Saturday, 16 January 2016

Kewibawaan pegawai agama KDN dipertikai [BERITA]

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 16 January 2016     11:41     No comments
Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa memantau kewujudan gerakan tertentu yang berselindung di sebalik pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah selaku akidah pegangan umat Islam di Malaysia yang membawa ideologi ekstrem dalam membawa fahaman takfir atau mengkafirkan orang.

Gesaan itu dibuat pengguna maya (netizens) yang menzahirkan ketidakselesaan tatkala wujudnya agamawan tertentu yang tidak henti-henti mencela, menyesat, mengkafirkan individu-individu tertentu di atas pentas ceramah secara terbuka.

Gesaan tersebut turut meneyntuh kewibaan seorang pegawai agama KDN, Zamihan Mat Zin yang lebih dikenali dengan Zamihan Al-Ghari yang juga bertindak sebagai pengerusi NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA).

Zamihan mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Hasan Al-Saqqaf selaku gurunya yang dikatakan mempunyai agenda halus dalam menyebarkan fahaman Syiah (tasyaiyik) yang berselindung sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah di Jordan.

Pertikaian tersebut timbul setelah tersebarnya video-video yang dimuat naik di laman-laman sosial yang memperlihatkan Zamihan sedang menghukum kafir (takfir) terhadap beberapa orang personaliti tanah air termasuk Mufti Perlis, Dato' Mohd Asri Zainal Abidin, Ustaz Zahazan Mohamad dan Allahyarham Nik Aziz.





Di samping itu terdapat juga himpunan video-video pendek yang menggambarkan Zamihan sebagai seorang yang kurang berakhlak, gemar mengeji, mencaci dan sebagainya malah turut melakukan 'character assassination' (pembunuhan karater) terhadap Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya tatkala  mempertikai pemberian nama Fathul oleh ayah beliau sewaktu diberikan.

Sikap kerasnya dalam mencela menguatkan lagi dakwaan bahawa beliau turut terpengaruh dengan dakyah Syiah yang dikaitkaitkan dengan gurunya itu di mana telah menjadi kebiasaan Syiah dalam mencela para sahabat Nabi s.a.w.

Difahamkan selain pernah berguru dengan tokoh pelopor gerakan Syiah secara halus di Jordan itu iaitu sewaktu pengajiannya di peringkat sarjana muda di Jordan, Zamihan turut mengahsilkan lebih daripada 20 buah buku yang diantaranya adalah terjemahan terhdap karya gurunya itu bertajuk 'Sifat Solat Nabi Yang Sahih' daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu.

Justeru, pihak KDN, JAKIM dan seumpamanya digesa memantau dakyah yang cuba disampaikan Zamihan dalam segala medium penyampaiannya termasuk penulisan, pengucapan dan lain-lain.

Dalam pada itu Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya turut membidas kenyataan yang dibuat Zamihan apabila menyifatkan karya ulama' tertentu menjadi penyebab kepada isu keganasan yang berlaku khususnya di Timur Tengah pada hari ini sebagaimana dakwaan Zamihan.

"Takkanlah hanya kerana puak pengganas IS membaca karya-karya Ibnu Taimiyah maka Ibnu Taimiyah pula yang dipersalahkan? Jadi bagaimana pula buat golongan anti-hadis yang mendakwa umat Islam cukup dengan berpandukan Al-Quran semata-mata lalu menolak hadis. Adakah Allah harus dipersalahkan kerana Allah jugalah yang menurunkan Al-Quran?" Jelas Fathul.

Fathul menegaskan bahawa kadangkala perlakuan yang bertentangan dengan syarak berlaku bukan kerana nas atau text wahyu itu sendiri, sebaliknya kerana kegagalan dalam memahminya mengkikut landasan yang telah digariskan para ulama zaman-berzaman.

"Ini jugalah yang berlaku terhadap golongan Khwarij tatkala memerangi kekhalifan saidina Ali bin Abi Thalib. Mereka menggunakan ayat Al-Quran "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah" dalam menyanggahi tindakan Ali yang mereka sifatkan tidak berdasarkan hukum Allah sedangkan pemahaman mereka terhadap situasi yang melanda pada ketika itu serta hubungkait dengan ayat berkenaan menyalahi prinsip kaedah sepatutnya," jelas Fathul





0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.