Sunday, 17 January 2016

[BERITA] Ulama Muda UMNO anjur seminar dedah pekung "habib"

Muhammad Zulsyamini     Sunday, 17 January 2016     01:37     No comments
Berita oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



KUALA LUMPUR- Satu seminar berkenaan prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dalam berinteraksi dengan para sahabat nabi dan ahli bait (kaum keluarga nabi) telah dianjurkan oleh Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, hari ini

Seminar yang bertajuk: "Pendirian Ahlis Sunnah Wal Jamaah Terhadap Para Sahabat dan Aalil Bait" itu dianjurkan iLMU yang dahulunya dikenali sebagai "Ulama Muda UMNO" dan dinaungi oleh Bahagian Agama Kedutaaan DiRaja Arab Saudi dengan kerjasama ApDoi (Aplikasi Dakwah Online).

Seminar itu menampilkan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fadlan Mohd Othman serta Dr. Azwira Abdul Aziz, Graduan  Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Ustaz Asrie Sobri, Bekas penceramah PAS, Ustaz Reza Kamaruddin serta Ustaz Nasim Abd Rauf, pengetua  sebuah Maahad Tahfiz di negeri Perak.

Seminar dibahagikan kepada dua sesi iaitu pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Asrie Sobri serta Dr Azwira Abd Aziz pada sesi pagi yang bertumpu kepada prinsip berhadapan dengan Ahli Bait, manaka sesi petangnya pula diadakan forum yang fokus membicarakan  hubungkait antara terma Ahli Bait yang dijadikan propaganda dalam menyebarkan fahaman Syiah.

Antara perkara yang ditekankan dalam seminar itu adalah kepentingan umat Islam mengetahui prinsip sebenar ASWJ dalam berhadapan dengan tokoh-tokoh tertentu khususnya yang menyandarkan nasab mereka kepada ahli bait sehingga mendabik dada diberi gelaran 'habib' setelah melihat kepada pegangan umat Islam khususnya di Malaysian masa kini yang dilihat terlalu mengagungkan golongan tersebut melebihi batas kewajaran  seperti menganggap segala yang dilakukan para habib dianggap syariat, seolah-olah Nabi menyeru umatnya agar memberi ketaatan mutlak kepada para habib sejurus kewafatan baginda sebagimana pemhaman Syiah.

"Sedangkan baginda s.a.w. mengajarkan  agar umatnya agar menilai terlebih dahulu apa yang dibawakan oleh anak-keturunan baginda sama ada  bertepatan dengan ajaran baginda atau sebaliknya," ujar salah seorang panelis.

Ini kerana terdapat sahaja mereka yang mengaku berasal daripada susur galur keturunan Rasulullah namun hakikatnya dusta di samping adanya dalil-dalil agama yang jelas menunjukkan bahawa nasab keturunan baginda Rasulullah sendiri tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesalahan.

"Sebagai Ahli Sunnah, wajib bagi kita memuliakan Ahli Bait dalam keadaan berserdehana. Namun sekiranya didapati bahawa seorang ahli bait itu menyelisih ajaran yang dibawakan oleh datuk mereka (Nabi Muhammad s.a.w.), dia hakikatnya lebih teruk daripada kita selaku insan biasa," kata salah seorang daripada panel yang hadir.

Ini disebabkan sebelum Allah s.w.t. sendiri menyatakan pembersihan kepada ahli keluarga Nabi s.a.w., Dia juga memberi ancaman kepada mana -mana dalam kalangan ahli bait khususnya isteri-isteri baginda yang melakukan dosa dengan digandakan dosa itu sebanyak dua kali sebagaimana firmannya dalam Surah Al-Ahzab ayat 30: "Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa di antara kalian yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipat gandakan seksaan kepada mereka dengan dua kali lipat. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."

Sebelumnya, laporan akhbar Utusan Malaysia mendedahkan terdapat seblingan 'syeikh' dan 'habib' yang giat dipantau pihak berkuasa agama kerana dipercayai mempunyai perkaitan rapat dengan tokoh tarekat yang sudahpun difatwakan sesat dan haram kerana menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai anutan majoriti masyarakat di Malaysia.

0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.