Thursday, 21 January 2016

Tak wajar label semua mujahidin Timur Tengah PENGGANAS/ PEMBERONTAK! [Paruh Pengarang]

Muhammad Zulsyamini     Thursday, 21 January 2016     08:39     No comments
Ditulis Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
*Artikel ini adalah berdasarkan tugasan (assignment)  yang diberikan pensyarah bagi subjek "Mass Media and Society" semasa penulis sedang belajar lalu diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia.


Isu penglibatan rakyat Malaysia 'dengan organisasi pengganas seperti Al-Qaeda dan Jamaah Islamiyah sudahpun berlaku bertahun-tahun yang lalu sejak tragedi 11 September 2001.

Rakyat menjadi keliru apabila kerajaan Malaysia melabel kumpulan pejuang khususnya  di Syria yang pada hari ini berjuang menentang kezaliman pemerintah negara itu sebagai kumpulan pengganas dan pemberontak. Ironinya, pada sisi lain, kerajaan Malaysia juga menunjukkan simpati serta sokongan terhadap rakyat Syria terutamanya dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah (Sunni) yang ditindas malah dibunuh secara kejam oleh kerajaan Syria yang menaungi mazhab Syiah.

Sangat jelas bahawa ISIS atau Negara Islam Iraq dan Sham mengalami 'gangguan mental' dalam perjuangan mereka untuk menegakkan Islam apabila mereka juga bertindak membunuh pejuang Islam (Mujahidin) dari kumpulan lain yang turut sama menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Syria.

Penganalisis politik tempatan dan antarabangsa, Dr Maszlee Malik mempersoalkan sama ada kewajaran kerajaan Malaysia yang dilihat tidak menyatakan pendirian secara rasmi berhubung isu tersebut tanpa menyatakan pandangan yang jelas sehingga menyebabkan umat Islam mahupun bukan Islam keliru mengenai  ISIS serta makna jihad dalam pemahaman Sunni. Beliau juga meminta agar setiap jabatan agama sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri mengeluarkan fatwa mengenai penjelasan sebenar jihad dari sudut pandang mazhab Sunni.

Laporan-laporan akhbar  seperti Malaysian Insider jelas memperlihatkan  Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang mengumumkan bahawa terdapat tiga kumpulan militan utama yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS (ISIS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.

Masyarakat mula mempersoalkan pendirian kerajaan Malaysia dalam isu Syria. Tahun lepas, kerajaan yang diwakili oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat pengisytiharan mengenai fatwa anti-Syiah yang menyatakan bahawa kerajaan, sama ada negeri atau persekutuan akan mengambil tindakan tegas dalam membanteras dakyah Syiah yang cuba disebarkan di negara ini.

Memandangkan kerajaan Syria yang menjadikan Syiah sebagai anutan rasmi mereka, rakyat Malaysia yang mejoritinya menganut Sunni mempersoalkan bagaimana kerajaan Malaysia memandang serius isu mazhab yang dibangkitkan apabila kerajaan Malaysia bertekad mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di negara ini yang menyertai kumpulan pejuang di Syria yang berjuang melawan penganut Syiah Alawiyah. Ironinya, Syiah Alawiyah telahpun difatwakan oleh ramai ulama’ sebagai terkeluar daripada Islam.

Malah terdapat juga beberapa artikel dalam portal berita yang menyalahkan kerajaan Malaysia dalam isu penglibatan warganegara Malaysia dengan kumpulan pengganas terutama di Syria seperti satu artikel yang ditulis oleh pengarang portal berita Malaysian Insider, Amin Iskandar, bertajuk "Isis: Dasar anti-Syiah Putrajaya Yang mengorbankan rakyat Malaysia".

Pada masa sama, media cenderung untuk menyerlahkan bahawa hanya kumpulan ISIS sahaja yang dianggap sebagai pengganas namun agak kurang menonjolkan kumpulan-kumpulan pejuang lain khususnya di Syria sebagai pemberontak mahupun pengganas.

Media dilihat lebih menonjolkan hukuman atau undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang melibatkan diri mereka dalam keganasan walaupun organisasi pengganas masih tidak atau kurang sekali bertapak di dalam Malaysia. Ancaman pengganas terhadap Malaysia juga sangat kurang dilaporkan.  Pengaruh media Barat memainkan peranan penting dalam mengalih perhatian umat Islam sehingga menggambarkan kepada masyarakat dunia bahawa mujahidin (pejuang Islam) yang bangkit menentang rejim Syria, dilabel sebagai pemberontak atau pengganas yang wajar dibanteras.

Satu lagi masalah timbul dengan kemunculan media sosial (media baru) seperti Facebook, laman web dan blog pada ketika ini. Media baru berpotensi melaporkan cerita atau berita yang sama tetapi namun dari sudut yang berbeza dan pelbagai, terutama apabila ia datang kepada media yang dimiliki oleh mereka yang pro atau menyokong mazhab Syiah di mana mereka cenderung untuk melaporkan ia mengikut kepentingan tersendiri, atau dengan kata lain tiada ketelusan dalam penyampaian berita sebenar.

Walaupun terdapat dua lagi lain organisasi pengganas yang disertai rakyat Malaysia iaitu Jabhat An-Nusra dan Ajnad Al Sham, namun tumpuan media di Malaysia lebih diberikan kepada ISIS kerana kumpulan itu kini boleh didapati bukan sahaja di Syria dan Iraq, bahkan di serata pelosok dunia apabila usaha mereka dalam merekrut anggota baru telah didedahkan media seantero dunia, termasuk di Malaysia berbanding dengan kedua-dua organisasi lain yang hanya bertumpu di Syria.

Oleh kerana media arus perdana sebahagian besarnya dikawal oleh kerajaan, maka media di Malaysia melihat sejauh mana penglibatan beberapa bahagian rakyat Malaysia dalam aktiviti keganasan walaupun di luar Malaysia boleh menjejaskan kestabilan negara ini khususnya dari segi keselamatan dalaman. Bukan itu sahaja, isu ini juga berkaitan dengan penggunaan media baru seperti Facebook di mana ia digunakan sebagai alat untuk ahli-ahli organisasi pengganas dalam merekrut ahli baru serta menyebarkan ideologi mereka secara halus sedikit demi sedikit.

Secara dasarnya media massa sememangnya bertindak sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat. Oleh itu ia memberi peluang untuk membina dan juga menstabilkan acuan politik di sesebuah negara di mana pemimpin-pemimpin politik boleh menyatakan pandangan melalui beberapa saluran yang disediakan dalam ruangan media bagi dinilai masyarakt awam dengan maksud untuk mendapat sokongan untuk polisi (manifesto) mereka.

Pada zaman teknologi masa kini, masyarakat awam terdedah kepada pelbagai sumber berita alternatif, termasuk melalui media sosial. Oleh itu, adalah perkara biasa apabila kebanyakan orang agak kurang mempercayai berita yang disebarkan melalui media arus perdana kerana naluri mereka yang mempercayai bahawa media arus perdana dikawal oleh kerajaan. Hasilnya mengakibatkan mereka lebih mempercayai berita yang dikongsi melalui media alternatif (media baru) atau media sosial apabila mereka merasakan media alternatif lebih miliki kebebasan yang tidak dikongkong sesebuah badan (kerajaan).

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesiapa sahaja yang bersedia untuk menjadi sukarelawan dan mengorbankan diri mereka berjuang dalam peperangan di Syria akan dikira sebagai millitant-pengganas oleh kerajaan. Oleh itu, mereka yang terlibat bakal dikenakan hukuman berat setelah kembali ke Malaysia. Hal ini menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya di Malaysia, berpendapat bahawa berjuang menentang kekejaman kerajaan kafir yang diterajui Syiah Alawiyah adalah termasuk daripada cabang utama jihad yang sangat dituntut serta wajib ke atas setiap penganut Islam.

Walaupun Islam adalah agama rasmi Malaysia, tetapi disebabkan kerajaan berpendapat ianya bakal mencetuskan implikasi yang serius apabila para pejuangtersebut kembali ke Malaysian seperti kebarangkalian penyebaran ideologi yang dipegang oleh mereka, maka kerajaan menghalang mereka daripada bertindak daripada akar umbi. Terdapat juga sebab-sebab lain yang menyebabkan kerajaan berbuat demikian, seperti memikirkan hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan negara terbabit (Syria, Iraq dan sebagainya) selain memikirkan nasib pelajar dan rakyat Malaysia yang menuntut atau bekerja di sana.

Menurut pengamal media alternative seperti blogger dan pengguna laman sosial yang menunjukkan sokongan mereka kepada pejuang Islam, mereka berfikir bahawa adalah tidak adil apabila pejuang dan tentera yang bersatu di bawah satu matlamat iaitu menghapuskan kezaliman rejim Syria dilabelkan sebagai "pemberontak" kerana di samping memperjuangkan aspirasi mejoriti daripada rakyat Syria yang berfahaman Sunni.

Menurut mereka, media arus perdana di Malaysia seharusnya mengambil berat mengenai penggunaan istilah "pemberontak" yang memberi konotasi negatif kepada perjuangan rakyat Syria yang dizalimi lalu menganggap bahawa istilah yang paling sesuai untuk digunakan untuk melabel para pejuang berkenaan ialah "tentera pembebasan", “pejuang Islam” dan sebagainya, bukan "tentera pemberontak "atau pengganas. Menurut mereka lagi, sebagai sebuah negara Islam, Malaysia tidak harus terpengaruh dengan corak berita daripada Barat kerana kita telah sedia mempunyai standard dan penilaian berhubung isu antarabangsa terutamanya melibatkan umat Islam.

Oleh itu, dalam kes ini, media dan kerajaan khususnya perlu menjaga sensitiviti umat Islam. Adalah tidak wajar dengan membuat generalisasi dengan menggelar semua kumpulan para mujahidin yang berjuang di Syria atau Timur Tengah secara umumnya sebagai kumpulan pemberontak yang akan membawa implikasi yang besar bagi umat Islam dengan pelbagai tanggapan negatif, terutama oleh masyarakat bukan Islam yang telah dipengaruhi oleh fenomena Islamofobia khususnya di Barat.

Memandangkan banyaknya seruan yang dibangkitkan pelbagai pihak daripada kalangan ahli akademik serta pakar, salah faham tentang jihad seperti yang berlaku pada kumpulan ISIS dapat dibendung dan dielakkan sekiranya kerajaan mengambil pendekatan awal dalam melaksanakan pemahaman yang sebenar undang-undang dan prosedur Jihad menurut ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Dalam mencapai hasrat ini, media, sama ada arus perdana atau media alternatif perlu sama-sama memainkan peranan penting dalam mendidik serta menerangkan kepada orang ramai yang kebanyakannya pada hari ini masih dibelenggu kejahilan.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.