Monday, 18 January 2016

[HUKUM] Imbuhan atau hadiah kepada pekerja: Adakah Rasuah?

Muhammad Zulsyamini     Monday, 18 January 2016     03:50     No comments

[Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri]

Kredit gambar: Google

Imbuhan secara mudah merupakan daya penarik samada bagi mereka yang inginkan sesuatu pekerjaan atau bagi memotivasikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Kebaikan memberi imbuhan antaranya adalah seperti membantu dalam menarik pekerja baru untuk bekerja dalam organisasi, membantu dalam mengekalkan pekerja sedia ada dalam organisasi dan juga dapat meningkatkan semangat para pekerja agar dapat menyumbang kepada produktiviti yang lebih efisyen.

Walaubagaimana pun, pemberian dalam bentuk ‘goodies’ dan sebagainya atas dasar kerja yang datangnya daripada orang luar dikhuatiri termasuk dalam kerangka rasuah di samping dapat menjejaskan hasil mutu kerja. Adapun sekiranya pemberian itu bukan atas dasar kerja, seperti pemberian daripada orang atasan (bos) atas alasan untuk memberi rangsangan semangat kepada pekerja, maka hal itu dibolehkan.

Hal ini bererti, sekiranya pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka hal itu adalah hadiah dan ianya dibolehkan. Namun sekiranya ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan di mana si penerima boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah.

Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai seorang pegawai petugas kerajaan yang mengambil hadiah daripada orang ramai yang berurusan dengannya ketika seorang pegawai pemungut (amil) zakat ditugaskan memungut zakat di sebuah perkampungan. Apabila orang ramai membayar zakat, mereka juga menyertakannya dengan hadiah kepada amil itu. Apabila berita itu dikhabarkan kepada Nabi, Nabi s.a.w. berujar:

“Apa yang terjadi kepada kamu yang pulang, kemudian berkata: “Ini adalah bahagian kamu (zakat), (dan) ini adalah bahagian aku (hadiah).” Cuba sekiranya engkau duduk di rumah ayah dan ibumu lalu tunggu adakah kamu akan diberikan hadiah (daripada orang ramai) atau tidak?! Demi Allah, kamu (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti kamu akan menanggung pemberian itu atas lehermu.” [Riwayat al-Bukhari]

Akibat perbuatan amil itu, hasil pungutan zakat yang diterima agak kurang dari sudut kualiti. Apabila zakat yang diberikan berupa zakat ternakan, haiwan-haiwan yang dizakatkan kurus belaka, kurang kualiti dan sebagainya, sedangkan pmeberian zakat seharusnya hendaklah dalam keadaan paling sederhana lagi bagus. Kekurangan dari sudut kualiti hasil itulah yang menjadi punca mengapa pemberian atas nama hadiah itu dianggap sebagai rasuah.

Maka, seseorang penguasa atau pegawai mahupun petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Sekiranya ia mempunyai kaitan yang akan mempengaruhi tindakan atau mengganggu keadilan serta amanahnya, maka itu adalah rasuah. Sekiranya pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa di samping ketiadaan ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah dan hal ini dibolehkan.

Kesimpulannya, para majikan dibenarkan memberi imbuhan kepada pekerja bagi melonjakkaan prestasi mereka, namun imbuhan yang diterima oleh pekerja daripada pihak luar haruslah diselidiki terlebih dahulu akan sebab pemberian itu dilakukan, dibimbangi ianya termasuk dalam kategori rasuah yang dilaknat para pemberi dan pengambilnya.

[447 patah perkataan (tidak termasuk headline, byline serta pernyataan ini)]

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.