Saturday, 16 January 2016

Pencetus Ummah Faiz disyaki pelopor ajaran tarekat sesat

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 16 January 2016     09:16     No comments
Berita oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


KUALA LUMPUR- Orang ramai dinasihat agar berwaspada dengan pembawaan mana-mana tokoh agamawan yang namanya naik melalui program realiti yang disiarkan di kaca televisyen.

Ini kerana selain dinilai daripada sudut kredibiliti berfatwa serta penghujahan dalil yang dibawa semasa melakukan persembahan, terdapat juga dalam kalangan para agamawan terbabit  yang diragui latar belakang pengajiannya

Tidak mustahil apa yang dibawa oleh tokoh-tokoh da'ie (pendakwah) tersebut merupakan sesuatu yang menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) namun disebabkan kejahilan yang melanda umat akhir zamanlah lalu membuatkan masyarakat mudah mempercayai segala yang dibawakan tanpa meneliti terlebih dahulu keabsahannya.

Nabi S.A.W. telahpun mengkhabarkan dalam hadis mahsyur  bahawa akan datang suatu zaman di mana munculnya para pendakwah (da'ie) yang mengajak manusia ke pintu neraka Jahannam iaitu sebuah hadith yang diriwayatkan dari Hudzaifah ibn Yaman r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“... (Akan ada) iaitu suatu kaum yang memimpin tanpa mengikuti petunjukku, kamu mengenalinya namun lantas kamu ingkari". Aku  (Hudzaifah) bertanya kembali:  "Apakah setelah kebaikan (yang ada kekotoran (dakhanun) itu) akan timbul lagi keburukan?". Baginda menjawab: "Ya, iaitu para pendakwah (da’ie) yang mengajak ke pintu neraka Jahannam.”  [H.R. Bukhari dan Muslim]

Laporan  ini ditulis susulan terdapat tokoh pendakwah tertentu yang menyatakan bantahan secara terbuka kepada akhbar Utusan Malaysia tatkala akhbar berkenaan melaporkan terdapat beberapa individu asing yang masuk ke Malaysia atas gelaran digelar 'syeikh' dan 'habib' yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan seorang pemimpin tarekat tertentu yang ajarannya telahpun difatwakan sesat serta bercanggah dengan aqidah Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, sedang dipantau kerana disyaki menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.



Terbaharu dalam satu status yang dimuatnaik oleh salah seorang 'agamawan selebriti' menerusi program Pencetus Ummah,  Ahmad Faiz Hafizuddin Bin Rosli atau lebih mesra dengan panggilan PU Faiz  di laman Facbook beliau secara terbuka mengecam akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai "pembawa fitnah" dalam mendedahkan penyelewengan tarekat Naqshabandiyah Al-'Aliyah Nazim Haqqani yang dinaungi oleh Hisyam Kabbani sejurus peneraju utamanya, Nazim Haqqani meninggal dunia beberapa bulan lalu..

Lebih mencemaskan apabila apa yang dibawakan agamawan tersebut yang juga dikenali sebagai Ustaz Syed Faiz Al-Idrus disiarkan melalui radio dan kaca televisyen di mana jutaan rakyat Malaysia menontonnya setiap hari selain penyampaiannya berfokus kepada pengajian aqidah. Ini tidak lain memberi ruang kepada agamawan sebegitu dalam menyebarluaskan penyelewengan yang dipelopori olehnya.

Gambar menunjukkan PU Faiz bergambar bersama Adnan Kabbani An-Naqshabandi (paling kanan) iaitu murid senior merangkap timbalan amir bagi tarekat bawaan Nazim Haqqani (Tarekat Naqshabandiah Al-'Aliyah Nazim Haqqani yang tarekatnya telahpun difatwakan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah 
Siapa Adnan Haqqani An-Naqshabandi: https://www.facebook.com/shaykhadnankabbani (lihat pada 'about') 


Orang ramai seharusnya lebih berwaspada dalam menongkah zaman fitnah kerana boleh jadi apa yang disangkakan benar adalah dusta dan begitulah sebaliknya sebagaimana yang dikhabarkan melalui sambungan daripada hadis di atas iaitu terdapatnya manusia berpenampilan agamawan namun hakikatnya menyeru manusia menuju neraka.


Sumber ambilan gambar di atas: Rujuk ke URL yang dilampirkan sebagaimana yang ditandakan dalam gambar atau klik sini: https://www.facebook.com/assayyidfaez.alaydrus/media_set?set=a.455062117857465.105680.100000610413345&type=3

Berdasarkan visual-visual berikut, dikhuatiri PU Faiz merupakan salah seorang pengikut setia tarekat Naqshabandiyah Al-'Aliyah Nazim Haqqani yang telahpun difatwakan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagaimana yang telah difatwakan Maflis Fatwa Kebangsaan berdasarkan kepada lampiran URL yang disertakan di bawah gambar kedua di atas.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.