Saturday, 16 January 2016

[HUKUM] Bolehkah mengambilkira paras rupa (kecantikan) sebelum bernikah?

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 16 January 2016     17:57     No comments
[Nikah diusia muda 'GATAL' dan adakah Islam tidak benarkan memilih perempuan cantik dan kaya?]

Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



Apabila berbicara soal berkahwin sewaktu usia muda, ramai memandang bahawa pemuda atau pemudi yang berbincang atau mula memikirkan untuk berkahwin pada usia muda adalah seorang yang "gatal 'merenyam'" sepertimana ungkapan yang selalu dipertanyakan buat golongan pemuda atau pemudi semisal itu iaitu" 'Dah' 'tak' tahan sangat 'ke'?"

Ketahuilah bahawa sememangnya natijah daripada perkahwinan itu pada asalnya memang bertujuan bagi membolehkan manusia melempiaskan syahwat (nafsu) pada jalan yang halal selain bagi meramaikan umat Muhammad s.a.w..Maka dengan sebab itu tidak hairanlah mengapa dalam mengkhabarkan kenikmatan yang ada didalam Syurga, Allah sering menceritakan perihal bidadari yang bakal dikahwinkan dengan penghuni Syurga-Nya dimana sudah diketahui bahawa perbuatan melempiaskan syahwat merupakan salah satu kenikamatan dan Syurga adalah tempat berkumpulnya segala kenikmatan selain sabdaaan Rasul-Nya iaitu Muhammad s.a.w. yang mungkin sering didengari mengenai suruhan bagi para pemuda untuk berkahwin jika terdapat kemampuan iaitu sabdanya:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

"Wahai sekalian pemuda (Syabab), barangsiapa diantara kalian telah mempunyai kemampuan, maka hendaklah dia bernikah (berkahwin), karena dengannya dapat menundukkan pandangan, dan juga lebih dapat memelihara kemaluan. Namun, siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana hal itu dapat meredakan nafsunya." [H.R. Bukhari, no.4678]

Maka dengan itu, jangan berasa malu apabila ditohmah sebagai seorang yang 'gatal' apabila berbicara mengenai hal perkahwinan sewaktu usia muda kerana sememangnya setiap manusia sudah Allah bekalkan dengan nafsu namun sebagai manusia kita diberi pilihan samaada untuk menyalur atau melempiaskan nafsu syahwat kita itu pada jalan yang halal lagi mulia sepertimana dengan jalan perkahwinan atau pada jalan yang haram sebagaimana perlakuan zina. Maka kesimpulannya, sekiranya kita ditohmah dengan cara diandaikan bahawa kita berkahwin kerana nafsu, maka ianya adalah sesuatu yang biasa dan tanyakan balik kepada si penohmah: " Adakah kamu tidak mempunyai nafsu/ syahwat atau adakah barangkali kamu sudah "mati pucuk"" tanpa menafikan bahawa matlamat utama dalam perkahwinan adalah kerana Allah iaitu bagi menyempurnakan separuh dari agama seseorang .

Selain itu, apabila Nabi s.a.w. menyuruh memilih perempuan ber'agama' untuk dijadikan isteri, maka tidaklah bererti nilai kecantikan, harta serta keturunan si perempuan itu tidak boleh diambil kira.

Berdasarkan hadith...:

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

"Wanita itu dinikahi karena empat perkara, (iaitu) kerana hartanya, kerana keturunannya,kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung."
[H.R. Bukhari, no.4700]



...maka tidaklah bererti Rasulullah s.a.w. melarang kita untuk menikahi wanita cantik atau lelaki yang kacak, atau yang kaya atau dari keturunan yang baik. Tentu sahaja kesemua kriteria yang empat itu boleh diambil kira iaitu kekayaan, keturunan serta kecantikan disamping agamanya. Yang Rasulullah s.a.w. maksudkan sepertimana dalam hadith "dinikahi wanita kerana empat perkara..." adalah mengenai niat serta prioriti (keutamaan) awal dalam menikahi seseorang. Keutamaan pertama yang harus dipilih adalah agamanya dan selanjutnya iaitu kecantikan, harta dan keturunan adalah terserah kepada kita dalam menentukannya. Adapun kelebihan yang lain dari agamanya itu merupakan 'bonus' yang Allah berikan jika kita berusaha disamping pandai memilih. 'Bonus' yang berupa kekayaan, harta serta keturunan itu tidak dikira sebagai suatu kesalahan jika kita mengambilnya setelah keutamaan pertama telah dipenuhi, iaitu kerana agamanya.

Hal ini dibuktikan ketikamana Nabi s.a.w. mennyuruh seorang daripada sahabatnya yang berkeinginan menikahi seorang wanita kaum Ansar untuk melihat wajah si wanita itu dengan maksud bagi memastikan si sahabat itu benar-benar berkenan dengan wanita itu dari segi penampilannya takut tidak menyesal di kemudian hari. Begitu juga dengan saranan Rasulullah s.a.w. terhadap sahabatnya Jabir bin Abdullah r.a supaya lebih mengutamakan anak dara daripada janda agar kedua-dua mempelai dapat merasakan kenikmatan yang saksama disamping tindakan Nabi s.a.w. sendiri yang menolak lamaran seorang wanita yang menghibah (menghadiah)-kan dirinya kepada Rasulullah s.a.w.. Disi lain, Nabi s.a.w. juga pernah membenarkan para penjaga anak yatim ( bagi lelaki) yang berkeinginan menikahi wanita bertaraf anak yatim yang dijaganya dimana wanita itu mewarisi harta pengiggalan ibu bapanya lagi berwajah cantik sekiranya para wali (penjaga) anak yatim itu dapat berlaku adil lagi menyempurnakan mahar serta tidak berkeinginan untuk meninggalkan anak yatim itu sekiranya wajahnya hodoh dan tidak mewarisi harta ibu bapanya. (Kisah perkahwinan antara wali (penjaga) dengan anak yatim itu boleh dirujuk pada surah An-Nisa' (4) ayat ke- 2,3,4 dan juga 127.

Wallahua'lam.


0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.