Monday, 15 February 2016

[BERITA] Awas Fathul Bari!- Mufti Perlis

Muhammad Zulsyamini     Monday, 15 February 2016     08:03     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini
(Arkib Berita (ditulis pada 10 Mac 2015))



BOTA- Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin dikhabarkan akan membuat laporan polis terhadap NGO Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) atas dakwaan menghina Raja Perlis.

Pernyataan itu dibuat berdasarkan kenyataan menerusi laman sosial Twitter exco Pemuda UMNO Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada NGO tersebut yang memuat naik gambar perbualan beliau bersama Asri melalui applikasi WhatsApp.

Fathul bagaimanapun mempersoalkan bukti dakwaan Asri yang menyatakan terdapat ahli daripada NGO terbabit yang menghina Raja Perlis berhubung kontroversi yang membabitkan mufti itu dengan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias baru-baru ini.

Mengikut spekulasi, dakwaan Asri itu mungkin sekali berdasarkan gambar yang dimuat naik menerusi laman Facebook  pengacara TV Al-Hijrah, Amin Idris yang memaparkan komen salah seorang daripada ahli iLMU  bernama Abdul Rahman Abdul Kadir yang  berbaur penghinaan kepada Raja Perlis atas perlantikan Asri sebagai mufti Perlis buat kali kedua.

"Raja terpaksa involve (masuk campur). Pasal sana sini orang start (mula) maki siapa yang bodoh lantik dia (Asri) jadi mufti. Maruah negeri kena jaga," ujar Rahman.


Bagaimanapun perkara itu disangkal Exco (Biro) Nasihat iLMU, Ahmad Fazrin bin Yahya yang sebelum ini menjawat sebagai CEO pertubuhan itu  yang menyatakan bahawa Rahman sudah lama menarik diri daripada pertubuhan itu malah menegaskan bahawa sudah banyak kenyataan Abdul Rahman yang dimuat naik olehnya menerusi laman Facebook bercanggah dengan pendirian rasmi iLMU serta ahli-ahli lain NGO itu.




Terdahulu, Abdul Rahman dikatakan menjadi 'mangsa' cemuhan terbuka Asri melalui Facebook rasmi mufti itu setelah terlanjur menyindir arwah Datuk Nik Abdul Aziz yang selama ini diketahui sangat menentang perpaduan orang Islam dalam kalangan ahli UMNO dan PAS dengan ancaman meludah muka pihak yang menyeru ke arah perpaduan itu.

Ketegangan di antara Asri dan Fathul serta NGO yang diwakili Fathul itu sudah umum diketahui menerusi perselishan pandangan mereka terhadap kewajaran berdemonstrasi dan hal mentaati pemerintah Muslim.




0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.