Sunday, 31 January 2016

Waspadalah dalam berlawak jenaka [Rencana]

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 31 January 2016     05:58     No comments
Ditulis oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri, Pelajar tahun kedua Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam
*Artikel ini diterbitkan oleh akhbar Sinar Harian edisi nasional pada hari Jumaat 18 Julai 2014 muka surat 50 dengan tajuk "Waspada dalam berlawak jenaka"*




Sungguhpun Malaysia sedang dilanda fenomena lambakan penayangan rancangan berunsur lawak terutamanya menerusi program realiti di kaca televisyen, industri lawak di Malaysia dikatakan masih berada di paras yang agak rendah.

Umum mengetahui bahawa dalam para peserta kebanyakan rancangan realiti berunsur lawak mempersembahkan adegan lawak mereka, ada kalanya mereka terpaksa melakukan jenaka yang kadangkala menyentuh hal-hal keagamaan.

Sebagai contoh, katakanlah wujudnya adegan di mana seorang pelawak lelaki dikehendaki menyentuh seorang pelawak perempuan yang bukan mahramnya, lalu untuk membuatkan penonton ketawa, maka diucapkanlah oleh si pelawak lelaki itu ungkapan seperti 'Astaghfirullahal 'Aziim'.

Tidakkah ianya dapat dianggap sebagai perbuatan mempermain serta mempersendakan agama? Tidak cukup dengan itu, ada kalanya perkataan asal 'Astaghfirullahal 'Azim itu diubah sebutannya menjadi "Astaghfirullahal 'AJIIM" di mana perbuatan itu dilakukan bertujuan bagi menjadikan para hadirin ketawa.

Hal ini tidak ubah sepertimana sikap kaum Munafiq di zaman Rasulullah yang mempersenda agama melalui guauan sepertimana yang tercatat dalam ayat ke 66 surah At-Taubah: “Dan sekiranya kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?"

Sungguh malang apabila pelawak dari kalangan orang Islam sendiri mempermainkan hal keagamaan yang seharusnya menjadi sensitiviti yang perlu dijaga. Ironinya, apabila terdapat non-Muslim yang menghina dengan cara mempersenda Islam, terlalu hebat bantahan yang dikemukakan umat Islam. Namun apabila agama Islam dipersenda umatnya sendiri, hampir semua diam membisu malah turut bergelak ketawa dengan sendaaan tersebut.

Contoh keharaman di sudut lain adalah ketikamana para pelawak bertekad untuk meniru apa sahaja gaya atau penampilan seseorang yang kebiasaannya sudah menjadi 'public figure' (terkenal) yang lalu diekspressikan dengan penampilan lawak. Ianya mungkin tidak mengapa jika si 'public figure' itu memberikan respon positif atau keizinan buat para pelawak itu untuk meniru penampilan serta gaya mereka yang kemudiannya akan dimanipulasikan menjadi bahan ketawa orang ramai. Namun bagaimana pula sekiranya 'public figure' itu tidak mengizinkan lagi redha akan perbuatan pelawak itu yang dianggap seolah memalukan ataupun mengumpat dirinya? Tidakkah mengumpat itu sesuatu yang haram?

Begitu juga dengan adanya adegan di mana para pelakon lelaki yang acapkali meniru penampilan wanita dengan cara menggayakan pakaian wanita dan  memakai rambut palsu mahupun sebaliknya. Tidakkah Rasulullah s.a.w. telah mengkhabarkan bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya (iaitu wanita yang menyerupai lelaki) selain larangan menyambung rambut?

Pada sisi lain, tidakkah banyak ketawa mematikan hati sebagaimana sabda Rasulullah: “Janganlah kalian banyak tertawa, karena sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.” (H.R. Ibnu Majah)  Begitu juga celaan Rasulullah terhadap individu yang didapati berbohong bagi membuatkan manusia lain ketawa di mana baginda bersabda: “Celakalah bagi orang yang bercerita kemudian berdusta agar membuat orang lain tertawa, celakalah dia, celakalah dia!”  (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ahmad)

Fenomena ini turut mengakibatkan tujuan menghadiri kuliyah-kuliyah agama tersasar. Kuliyah agama yang seharusnya diisi dengan keinsafan serta  rasa takut kepada Allah telah bertukar seolah-olah menjadi pentas bagi penceramah membuat jenaka atas alasan ianya mampu menarik lebih ramai hadirin.

Minda hadirin lebih dipenuhi lawak yang kadangkala berunsur lucah seperti tatkala membicarakan perihal ‘dalam kelambu’ daripada diisi dengan santapan rohani seperti penerapan dalil-dalil dalam beragama. Maka tidak hairanlah kejahilan berleluasa.

Ingin ditegaskan bahawa kuliyah agama yang penuh diisi dengan kisah daripada nas Al-Quran mahupun Al-hadith hakikatnya lebih seronok berbanding kuliyah yang dipenuhi  gelak ketawa tidak berhenti. Sebagai contoh, dalam menjawab sesuatu masalah berkaitan Feqah (ibadat dan sebagainya), kita secara tidak langsung dapat mempelajari sirah Nabi kita berserta para sahabat baginda.

Dengan itu kita dapat merasakan seolah-olah baginda Nabi s.a.w. terasa hampir dengan kita memandangkan kita sedaya upaya cuba menyusuri keseluruhan perjalanan hidup baginda daripada sebesar-besar hinggalah kepada sekecil-kecil perkara yang sekaligus membuktikan kecintaan kita terhadap baginda s.a.w.

[600 Patah Perkataan (tidak termasuk headline, byline, serta pernyataan ini)]

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.