Tuesday, 16 February 2016

Tips belajar menjadi penulis daripada Facebook

Muhammad Zulsyamini     Tuesday, 16 February 2016     08:31     No comments


Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri
Artikel asal bertajuk: Belajarlah Menulis Daripada Status 'Facebook' yang ditulis semasa saya menjalani latihan industri di sebuah organisasi.
Kredit gambar: google image

Kadangkala tanpa disedari, apabila kita menulis status di laman sosial khususnya Facebook mengenai peribadi sendiri, sangat kurang 'like' yang diterima daripada senarai rakan berbanding bilangan 'like' berbanding apabila kita suarakan pendapat mengenai sesuatu isu semasa yang sedang menjadi perbualan hangat.
Namun, mungkin ada yang berasa pelik apabila melihat terdapat segelintir individu yang masih terus-menerus menulis status-status panjang walaupun hanya menerangkan pendapat serta pendirian peribadinya semata-mata walaupun ianya tidak menerima bilangan 'likers' yang ramai?
Jawapannya adalah kadangkala, seseorang menulis di ruangan media sosial seperti Facebook, bukan hanya untuk dipertontonkan kepada rakan-rakan Facebook semata-mata. Ada sahaja individu yang sebenarnya sedang dalam usaha menyalin (copy) kemudian melampirkan (paste) status-status berkenaan pendapat serta pendirian peribadinya yang ditulis di laman sosial itu ke dalam satu fail khas berformat Microsoft Word (.docx) di mana seterusnya akan dijadikan sebuah manuskrip karya.
Mungkinlah pada hari ini kita bukanlah siapa-siapa untuk orang kebanyakan menyusuri perjalanan hidupnya apatah lagi pendapat peribadinya melalui karya itu. Namun mana tahu suatu hari nanti, situasinya jauh berbeza daripada sekarang apabila namanya meningkat naik.
Penulis terfikirkan hal ini apabila melihat ramai penulis dan tokoh yang berjaya menerbitkan buku hanya melalui status-status yang dimuat naik oleh mereka  khususnya melalui media sosial "Facebook" di antaranya seperti Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan juga seorang 'kenalan lama' yang penulis kenal bernama Fathi As-Sakandari, seorang penuntut bidang perubatan di Mesir yang banyak menghasilkan karya hanya melalui status Facebook yang dimuatnaik mereka yang kemudiannya dirangkumkan di samping dikembangkan isi huraiannya.
Sedangkan betapa banyak penulis di luar sana juga menghasilkan buku melalui tulisan di blog persendirian seperti Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Hilal Asyraf dan lain-lain penulis yang tidak terkira banyaknya yang mungkin juga masih belum penulis kenali. Begitu juga dengan beberapa 'nama' yang naik hanya melalui aktiviti 'blogging' atau 'vlogging' (video blogging) di laman sosial seperti Mat Luthfi dan Amran Fans yang pada kemudiannya berjaya menghasilkan karya berbentuk buku walaupun sebahagian orang menganggap buku itu sebagai karya 'tahap sampah' sebagaimana buku Amran Fans terbitan Dubook Press.
Bukanlah bilangan 'like' yang dikejar tanpa  menafikan bahawa ada kalanya bilangan 'like' berupaya membantu penulis sesuatu status membuat penilaian mengenai pendapat yang diutarakannya, sama ada bernas lagi diterima rakan-rakan, diterima akal (logik), atau sebaliknya.
Sekiranya karya itu tidak berjaya diterbitkan pun, sekurang-kuranya ia kekal sebagai cacatan hidup di samping berasa puas dengannya. Apatah lagi jika karya yang ingin dihasilkan adalah berbentuk catitan memorial atau autobiografi, ianya boles sahaja diwariskan kepada zuriat keturunan kita kelak. Biar nanti mereka kenal siapa siapa bapa, datuk, dan moyang mereka.

MENJANA IDEA

Sebenarnya melalui penulisan di laman sosial, ia secara tidak langsung memungkinkan kita 'mencuri' idea khususnya daripada penulisan-penulisan dalam bentuk 'status' kepunyaan orang lain di laman Facebook.
Secara am, penulis andaikan sesiapa sahaja yang 'post'-kan atau berkongsi ideanya di laman sosial, maka ideanya berhak untuk 'dicuri' dengan dilakukan beberapa suntingan ayat serta perkataan selagi mana pada status itu tidak dinyatakan bahawa ia mengandungi "copyright reserve" atau hakcipta terpelihara", tidak dibenarkan mengambil ideanya melainkan dengan izin penulis status tersebut. Dalam dunia akademik pun, kita dibenarnkan mengambil idea daripada karya seperti buku, keratan akhbar dan sebagainya dengan syarat ianya mestilah melalui proses penstukturan semula atau parafrasa ayat dengan tidak mengubah maksud sebenar yang diinginkan peengkarya asal.
Dalam kes ini, kita berbalik kepada hukum asal dalam setiap perkara adalah ibahah (harus) selagi mana tidak ada keterangan dalil (bukti) yang menyatakan ianya haram (dilarang). Dengan itu, penulis menganggap sesiapa sahaja yang berkongsikan ideanya melalui laman sosial, maka tidak perlu memita kebenaran serta izin penulis status itu bagi memuatkan ideanya ke dalam mana-mana karya yang ingin ditulis tanpa menyatakan daripada mana idea itu diambil, melainkan jika terdapat alamatnya "copyright reserve" di samping menggunakan ayat sendiri dalam menukilkannya kembali.  Sesungguhnya idea tiada hak cipta.

MENGEMBANGKAN ISI
Tanpa kita sedari, kadangkala sesuatu status ringkas yang dimuatnaik di laman sosial khususnya Facebook berupaya dikembangkan isinya di kemudian hari. Kadangkala kita hanya memuatnaik status berdasarkan apa yang terlitas, mungkin berupa ilham yang terlintas hanya beberapa detik di fikiran di mana lintasan ilham itu kemudiannya akan hilang dimamah masa.  Justeru, tidak salah memuatnaik status ringkas yang terkandung lintasan fikiran itu selagi mana tidak menjejaskan dan menzalimi pihak lain yang mana pada kemudiannya, lintasan idea itu dapat dikembangkan apabila tercetusnya ilham lain yang tiba-tiba mendatang di lain masa.
Selain ilham yang didapati sendiri, status itu juga dapat dikembangkan melalui penghadaman kita setelah membaca idea orang lain melalui status yang dimuatnaik mereka sebagaimana diterangkan di atas Mungkin pada mulanya, idea yang dikembangkan itu berjaya dijadikan artikel dan tidak mustahil andai idea itu dapat dikembangkan lagi secara terperinci, ianya akan berjaya dijadikan buku pula. Bak kata orang, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.