalas, Dan Suka-kah kita Jika Anak Kita Kelak Atau Adik Serta Kakak Kita Diperlakukan Sedemikian Rupa Sebagai Balasan Dari Allah Atas Perbuatan Kita Di masa Lalu (Sekarang) Dengan Cara Mmeperguna/ Mempermainkan Perasaan Wanita.

Maka Dengan Sebab Itulah, Di dalam Sebuah Hadith Ada Menceritakan Hal Yang Serupa, Di mana Hadithnya Berbunyi:

Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Hariz telah menceritakan kepada kami Sulaim bin 'Amir dari Abu Umamah (Al-Bahili), dia berkata;

إِنَّ فَتًى شَابًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِي بِالزِّنَا فَأَقْبَلَ الْقَوْمُ عَلَيْهِ فَزَجَرُوهُ قَالُوا مَهْ مَهْ فَقَالَ ادْنُهْ فَدَنَا مِنْهُ قَرِيبًا قَالَ فَجَلَسَ قَالَ أَتُحِبُّهُ لِأُمِّكَ قَالَ لَا وَاللَّهِ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأُمَّهَاتِهِمْ قَالَ أَفَتُحِبُّهُ لِابْنَتِكَ قَالَ لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِبَنَاتِهِمْ قَالَ أَفَتُحِبُّهُ لِأُخْتِكَ قَالَ لَا وَاللَّهِ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِأَخَوَاتِهِمْ قَالَ أَفَتُحِبُّهُ لِعَمَّتِكَ قَالَ لَا وَاللَّهِ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِعَمَّاتِهِمْ قَالَ أَفَتُحِبُّهُ لِخَالَتِكَ قَالَ لَا وَاللَّهِ جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ قَالَ وَلَا النَّاسُ يُحِبُّونَهُ لِخَالَاتِهِمْ قَالَ فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَيْهِ وَقَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ فَلَمْ يَكُنْ بَعْدُ ذَلِكَ الْفَتَى يَلْتَفِتُ إِلَى شَيْءٍ

"Sesungguhnya seorang pemuda mendatangi Nabi Shallallahu'alaihiWasallam lalu berkata; Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk berzina. Orang-orang mendatanginya lalu melarangnya, mereka berkata; Jangan, jangan. Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Mendekatlah." Dia pun mendekati lalu duduk kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Adakah engkau menyukai jika dia berzina dengan ibumu?" pemuda itu menjawab; Tidak, demi Allah wahai Rasulullah, semoga Allah menjadikanku sebagai penebus tuan. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; Orang-orang juga tidak menyukainya berzina dengan ibu-ibu mereka." Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Apa kau menyukainya berzina dengan putrimu?" Tidak, demi Allah wahai Rasulullah semoga Allah menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; Orang-orang juga tidak menyukai berzina dengan putri-putri mereka." Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Apa kau menyukainya berzina dengan bibimu dari pihak ayah?" Tidak, demi Allah wahai Rasulullah semoga Allah menjadikanku sebagai penebus Tuan. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; Orang-orang juga tidak menyukainya berzina dengan bibi-bibi mereka." Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam bersabda; "Apa kau menyukainya berzina dengan bibimu dari pihak ibu?" Tidak, demi Allah wahai Rasulullah semoga Allah menjadikanku sebagai penebus tuan. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; Orang-orang juga tidak menyukainya berzina dengan bibi-bibi mereka." Kemudian Rasulullah Shallallahu'alaihiWasallam meletakkan tangan beliau pada pemuda itu dan berdoa; "Ya Allah! Ampunilah dosanya, bersihkan hatinya, jagalah kemaluannya." Setelah itu pemuda itu tidak pernah melirik apa pun.

H.R. Ahmad (no.21185) 
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Apa yang kita lakukan terhadap seseorang, Allah pasti akan membalasnya, jika tidak di dunia, di akhirat sana. Akhir kata, Sayangilah keluarga anda. Jangan sampai anda cemarkan kehormatan anak dara orang, lalu kelak akan ada orang lain yang kelak akan mencemarkan kehormatan anak dara anda pula di masa mendatang.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.