Wednesday, 13 January 2016

Memang betul ijazah tak jamin kejayaan sebagaimana berniaga, tapi...

Muhammad Zulsyamini     Wednesday, 13 January 2016     00:07     No comments

Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Kredit gambar: google.com

Di masa sekarang saya lihat banyak pihak seolah memperlekehkan orang yang makan gaji. Kata mereka berniaga lebih menguntungkan. Juster keluarlah 'statement-statment' seperti "Bill Gates, Steve Job, Syed Mokhtar Al-Bukhari dan sebagainya boleh berjaya dalam perniagaan mereka dengan begitu cemerlang walaupun tidak sempat menamatkan pengajian di universiti". Sebahagiannya pula jangankan  menamatkan pengajian, bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti sama sekali

Mereka seolah memandang orang yang makan gaji lebih rendah martabatnya daripada orang yang berniaga. Maklumlah apabila makan gaji, seakan mustahil untuk kita menjadi 'boss' di kedudukan teratas, selamanya akan berada di bawah penyeliaan seseorang. Sebaliknya bagi orang berniaga khususnya apabila bisnes mereka semakin berkembang, mereka akan jadi bos, melantik pekerja sebagai pembantu atau yang akan menguruskan perniagaan mereka. Lalu mereka pun bolehlah 'goyang kaki'.

Memang betul rezeki bukannya di atas sekeping ijazah tapi kena ingat juga bahawa dengan tiadanya kelulusan, apakah kita ingat senang untuk kita mengumpulkan modal seperti membuat pinjaman ribuan ringgit kepada bank sebelum memulakan bisness walaupun bisne menjuals nasi lemak sekalipun? Lainlah jika ibu bapa atau sedara-mara kaya-kaya dan sedia membantu dalam bentuk pinjaman kewangan ataupun membeli tawaran awam permulaan  (IPO -initial public offering-) untuk menolong kita kembangkan bisness (walaupun IPO hanya akan wujud apabila sesebuah perusahaan sudah dibangunkan).

Jadi bagaimana dengan kita, rakyat marhean yang alar kadar sahaja, apatah lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah? Apakah yang akan dicagarkan andai bukan daripada kelulusan atau pekerjaan sedia ada yang dimiliki supaya pihak bank yakin bahawa kita mampu membayar kembali pinjaman yang dilakukan terhadap mereka? Dalam bisnes kita perlu fikirkan banyak kemungkinan terutamanya mengenai risiko yang bakal dihadapi. Apa akan jadi andai pada permulaannya bisnes yang didirkan tidak begitu memberangsangkan seterusnya mengakibatkan perasaan putus asa untuk terus menceburi bidang tersebut?

Saya menulis ini bukannya apa, takut nanti lagi ramai pelajar universiti yang ada mind-set bahawa kalau dia tidak sempat menggenggam ijazah pun dia fikir bahawa dia boleh jadi kaya melalui bisness lalu mengabaikan tanggungjawabnya pada agama, bangsa dan negara dalam menuntut ilmu dalam bidang yang sedia diceburi.
Lebih teruk apabila belum lagi menjejakkan kaki ke pendidikan tertiari, seseorang sudah mula memasang pemikiran seperti itu iaitu untuk tidak meneruskan pengajian ke peringkat tertiari untuk menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan yang baru hendak didirikan.

Saya tidaklah memandang makan gaji selama-lamanya sebagai sesuatu yang bagus. Kalau seseorang yang setelah menduduki SPM memasang azam tidak mahu meneruskan pengajian untuk menumpukan pada penrniagaan pun saya tidak marah. Saya cuma berdukacita apabila orang sebegini memandang rendah pada orang yang telah atau sedang bersusah-payah menghabiskan pengajian di universiti. Kata mereka "buat apa susah-suah belajar di universiti tapi bekerja makan gaji, jadi kuli, bekerja untuk orang lain, mengenyangkan kapitalis".

Kita harus ingat juga, bukan semua orang mampu mendirikan bisness daripada awal. Bukannya semua orang memiliki 'otak bisnessman' untuk terus mendirikan syarikat dengan kadar segera. Sepertimana maklum di sana terdapat begitu banyak cabaran dan risiko yang bakal dihadapi oleh orang yang baru berjinak dengan bisness yang masih belum stabil apatah lagi yang sedang berkembang. Hanya mereka yang benar-benar bersedia dari sudut pengetahuan atau ilmu berkaitannya sahaja yang seharusnya berani mengambil risiko terutamanya apabila perniagaan kurang mendapat sambutan atau pulangannya hanya sekadar 'rolling' modal, cukup-cukup makan pada permulaannya

Lagipun kadangkala ilmu pernniagaan dapat sahaja diperoleh menerusi pengalaman sewaktu bekerja, walaupun bekerja sebagai 'orang bawahan' jika pekerjaannya sebelum itu melibatkan hal-hal seperti pemasaran, perhubungan awam, kewangan, akaun, auditor dan sebagainya Bukan semua orang boleh membuka perniagaan tanpa cagaran kelulusan pendidikan sebagai tebusan kepada bank. Hatta orang-orang kaya yang berniaga pun masih tidak putus-putus menambahkan pengetahuan mereka dalam perniagaan seperti dengan perbanyakkan bahan bacaan melibatkan bidang tersebut ataupun menghadiri seminar-seminar berkaitan. Jika mereka pun begitu, apatah lagi kita yang kalau masih tidak menceburi apa-apa perniagaan pun, baru sahaja ada buat bisnes 'online' secara-kecil-kecilan?

Takkanlah perniagaan yang ingin kita dirikan hanya bergantung harap pada pinjaman ah-long? Agaknya mungkin disebabkan inilah (mengambil pinjaman ah-long), banyak perniagaan masyarakat sebangsa kita yang gulung tikar apabila terpaksa membayar bunga (riba) yang begitu tinggi kepada mereka. Namun apa nak dibuat, sudah nasib badan apabila terlalu sukar mendapat kelulusan pinjaman daripada bank atau pihak yang berdaftar secara sah dan terkait dengan undang-undang negara disebabkan tiadanya cagaran berupa atau 'kerja tetap'.  Lalu apa lagi, ah-long lah jawabnya. Pukul 4 petang buat pinjaman, duit diberi jam 4.30 petang. Jangan hanya tahu nak cepat, tapi risko meminjam dengan mereka melibatkan hidup-mati!

Wallahua'lam.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.