Saturday, 16 January 2016

Penyelewengan Habib Umar didedahkan media Australia [Berita]

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 16 January 2016     11:49     No comments
Berita oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



KUALA LUMPUR- Satu laman web dikenalpasti dalam memberikan pendedahan mengenai kesesatan yang dibawakan seorang pendakwah asing terkemuka bernama Habib Umar bin Hafiz.

Laman web yang berpangkalan di Australia itu di alamat: http://www.aswj.com.au/habibumar mendedahkan penyelewengan terbesar khsuusnya dalam masalah aqidah  yang dikatakan cuba dibawa Habib Umar seperti isu 'madad' (meminta pertolongan) kepada roh orang mati, sembelihan bagi dipersembahkan kepada orang mati, serta ibadah haji di kubur yang dianggap keramat.

Bagi isu sembelihan, Habib Umar didakwa menfatwakan kebolehan menyembelih haiwan korban bagi dipersembahkan kepada mayat khususnya yang berada di dalam kubur-kubur orang salih yang dianggap keramat dengan memberikan perumpamaan bila mana seorang manusia menyembelih haiwan lalu memasaknya bagi dihidangkan kepada tetamu yang diundang ke rumah.

Bagaimanapun, fatwa Habib berkenaan dibantah dengan membawakan sekalian banyak dalil mengenai sembelihan yang sepatutnya ditujukan hanya kepada Allah semata-mata sepertimana yang tertera dalam Al-Quran pada surah Al-An'aam ayat 162-163, Al-Kauthar ayat 1-2, Al-Isra' ayat ayat 23 dan hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dan Ahmad yang berbunyi: " Allah melaknat seeorang yang menyembelih kepada selain daripada Allah".

Dalam isu haji pula, laman web berkenaan turut memaparkan  visua rakaman video Habib Umar yang dikatakan sedang memimpin para pengikutnya mengerjakan 'haji' dengan menziarahi kubur Nabi Hud a.s..Tidak cukup dengan itu, video tersebut turut memperlihatkan bagaimana para pengikut pendakwah berkenaan  mempercayai bahawa dosa seseorang akan terhapus sejurus bermandi di sungai yang terletak berdekatan kubur Nabi Hud yang terletak di Yaman itu.

Bagaimanapun perkara itu dibantah apabila ianya seakan sama dengan upucara yang dilakukan penganut Hindu di Sungai Tigris mahupun upacara baptis yang terdapat dalam agama Kristian, sedangkan Al-Quran dan Hadis sahih tidak pernah menyebutkan tentangnya.

Bagi isu meminta pertolongan kepada roh mayat, laman web berkenaan mendedahkan bahawa Habib Umar berfatwa akan keharusan meminta kepada roh orang mati khususnya orang salih atas alasan kedudukan mereka lebih hampir kepada Allah setelah menempuh alam ghaib (barzakh). Hal itu jelas bertentangan dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar  ayat ke-3 yang menceritakan bagaimana kepercayan kaum Musyrik yang menyembah berhala dengan alasan bahawa perkara itu akan lebih mendekatkan mereka kepada Allah sedekat-dekatnya.

Dalam mendedahkan penyelewengan Habib Umar, laman web tersebut turut menyertakan bersama fatwa yang bersumber daripada 'link' URL yang dihubungkan terus ke laman web kendalian tokoh pendakwah itu di dalam bahasa Arab di samping disertakan sekali terjemahannya ke bahasa Inggeris.

Baru-baru ini, laporan akhbar Utusan Malaysia mendedahkan seramai 10 tokoh pendakwah asing bergelar "syeikh" dan "habib"  termasuk Habib Umar yang dibawa masuk ke Malaysia dipantau kerana didakwa mempunyai kaitan rangkaian dengan tarekat sufi tertentu yang sedia diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan atas sebab menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai mazhab anutan rasmi rakyat Malaysia.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.