Sunday, 31 January 2016

Jangan Menyembah Ulama' Apabila Bermazhab [Rencana]

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 31 January 2016     06:18     No comments
Oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri



Sudah menjadi lumrah pada hari ini bahawa sesiapa yang dikatakan keluar daripada mazhab yang dianuti dalam sesetengah perkara, maka orang itu bakal dilabel sebagai “Wahhabi- sesat” biarpun hakikatnya mereka sendiri masih tidak dapat mendefinisikan apa itu “Wahhabi”.

Sedangkan dalam banyak ayat Al-Quran, Allah menyatakan bahawa ketaatan haruslah didahului oleh ketaatan kepada Allah, Rasul-Nya (Muhammad s.a.w.), ibu bapa dan kemudian barulah manusia selainnya. Disebabkan itulah Allah berfirman:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah Al-Hujuuraat  ayat pertama]

Ayat diatas merungkai bagaimana Allah menegur sahabat Nabi yang dilihat cuba mendahlui ketetapan Allah serta Rasulullah s.a.w. dengan cara memandai-mandai menetapkan sesuatu yang tidak pernah Allah dan Rasul-nya tetapkan. Disamping ayat di atas, ayat lain yang turut menceritakan perihal seakan sama adalah ayat ke-36  Surah Al-Ahzab.

Sudah diakui bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyuruh agar umatnya mengikuti hanya sesebuah mazhab disebabkan pengistilahan mazhab itu sendiri tidak dikenali di waktu itu memandangkan mazhab Imam Empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) pun hanya wujud 100 tahun setelah Hijrah. Jadi, siapakah kita untuk menetapkan sesuatu yang tidak Allah dan Rasul-Nya tetapkan dalam beragama?

Jika dilihat, kesesatan  agama Nasrani (Kristian) adalah disebabkan kebanyakan dari mereka beramal dengan tidak berdasarkan ilmu serta kefahaman yang benar. Kejahilan mereka terserlah apabila mereka hanya menuruti kata-kata para pendeta (ulama') mereka tanpa berusaha menyelidiki adakah kata-kata pendeta mereka itu menepati atau bercanggah dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi mereka berupa kitab samawi. Mereka beramal secara membabi buta hanya kepada para rahib mereka sepertimana riwayat yang dibawa oleh ahli Tafsir semisal Ibn Kathir ketikamana menafsirkan firman Allah pada surah At-Taubah ayat ke-31.

Rata-rata masyarakat sekarang memahami ulama' itu sebagai rujukan utama, sedangkan perintah Allah menyuruh supaya didahulukan wahyu daripada perkataan seseorang. Ianya boleh jelas dilihat apabila bertapa ramainya manusia yang apabila telah diketahuinya akan sesuatu ayat Al-Quran atau Hadith yang menyanggahi kata-kata ulama' yang disanjungnya, sebagai contoh Imam Mazhab yang dipegangnya, maka ditinggalkan naqalan Al-Quran dan Hadith tesebut lalu masih lagi tetap berpegang dalam mengamalkan pendapat ulama’ tersebut.

Jika direnungkan, keempat-empat Imam Mazhab termasuk Imam As-Syafie telah mewasiatkan bahawa mereka tidak menyukai apabila pengikut mereka lebih mengutamakan kata-kata mereka berbanding wahyu yang ada. Kata As-Syafie: “Jika kalian menjumpai pada kitabku suatu pendapat yang menyelisihi sunnah Nabi s.a.w., maka ucapkanlah (beramallah) dengan Sunnah tersebut dan tinggalkanlah apa yang aku katakan” dan juga perkataan beliau dari kitab yang sama, iaitu Al-Umm yang menjadi kita rujukan agung dalam mazhab Syafie: “Setiap perkataanku yang menyelisihi Hadith yang sahih, maka ambillah (peganglah)hadith yang sahih tersebut dan jangan bertaqlid (mengikuti secara membabi buta) kepadaku.” ; menunjukkan bahawa mereka sendiri tidak menyukai apabila diri mereka diangkat melebihi wahyu yang diturunkan Allah.

Sebagai contoh, menurut jumhur ulama' termasuk mazhab Syafie, zakat fitrah dikehendaki dibayar dengan zat makanan ruji bagi sesebuah negeri (Malaysia makanan rujinya adalah nasi (beras)), maka wajib dibayar dengan beras. Jadi memandangkan jabatan-jabatan agama di Malaysia ini menerima mata wang sebagai fitrah, maka mereka juga dapatlah dikata sebagai 'Wahhabi" jika sifir “Wahhabi tidak bermazhab” digunapakai.

Kesimpulannya, janganlah jadikan pendapat Imam Mazhab lebih terkehadapan dalam mengamalkan mana-mana sekalipun pandangan Imam Mazhab yang dilihat tidak selari dengan teks asal wahyu melebihi apa yang tsabit diriwayatkan daripada wahyu berupa Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam hal ini, hendaklah kita bersangka baik dengan Imam-imam tersebut bahawa biarpun sesuatu hadith sahih digunakan mereka dalam menetapkan hukum, namun dengan kefahaman yang salah, maka hasil dalam menentukan sesuatu hukum tidak syak lagi akan membawa kepada kesalahan. Setiap manusia tidak bebas daripada kesalahan (maksum) termasuk para Imam dalam berijtihad melainkan para Nabi yang Allah utuskan. Wallahua’lam.

[594 Patah Perkataan (tidak termasuk 'Headline' (tajuk)]

Ditulis oleh: Abu Afham Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri,
Mahasiswa Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam

Ditulis pada:
17 Januari 2014
00:56 pagi
PTAR 1 UiTM Shah Alam

*Artikel ini disaiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh Jumaat, 12 Februari 2014

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.