Friday, 15 January 2016

[BERITA] Fathul Bari: "Pungut GST Halal!"

Muhammad Zulsyamini     Friday, 15 January 2016     08:48     No comments
Berita Oleh: Muhammad Zulsyamini Sufian Suri



BOTA-  Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya  menepis dakwaan segelintir penceramah agama yang menyatakan sistem percukaian GST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang ingin dilaksanakan bermula April 2015 tersebut sebagai haram.

"Istilah 'cukai' mempunyai interpretasi yang pelbagai dalam Bahasa Arab seperti Dhoribah, Kharaj (cukai tanah), 'Usyur (cukai sepuluh peratus yang dikenakan terhadap kafir Harbi yang berdagang di wilayah Islam), Nisf Al-Usyur ( cukai lima peratus terhadap kafir Dzimmi yang berniaga di pasaran Islam), Jizyah (cukai yang diambil daripada kafir Dzimmi yang berlindung di negara Islam) di mana hasil-hasil kutipan tersebut akhirnya akan disalurkan kepada perbendaharaan negara yang diselia oleh Baitul Mal di mana pada zaman pemerintahan Umar Al-Khatab, kutipan-kutipan tersebut dikenakan atas asas memenuhi kepentingan serta kemaslahatan umat Islam," tegas Fathul.

Fathul menegaskan bahawa hal ini disebabkan terdapat pandangan yang tegas daripada kalangan ulama' yang yang menyatakan zakat hanya boleh disalurkan kepada lapan Asnaf sehinggakan mereka tidak bersetuju wang zakat digunakan bagi tujuan pembangunan seperti membuat jalan, membina jambatan dan sebagainya.

Baliau menolak dakwaan segelintir penceramah yang mengatakan GST atau segala jenis cukai secara umum adalah haram dikenakan terhadap umat Islam berdalilkan hadith Nabi s.a.w seperti: " Tidak boleh ke atas orang Islam dikenakan Jizyah, kerana sesungguhnya jizyah hanya dikenakan ke atas (kafir) Dzimmi" serta hadith: "Sesungguhnya pengutip Al-Maks (cukai) adalah dalam neraka" dengan mengatakan bahawa hadith-hadith tersubut digunakan di luar konteks masalah.

"Al-Maks jika dirujuk kepada kamus-kamus Arab terdahulu seperti Lisanul 'Arab merujuk kepada dua perkataan iaitu An-Naqs (kurang) dan Zhulum (zalim). Al-Maks secara mudah merujuk kepada sifat pengutip serta golongan yang mengagihkan hasil kutipan itu secara zalim. Hal demikian selari dengan takrifan Imam Az-Zahabi serta An-Nawawi yang menyatakan bahawa Al-Maks bermaksud mengambil harta manusia tanpa hak dan membelanjakan harta tersebut bukan dengan cara yang betul lagi benar.

Bahkan sebahagian ulama' juga memasukkan kategori Al-Maks terhadap para pemungut zakat (amil zakat) serta pengagih zakat sekiranya kutipan yang dilakukan adalah secara zalim serta mengagihkannya dengan cara yang salah. Demikian juga berlaku kepada pengutip dan pengagih Jizyah, Kharaj 'Usyur dan selainnya sekiranya kutipan dan pengagihan dibuat terhadap mereka yang tidak berhak," tambah Fathul.

Fathul juga berdalilkan perbuatan Umar yang mengenakan cukai kepada pedagang-pedagang Islam dengan bayaran sebanyak 2.5 peratus atau suku daripada 'Usyur (Rubu' Al-'Usyur).

"Umar Al-Khatab merupakan antara sahabat Nabi s.a.w. yang dijamin Syurga di samping perintah Nabi s.a.w. untuk mengikut sunnah Khulafa' Ar-Rashidin. Adakah kita mahu katakan Umar r.a. memerintahkan sesuatu yang haram apabila memerintahkan kutipan cukai?" soalnya.

Jelasnya, terdapat dua tafsiran ulama' berkenaan Jizyah iaitu merujuk kepada kutipan yang dikenakan ke atas kafir Dzimmi dan juga merujuk kepada 'Usyur, termasuk Rubu' Al-'Usyur yang dikenakan terhadap pedagang Islam. Bagi memukul rata untuk mengatakan semua cukai yang dikenakan ke atas orang Islam adalah haram tidak dibolehkan kerana dengan demikian secara tidak langsung akan mencela kredibiliti Umar Al-Khtatab iaitu manusia agung setelah Rasulullah s.a.w., dan Abu Bakar As-Siddiq dengan mengatakan beliau memerintahkan sesuatu yang munkar.

Membidas golongan yang menyamakan  pengutip GST dengan pengutip Al-Maks yang diancam apabila GST memaksa golongan tidak berhak seperti orang miskin membayar cukai, Fathul membalas dengan mengatakan bahawa golongan sedemikian juga sewajarnya tidak bersetuju dengan agihan subsidi seperti subsidi minyak, perubatan, pendidikan dan sebagainya kerana subsidi juga diagihkan secara pukal atau tanpa mengkhususkannya hanya terhadap mereka yang berpendapatan rendah dan serdehana sahaja.

"Saya pelik apabila mereka boleh menyemakan pengutip cukai sebagai pengutip Al-Maks yang diancam neraka apabila mengutip cukai tanpa mengira tahap pendapatan, namun mereka pula yang lantang menuntut subsidi yang juga diagihkan tanpa mengira tahap kewangan seseorang. Bukankah kedua-duanya dapat dikategorikan sebagai Al-Maks?" Ujar Fathul lagi

Fathul bagaimanapun menggesa agar kerajaan perlu telus dalam soal ini (GST) di samping mengingatkan bahawa pemimpin yang mati dalam keadaan menipu rakyatnya diancam Rasulullah s.a.w. dengan pengharaman daripada menghidu bau Syurga di akhirat kelak.

===================================================================





0 comments :

TULAR

PARUH PENGARANG

Pergi Ke Peta Laman

TEST

Like Us

Powered by Blogger.
AGAMA

Followers

DIARY MEMORY

PAPARAN Lebih Banyak » PENDAPAT
PAPARAN Lebih Banyak » DIARI

Company

BERITA

Legal Stuff

PARUH PENGARANG

FAQ's

Blogroll

© 2016 Inteleaks. Dirangka oleh Zulsyamini. Powered by Blogger.