Saturday, 16 January 2016

Pegawai Agama KDN disekat beri ceramah agama

Muhammad Zulsyamini     Saturday, 16 January 2016     16:12     No comments
Berita oleh: Muhammad Zulsyamini bin Sufian Suri 




SHAH ALAM- Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain disenaraikan sebagai antara tokoh agamawan yang dihalang oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) daripada memberikan ceramah berunsur keagamaan di seluruh Malaysia.

Perkara itu dimuatnaik menerusi laman Facebook Kami Bersama Syaikh Nuruddin Menegakkan Kebenaran (KBSNMK) yang melahirkan rasa kesal setelah dimaklumkan mengenai hal itu hingga menyebabkan program yang seharusnya dihadiri Zamihan di Sabah terpaksa dibatalkan.

Sekatan tersebut didakwa diarahkan secara lisan oleh pihak JAKIM kepada Jabatan Agama di seluruh negeri yang terdapat di Malaysia melalui telefon.

Zamihan yang juga pengerusi bagi NGO Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Hasan Al-Saqqaf selaku gurunya yang dikatakan mempunyai agenda halus dalam menyebarkan fahaman Syiah yang berselindung sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah di Jordan.

Selain itu, terdapat juga di antara pengadu yang berasa tidak senang tatkala mendengar ceramah yang disampaikan Zamihan yang dikatakan penuh dengan celaan, makian, carutan malah pengkafiran terhadap golongan yang dikatakan sebagai "Wahhabi". Antara tokoh ternama yang sering menjadi mangsa celaan Zamihan secara jelas termasuklah mantan Mufti Perlis, Professor Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin serta Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Terdahulu, laman page KBSNMK menyatakan kekesalan setelah guru sanjungan mereka, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari dihalang buat sementara waktu daripada dijemput dalam sebarang program rasmi di Kuala Lumpur setelah JAKIM menyerahkan satu memorandum berkenaan hal itu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWPKL).

Memorandum itu dihantar setelah pihak JAKIM menerima aduan daripada berbagai pihak yang mendakwa Nuruddin yang gemar membangkitkan isu-isu sensitif sewaktu menyampaikan ilmuanya. Penagguhan itu dibuat sementara waktu sehingga kajian lanjut mengenai latar belakang Nuruddin selesai dibuat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:







0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.