Saturday, 30 January 2016

TABUNG HAJI- Pecah amanah atau kegilaan politik?

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 30 January 2016     06:52     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri



Isu pembelian satu plot tanah berkeluasan 1.56 ekar berjumlah kira-kira RM188.5 juta oleh Tabung Haji Properties daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang hangat diperkatakan sekarang apabila wang yang digunakan bagi membeli tanah berkenaan diambil daripada wang caruman pendeposit Tabung Haji.

Dengan kata lain, pertikaian mula timbul apabila wang pendeposit yang seharusnya dijaga dan dilabur bagi tujuan menaiktaraf pengurusan jemaah haji Malaysia telah digunakan dalam  pembelian tanah itu. Selain itu, isu tersebut turut dikaitkan dengan penglibatan politik apabila transaksi itu didakwa bertujuan untuk 'bailout' (pemulihan) 1MDB selain penglibatan beberapa ahli politik yang bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Namun pada saat akhir, Tabung Haji menafikan sekerasnya dakwaan itu dengan berhujjah bahawa pembelian itu adalah salah satu langkah bentuk pelaburan tatkala tanah itu dibeli pada harga RM2,774 bagi satu kaki persegi berbanding harga beberapa transaksi tanah di kawasan berhampiran yang melebihi RM3,000 bagi sekaki persegi. Ia bermakna keuntungan sebanyak tidak kurang daripada RM15.3 juta dapat dikaut andai terdapat pihak lain yang ingin membeli tanah tersebut sekiranya perbuatan Tabung Haji Property mengambil keputusan untuk tidak segera menjualnya bagi menangkis fitnah berterusan.

Isunya tidak akan besar apabila tanah itu dibeli daripada pihak lain. Isunya adalah pembelian itu dilihat bagi menyelamatkan atau pemulihan (bailout) 1MDB yang saban hari ditohmah dengan pelbagai dakwaan penyelewengan apabila mengalami pengurangan (kerugian) aset yang berlaku secara 'misteri' di samping menanggung hutang yang terlalu banyak , tidak tahu sebab dan puncanya. Biarpun katakanlah ia sememangnya bertujuan untuk 'bailout' 1MDB, Tabung Haji tetap akan untung dengan pembelian tanah itu.

Akhirnya, Tabung Haji menafikan sekerasnya pembelian tanah itu adalah bagi menyelamatkan 1MDB. Selain itu, ia juga berkisar mengenai pecah amanah. Manakah tidaknya apabila wang para pendeposit digunakan dalam transaksi itu sedangkan harta pendeposit bukanlah harta syarikat itu yang boleh dilakukan sesuka hati. "Wang itu seharusnya dijaga dan disimpan rapi", kata segelintir manusia.

Bagaimanapun, pernyataan itu dapatlah disifatkan sebagai "kurang bijak" tatkala boleh dikatakan kesemua pelaburan memerlukan penggunaan wang yang dilaburkan oleh para pendeposit. Islam juga mengajarkan bahawa segala pelaburan yang dijamin pulangan keuntungannya disifatkan sebagai riba dan hukum memakannya hasilnya adalah haram.

Tabung Haji juga merupakan antara institusi kewangan yang mempraktikkan sistem simpanan pencarum berasaskan 'Wadiah Yad Dhamamah'.  Secara umum sistem ini dapatlah didefinisikan sebagai kontrak janji menyimpan (wadi'ah) di mana pihak  penerima titipan (dalam kes ini adalah Tabung Haji) dapat memanfaatkan barang titipan tersebut (wang pencarum) dengan izin pemilik asal titipan itu (pencarum) serta penerima titipan itu menjamin untuk mengembalikan titipan tersebut secara total, pada bila-bila masa apabila si pemilik asal titpan itu mahukannya. Si penerima titpan juga perlu bertanggungjawab andai terdapat kehilangan atau kerosakan pada barang yang 'disimpan' tersebut (wang pencarum). Umumnya, sistem wadiah seperti ini diiktiraf dalam syariat Islam.

Tabung Haji tidak boleh menjanjikan pulangan dividen,kerana ianya boleh membawa kepada masalah lain iaitu riba yang jelas diharamkan dan diisytihar "perang" terhadapnya. Ini jelas berdasarkan kaedah yang para ulama telah tetapkan: "Setiap pinjaman yang mendatangkan manfaat, maka ketahuilah ianya adalah riba."

Disebabkan itu, Tabung Haji, atas budi bicara lembaga pengarah (BOD) lembaga itu hanya memberikan Hibah (hadiah) kepada pecarum tanpa sebarang jaminan pulangan yang tetap. Wang asal milik pencarum akan dikembalikan pada akhirnya, sama ada melalui pengeluaran wang tersebut mahupun menebusnya dengan matlamat asal iaitu apabila pencarum selesai menunaikan Haji melalui badan itu.

Kesimpulannya, tidak timbul soal "pecah amanah" sebagaimana digembar-gemburkan sesetengah pihak. Tambahan pula, harga tanah yang dibeli tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan keuntungan milikan Tabung Haji yang berjumlah mencecah RM3 billion bagi tahun 2014 di samping simpanan pencarum yang menerima jaminan penuh daripada kerajaan.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.